July 31, 2017

KL Bird Park dan Google Translate

Dah lama agaknya aku tak bawak keluarga kecil aku makan angin. Tambah-tambah bila wife aku kata yang dia bosan tak ada kawan kat rumah time aku kerja.

Kawan dengan Ningkan dan Kidow jer katanya...

Daddy kena kerja cari duit lebih. Akan ada sesuatu yang bakal terjadi Oktober nanti.

Jeng jeng jeng...

Anyway, last weekend aku bawak family aku ke KL Bird Park, yang dijolokkan sebagai THE WORLD LARGEST FREE-FLIGHT WALK-IN AVIARY.

Atau dalam bahasa Rais Yatim-nya DUNIA TERBESAR PENERBANGAN PERCUMA JALAN MASUK SANGKAR.

Krik krik krik...

Entry fee untuk local adalah RM27 dan percuma untuk kanak-kanak bawah 3 tahun.

Aku rasa RM27 tu agak berbaloi sebab korang akan tengok burung terbang sana-sini, and if you're lucky, maybe korang akan kena tahi bebird.

Hahahaha...

Pakai topi yer kengkawan. Tu jer saranan aku.

Untuk yang merancang nak melawat KL Bird Park tu, aku cadangkan korang pergi sebelum tengahari. Korang boleh spend time dengan menyaksikan bird feeding sessions kat lokasi-lokasi berlainan.

Walaupun park tu tak besar mana, tapi korang boleh spend easily 3 - 4 hours dalam tu.

You can end your journey at the park's amphitheater for the bird show. The bird show starts at 3.30 pm.

All and all, here are my reviews.

Tiket 10/10
Kemudahan 8/10
Kebersihan 7/10
Staff 10/10
Bird show 7/10
Harga makanan 2/10

Harga makanan agak mahal. Air mineral botol kecik pun dah RM4.90 nyah!!!

Kopak daddy!





AKUBUKANSUPERMAN: Visit to experience it yourself.

July 26, 2017

Cameron Ultra Trail 2017

Last weekend aku join Cameron Ultra Trail 2017, 15 KM men's open.

... Which everyone affectionately called CULTRA.

Sebab aku dah lama tak lari, aku teruja dan terus setuju bila someone offered me a spot in that run, wihout knowing what will I get myself into.

Jeng jeng jeng...

Aku cuma tahu detail penuh larian masa aku ambik race-kit. Bukan aku tak nak buat research before-hand, tapi aku tak spend banyak masa on the net lately.

Its actually a trail run, you know the lari-masuk-hutan-keluar-hutan-naik-gunung-turun-gunung kind of thing. Mati-mati aku ingat lari atas tarmac jer. Paling busuk pun lari dalam taman bunga jer.

Gila naif aku. I even targeted to complete the 15 KM run in under 2 hours!

During the first half of the run, it wasn't that bad but it took me full 2 hours to complete. Mana lagi nak habiskan half of the race?

To make things worse, kasut yang aku pakai rabak sebab kena lari through sungai and lumpur bagai.

I ended wearing only my socks with improvised sole to keep my kaki from melecet.

I should have settled for Adidas Kampung instead. Sayang giler aku dengan running shoes aku tu. I've been wearing it since forever.

I managed to complete the run in 4 hours 25 minutes. Just a shy 35 minutes from cut-off-time of 5 hours.

It was a fun run but I shall not be in one again anytime soon.




AKUBUKANSUPERMAN: Siapa join Penang International Bridge Marathon angkat mouse!!!

July 13, 2017

Kejelitaan adalah hak milik setiap insan

Ok tajuk agak merapu.

Korang jangan kecham, aku just nak tarik traffic hahaha *Gelak syaiton-nirrajim*

Baru-baru ni aku ada meeting kat KL. On the way dari tempat parkir, aku nampak banyak sartorial guys yang menggayakan MAN-BUN.

Sebelum korang ingat aku nak melucah, korang rujuk picture kat bawah ni.

Aku tak pasti apa man-bun dalam bahasa Rais Yatim, tapi korang fahamkan apa yang aku nak gebang arini?

