July 5, 2017

Butter Prawn Merecik

Lagi entry masakan.

Makin rajin pulak aku ke dapur sejak dua menjak ni. So bersempena dengan kerajinan aku ni, aku nak share resepi kegemaran aku.

Butter Prawn atau dalam bahasa Rais Yatim, udang mentega.



Untuk korang yang pernah terkena dulu, korang jangan risau. Kali ni aku sungguh-sungguh nak kongsi resepi.

Aku tak tipu.

Hahaha.

Rujuk sini untuk resepi Butter Prawn Janji Ditepati aku dulu.

Mula-mula bebahannya.

Udang
Mentega
Minyak masak
Bawang putih
Daun kari
Susu cair
Tepung beras
Garam
Lada hitam

Udang dibersihkan dan digaul dengan tepung beras, garam dan lada hitam. Lepas tu goreng sekejap. Pastikan minyak cukup panas sebab kalau tak cukup panas, udang akan soggy dan serap minyak. Tak payah goreng lama-lama sebab nanti udang akan dimasak untuk kali kedua. 

Aku suka pakai tepung beras sebab bila digoreng akan cepat rangup. Lagipun mak aku kata, minyak tak akan merecik kalau korang goreng udang dengan tepung beras. 

Tapi aku cukup pasti korang akan merecik kalau tengok aku masak kat dapur. Biceps melimpah dari lengan baju...


Lepas tu tos-kan udang dan letak tepi.

Dalam kuali lain, cairkan mentega dan masukkan bawang putih dan daun kari. Api dikecikkan jer sebab bawang putih cepat hangit.

Bila hangit maka akan pahitlah. Korang jugak yang akan rasa OREN.

Bila dah agak-agak sesuai tu, tuangkan susu cair. Sambil tu gaul perlahan-lahan untuk elakkan susu bergumpal-gumpal.

Nanti hasilnya tak smooth.

Bila dah sedikit pekat, korang masukkan balik udang yang dah digoreng tadi. Tutup api bila udang dah bersalut elok.

Dah sedia dimakan!

Untuk yang nak tunjuk skill depan mak mertua atau marhayam, ini adalah resepi yang korang boleh cuba.

Senang, ringkas dan berkolestrol tinggi.

Hahahaha...

AKUBUKANSUPERMAN: Cuba jangan tak cuba.

2 ulasan:

Faizal Sulaiman said...

ok boleh try!

W. Hidney said...

Faizal Sulaiman: Cepat try. Tunjuk skill dengan mertua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...