AKUBUKANSUPERMAN

May 15, 2017

MBO Kecil Starling Mall dan 'mereka'

Hujung minggu lepas aku berpeluang menonton wayang kat the spanking new MBO Kecil di Starling Mall, Uptown Damansara nuu.

Aku rasa konsep panggung yang membenarkan anak-anak kechil (sengaja di-eja begitu) untuk melalak dan berlari sampai benjol sewaktu tayangan ini amatlah out-of-the-box-thinking, atau dalam bahasa Rais Yatim-nya, berkotak diluar fikir.


Sejak ada anak dua ni, aku dan wife sangat jarang nak spend masa menonton wayang sama.

Mana dengan anak nangis lagi...

Lari sana. Lari sini...

Tarik rambut amoi kat kerusi depan...

Semua tu akan pasti mengundang renungan maha-maut penonton lain yang macam tak faham masalah ibu bapa walaupun diorang dah ada anak 7.

MAK TENSION NYAH!!!

Last-last beli jer DVD cetak rompak dan menonton kat rumah.

Tu orang cakap. Aku tak beli DVD cetak rompak.

Haram!

Masuk neraka!!!

*pose hantu susu*

So nak dijadikan story, wife aku (yang sangat rajin surf internet sejak dua menjak ni) ter-stumbled dengan MBO Kecil.





The best thing about MBO Kecil is, your little ones can actually do whatever they want and play at the playground while you can watch your movie. 

Yes people, a playground!

The playground is conveniently located underneath the screen so you can always know on your little ones whereabouts. 







Lampu panggung pun tak terlalu malap dan sound system-nya tak terlalu bingit.

Sangat infant-friendly.

Untuk korang yang ada anak dan consider yourself as hantu panggung (macam aku), korang boleh cuba try MBO Kecil kat Starling Mall Uptown Damansara.

INI BUKAN SIARAN TAJAAN!

As a parent myself, I just wanted to share what parents wants to know.



Aku harapkan akan ada lebih banyak lagi kemudahan yang seperti ini diadakan di Malaysia.

Tak perlu lah nak bangga sangat dengan kemajuan yang dah dibawa oleh 'mereka' yang konon-nya dah memerintah selama 71 tahun tu.

Kita masih lambat berbanding negara lain...

Pfffttt tak ada kaitan!

Aku blah dulu bro!

AKUBUKANSUPERMAN: Maria Ozawa ada kat Malaysia???

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...