May 2, 2017

Banting kat Perak

Kalau ikutkan, aku memang tak pernah lulus kalau bab nak sebut nama tempat. Pernah sekali aku dengan confident-nya cakap Lok Kawi tu ada kat Langkawi. Walhal Lok Kawi tu ada kat Sabah.

Selain dari nama tempat, aku memang akan gagal dengan cemerlangnya kalau orang tanya aku nama buah-buahan.

Aku cuma tahu buah dada jer.

So nak dijadikan cerita, beberapa ketika dulu (sebelum aku bercadang nak update blog aku ni), orang Human Resource company aku pernah merancang nak pindahkan aku ke Banting.

Dengan tak semena-mena-nya aku cakap, "Jauhnya nak kerja kat Perak! Kat Perak ada apa?"

Maaf eh orang Perak. Bukan niat aku nak jadi kurang ajor macam Khai Bahar. Tapi aku agak ralat bila kena pergi kerja jauh dari ketiak mak aku.

"Dik, Banting tu kat Selangor! Apa pulak kat Perak?" Orang HR kata.

Korang rasa apa?

Rasa OREN tak?

Akhirnya aku berpindah ke Banting...

Di Selangor...

Bukannya di Perak...

Tak ada jem pun...

Sejam jer kalau nak ke KLCC...

Sila jealous!

AKUBUKANSUPERMAN: Lama giler tak update blog!

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...