PENULIS

Once upon a not very long time ago, aku adalah seorang eksekutif muda yang bekerja 6 hari seminggu, dan kadang-kadang dihari cuti juga di estate yang ridiculously terpencil yang korang tak akan jumpa kat Google Map.


Siyes aku cakap.

Walaupun aku dulu keje jauh dari bandar besar, hidup aku mudah sebab aku tak payah nak tension-tension dengan traffic jem dan bayaran tol.

Belanja pun tak besar sebab aku tak payah nak spedo awek cun-cun makan Mekdi. Nak tau kenapa?

Sebab awek-awek cun tak masuk estate lah!

Korang ni pun, lagi mau tanya kan?

Aku tak payah pakai kasut kulit kilat ke pejabat sebab aku pakai kasut Phua Chu Kang jer. Hari-hari kasut aku kotor dengan lumpur. So memang la tak berbaloi pakai yang memahal. Unless of course kalau ada yang nak tolong cucikan.

Dan urut kaki aku sekali...

...

...

Lepas bertahun-tahun aku hidup dengan pekerja yang berhidung mancung, berkulit gelap, berbau jamu dan minat Shah Rukh Khan, aku akhirnya dipindahkan ke HQ kitorang kat KL.

KL, kota keriangan yang tak pernah tidur.

Er... yer ker?

Kat KL aku diletakkan kat Research and Development Department. A department where you do the research and let other people develop.

*pose hantu susu*

Walaupun aku dah bertugas di KL, aku tetap kena balik ke estate jugak. Tapi kali ni aku datang sebagai pelawat. Aku datang sebab aku kena pantau keje orang-orang kat estate tu. Takut kalau-kalau depa pi tidoq bawah pokok sawit.

Ceq tau la sebab dulu pun ceq buat lagu tu.


Setiap kali aku datang, aku akan audit estate tu dan bagi markah yang selalunya bergantung dengan mood aku. Kalau diorang pandai kipas, aku akan bagi markah canteeek punya. Ujung tahun karang boleh dapat bonus yang masyuk.Boleh pergi KL bwak awek dating kat Mekdi.

Tapi kalau tak cukup kipas, aku akan bagi markah kosong.

Ganas tak aku? *buat muka Nyonya Mansoor*

Anyway, dengan kerja aku sekarang ni, semua orang akan fikir aku ni serba tahu dan serba boleh. Walaupun aku boleh berdiri dengan satu kaki dan tahu satu campur satu mungkin boleh menjadi sebelas, aku bukanlah seekor atau sebiji Superman. Aku tak mampu nak angkat bas (melainkan basikal) dan spendar merah aku tak dipakai kat luar.

I'm not planning to anyway.


AKUBUKANSUPERMAN: Beb. Ini adalah story aku... *Tepuk tepuk tepuk*

10 ulasan:

ezam said...

kerja jauh di pendalaman boleh saVe duwet banyak!

kt sini sana sini tabur dwet...pokai!!


*sigh*

W. Hidney said...

ezam... lumrah dunia la tu ngeee

JUSTRIEZAL said...

hahahahha x tau aku suker btol cara ko menulis dlm blog ko...sempoi jer bro...
btol kta ezam tu...keje kt bndar besar nk mnyimpan mmg payah...berjoli je la hahahahahahaha

W. Hidney said...

justrizal... terimas bro. sebab keje tension memanjang, kena la tulis sempoi. baru hidup hepi. berjoli pun hepi gak. tapi bila duit takdak, tak la boleh joli. jom lepak kat estate ramai2 :)

FiqaSaleh said...

lawakkkkk...hehehehhe..bagus bagus..

W. Hidney said...

fiqa... thanks hehe

Diloz said...

dude, kau kerja apa?seriously?

macam fun je!

W. Hidney said...

Diloz... Haha aku suka semangat kau. X pernah org kata keje aku ni fun. Actually aku keje plantation, sebagai penolong pengurus kanan. Atau lebih tepat, cacai bos ngeee

NAZRUL AZAT said...

owhhh sooo suweeeetttttt :-)

W. Hidney said...

Terimas nazrul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...