AKUBUKANSUPERMAN

June 17, 2017

Sup ayam dicampak-campak jer

Dalam bulan romodon ni, nafsu makan macam membuak-buak pulak. Kekononnya nak diet dan dapatkan body yang Baywatch-worthy sebelum raya.

Haram hampeh jugak!

Nak dijadikan story, tempohari aku tertengok insta sorang artis tu masak sup ayam. Aku rasa macam nak jilat-jilat jer skrin telefon aku tu sebab nampak macam sedap sangat.

So berbekalkan dengan semangat juang Mat Over dan keyakinan David Teo, semalam dengan tabahnya aku cuba meniru masakan beliau itu.


Ini aku persembahkan Sup Ayam Dicampak-Campak Jer.

Bebahannya.

Sayap ayam beberapa ketul.
Kentang beberapa biji.
Cili kering sesedap pedas.
Bawang merah beberapa biji.
Bawang besar sebiji.
Bawang putih beberapa ulas.
Daun bawang beberapa helai.
Daun ketumbar beberapa helai.
Kiub pati ayam.
Garam.
Gula.
Ladang putih.
Air.
Perut yang kosong.

Mula-mula potong semua bawang dan layurkan dalam kuali. Cili kering dipatah-patahkan dan dimasukkan sekali.

Kalau bawang besar tu dah macam ke-lutsinar-an jer, masukkan air. Banyaknya ikut sukati korang. Lepas tu korang campaklah kentang yang dah dipotong-potong, sayap ayam, kiub pati ayam, garam, gula dan lada putih.

Kalau nak lebih SWAG, korang boleh letak sup bunjut dan Bay Leaf.

Biarkan sampai ayam nampak empuk.

Daun bawang dan daun sup pula korang boleh campak bila korang dah ready nak hidang.

Gila senangkan?

Aku yang tak pandai masak ni pun boleh buat, apatah lagi korang.

Jangan lupa senyum time masak.

Mak aku cakap masakan akan lebih 'mesra'.

Sekian dulu.

Babai!

AKUBUKANSUPERMAN: Tak ada pulak orang pegang tangan aku sambil berbisik, "Untung dapat isteri macam awak."

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...