June 19, 2017

Adruce Kidow

Orang kata, proses mencari nama anak yang paling sesuai adalah masa yang paling tak best. Sebab akan ada pihak yang cuba mencadangkan beberapa nama but ended kita tak pilih pun nama yang dicadangkan tu.

Mula lah nak amik hati dan bermasam muka. Perhaps the worse case scenario, sampai gaduh anak beranak.

Angkat mouse kalau korang setuju.

Nama anak-anak sekarang bukannya nak simple. Jarang sangat kita jumpa anak generation-Z yang namanya Abu atau Ali atau Hidney.

Ngee... *pose hantu susu*

Anyway, naming my second son was a bit tricky for my wife and I cos my first son's name; Eusof Ningkan has gotten everyone stirred up like cray-cray (ready crazy). Click here to read more.

Similarly we need to come out with a name that will leave the same impression of 'Sarawakiana' to everyone. Dah besar nanti tak payah dia nak perkenalkan diri lama-lama. Tengok nama pun orang tahu dia warganegara Sarawak.

And finally last March 2017, we've decided to name our second son as Adruce Kidow.



Kenapa Adruce Kidow?

Adruce adalah nama kepada Yang di-Pertua Negara Sarawak ke-5; Tun Datuk Patinggi (Dr.) Haji Ahmad Zaidi Adruce bin Muhammed Noor. Kira ni macam doa lah, so anak aku akan jadi somebody one day.

Amin...

Dan Kidow adalah olahan dari nama Bidayuh yang loosely translated into 'pahlawan'.

Family aku kata nama anak aku hipster.

Korang rasa?

AKUBUKANSUPERMAN: Nak start fikir nama anak ke-3 plak hahaha...

June 17, 2017

Sup ayam dicampak-campak jer

Dalam bulan romodon ni, nafsu makan macam membuak-buak pulak. Kekononnya nak diet dan dapatkan body yang Baywatch-worthy sebelum raya.

Haram hampeh jugak!

Nak dijadikan story, tempohari aku tertengok insta sorang artis tu masak sup ayam. Aku rasa macam nak jilat-jilat jer skrin telefon aku tu sebab nampak macam sedap sangat.

So berbekalkan dengan semangat juang Mat Over dan keyakinan David Teo, semalam dengan tabahnya aku cuba meniru masakan beliau itu.


Ini aku persembahkan Sup Ayam Dicampak-Campak Jer.

Bebahannya.

Sayap ayam beberapa ketul.
Kentang beberapa biji.
Cili kering sesedap pedas.
Bawang merah beberapa biji.
Bawang besar sebiji.
Bawang putih beberapa ulas.
Daun bawang beberapa helai.
Daun ketumbar beberapa helai.
Kiub pati ayam.
Garam.
Gula.
Ladang putih.
Air.
Perut yang kosong.

Mula-mula potong semua bawang dan layurkan dalam kuali. Cili kering dipatah-patahkan dan dimasukkan sekali.

Kalau bawang besar tu dah macam ke-lutsinar-an jer, masukkan air. Banyaknya ikut sukati korang. Lepas tu korang campaklah kentang yang dah dipotong-potong, sayap ayam, kiub pati ayam, garam, gula dan lada putih.

Kalau nak lebih SWAG, korang boleh letak sup bunjut dan Bay Leaf.

Biarkan sampai ayam nampak empuk.

Daun bawang dan daun sup pula korang boleh campak bila korang dah ready nak hidang.

Gila senangkan?

Aku yang tak pandai masak ni pun boleh buat, apatah lagi korang.

Jangan lupa senyum time masak.

Mak aku cakap masakan akan lebih 'mesra'.

Sekian dulu.

Babai!

AKUBUKANSUPERMAN: Tak ada pulak orang pegang tangan aku sambil berbisik, "Untung dapat isteri macam awak."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...