May 3, 2017

Cerita emcee

EMCEE, master of ceremony atau dalam bahasa Rais Yatim-nya, juru-acara majlis mungkin seringkali dipandang remeh atau tak penting. Spesies manusia yang banyak cakap dan selalunya syok sendiri.

Tapi zahirnya orang-orang yang syok sendiri inilah yang akan mewarnai perjalanan sesuatu majlis. Pincang emcee, maka rabaklah majlis.

Gitu...

So nak dijadikan story, aku telah ditakdirkan jadi emcee untuk satu seminar dan gala dinner anjuran pertubuhan ISP atau nama penuhnya Incorporated Society of Planters kat Putrajaya tempohari. Takyah lah aku bagi translate ke bahasa Rais Yatim ek.

Jenuh!

Kalau di ikutkan aku bukanlah berbakat mega untuk jadi seekor atau sebiji emcee yang digeruni. Kalau setakat nak gebang kosong dan buat lawak yang KRIK-KRIK maybe aku boleh buat. Tapi memandangkan chairman ISP tu adalah immediate boss aku, aku gagahi jua. Mana la tau kut-kut dia bagi aku bonus gilababy lepas tu.

Boleh aku belanja korang KFC.

Lagipun Ella ni kan pekerja yang taat...

Sopan-santun...

Berbudi bahasa...

Handsome pulak tu...

Anyway, event tu berlangsung dengan jayanya. Dah jadi Macam Macam Aznil dah majlis tu aku buat sebab boss kata tak nak event yang terlalu formal. I mean kalau ada peluang panggil Mat Kasan, aku dah panggil dah dia menari gelek atas pentas.

Paling penting, boss suka cara aku. Un-sangka-rably berbakat katanya.

Tapi pujian boss aku tu setakat tu ajer lah.

Bonus tak dapat, Mat Kasan pun aku tak dapat.

Memori daun pisang tu terkubur bersama-sama cinta Amelina dan Iwan sehingga lah pada suatu hari...

Jeng jeng jeng *musik dramatik La' Usupadora berkumandang*

I attended a meeting this morning when one of the manager quietly approached me. "Eh I thought I saw you before. I think you're that emcee during last ISP dinner in Putrajaya."

Aku pun tersipu-sipu malu la macam Ella.

"I always thought you work with some TV station. But Never thought that you will work in this plantation business. Steady also ah you!" Dia menyambung lagi.

Kembang kejap aku...

DIA KATA AKU ORANG TV DOWH!!!

Eh jap, aku memang artis pun.

Aku kan Ella.

#mohonlempang

AKUBUKANSUPERMAN: Siapa nak hire aku jadi emcee majlis-majlis kawin sila pm tepi. Harga kasih sayang...

1 ulasan:

achik ezam said...

hahahahaha overnya ellaaaaaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...