May 11, 2017

99 Kata-Kata Telur Tiga Rasa

Haritu bila member aku JOYAH-kan yang Fatah Amin menang anugerah buku popular, aku tak OREN sangat.

Maybe tu rezeki dia sebab dia cantik.

Atau maybe kakak-kakak dan makcik-makcik nak beli buku tu sebab they alls ingat ada gegambar topless Fatah dalam buku tu.

Maybe aku kata...

Aku tak tahu sebab aku tak minat Fatah Amin.

Aku minat Fadhlan jer...

Sila OREN!


Anyways, malam tadi aku agak bersemangat nak masak. So aku decided nak buat 99 Kata-Kata Telur Tiga Rasa.

Bebahannya...

2 biji telur ayam,
2 biji telur masin,
2 biji century egg, atau dalam bahasa Rais Yatim-nya, telur seribu tahun,
Sebiji bawang merah,
Seulas bawang putih,
Sedikit minyak masak,

Dan kini cara-caranya pula...

"Mula-mula aku rebus telur masin tu. Sementara menunggu siap direbus, aku potong bawang merah dan bawang putih. Hahaa... Kelakarkan"

"Selepas siap direbus, telur masin dan telur seribu tahun aku hancurkan dan adun sekali dengan telur ayam didalam satu bekas yang dah dioles sedikit minyak. Hahaa... Kelakarkan?"

"Di dalam adunan itu, aku masukkan bawang merah dan putih. Cili akan aku tambah kalau aku nak tambah pedas. Hahaa... Kelakarkan?"

"Akhir sekali, adunan dimasukkan dalam steamer sehingga masak. Hahaa... Kelakarkan?"



Harap aku dapatlah menang anugerah entry paling popular.

Tapi aku kena letak gambar topless la kat sini.

Selamat mencuba!

AKUBUKANSUPERMANHahaa... kelakarkan?

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...