 

Kalau dulu, imej ideal untuk seorang lelaki kemas, idaman mertua dan marhayam adalah yang berambut pendek (lagi pendek lagi bagus). But I guess that have changed now and kemas tak semestinya pendek.

So dengan discovery aku yang un-sangka-rable tu, aku teruslah berkira-kira nak simpan rambut panjang dan ber-man-bun ke office.

Berapa lamakah pulak aku nak simpang rambut sampai panjang cegitu. Selama ni aku bedal crew-cut style jer.

Sesuai ker untuk aku?

Aku suspect style ni sesuai untuk lelaki berjambang. Kalau yang clean-faced macam aku ni nak buat man-bun, takut-takut jadi macam ni...


Takut lah aku.

Nanti boss kuis-kuis dagu aku kat office.

Aku kan comel...

AKUBUKANSUPERMAN: Wife aku dah bagi warning. Dia turn-off dengan lelaki rambut panjang...

July 5, 2017

Butter Prawn Merecik

Lagi entry masakan.

Makin rajin pulak aku ke dapur sejak dua menjak ni. So bersempena dengan kerajinan aku ni, aku nak share resepi kegemaran aku.

Butter Prawn atau dalam bahasa Rais Yatim, udang mentega.



Untuk korang yang pernah terkena dulu, korang jangan risau. Kali ni aku sungguh-sungguh nak kongsi resepi.

Aku tak tipu.

Hahaha.

Rujuk sini untuk resepi Butter Prawn Janji Ditepati aku dulu.

Mula-mula bebahannya.

Udang
Mentega
Minyak masak
Bawang putih
Daun kari
Susu cair
Tepung beras
Garam
Lada hitam

Udang dibersihkan dan digaul dengan tepung beras, garam dan lada hitam. Lepas tu goreng sekejap. Pastikan minyak cukup panas sebab kalau tak cukup panas, udang akan soggy dan serap minyak. Tak payah goreng lama-lama sebab nanti udang akan dimasak untuk kali kedua. 

Aku suka pakai tepung beras sebab bila digoreng akan cepat rangup. Lagipun mak aku kata, minyak tak akan merecik kalau korang goreng udang dengan tepung beras. 

Tapi aku cukup pasti korang akan merecik kalau tengok aku masak kat dapur. Biceps melimpah dari lengan baju...


Lepas tu tos-kan udang dan letak tepi.

Dalam kuali lain, cairkan mentega dan masukkan bawang putih dan daun kari. Api dikecikkan jer sebab bawang putih cepat hangit.

Bila hangit maka akan pahitlah. Korang jugak yang akan rasa OREN.

Bila dah agak-agak sesuai tu, tuangkan susu cair. Sambil tu gaul perlahan-lahan untuk elakkan susu bergumpal-gumpal.

Nanti hasilnya tak smooth.

Bila dah sedikit pekat, korang masukkan balik udang yang dah digoreng tadi. Tutup api bila udang dah bersalut elok.

Dah sedia dimakan!

Untuk yang nak tunjuk skill depan mak mertua atau marhayam, ini adalah resepi yang korang boleh cuba.

Senang, ringkas dan berkolestrol tinggi.

Hahahaha...

AKUBUKANSUPERMAN: Cuba jangan tak cuba.

July 3, 2017

Edisi bumper road trip raya

Selamat hari raya korang!

Confirm berat naikkan?

Takper, lepas ni kita berkampung dalam gym.

Tempohari aku beraya kat Sarawak. Lama giler aku tak balik. Sebab lama dah tak balik, aku amik peluang aritu buat road trip. Kekononnya nak capture ikon setiap bandar yang aku lalu along the way.

And boy I was blessed with some great road-trippers. Senang aku nak kerah diorang tangkap gambar aku.

Here are some of my more senonoh captures.

I leave the rest to your imaginations.

  








Aku banyak terlepas ikon bandar lain sebab cuaca yang tak mengizinkan. Perhaps next year?

Amacam?

Rasa OREN tak?

AKUBUKANSUPERMAN: Dum Spiro Spero. Tanahairku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...