May 29, 2017

Happy birthday to you

Semalam birthday aku yang ke 21 tahun *gelak horny*

Sambutan seadanya jer.

Tak berlebih-lebihan.

Nanti Tuhan marah.

Tak ada rasa OREN dihati.

Sempena hari baik-baik ni, aku nak share lagu birthday yang paling aku suka.

Enjoice!!!


AKUBUKANSUPERMAN: Alhamdulillah aku dapat capai apa yang aku nak.

May 25, 2017

Mat rempit dan Superman

Occasionally bila aku drive kat highway aku akan terserempak dengan few mat rempits, moving swiftly and daringly between each cars as if they were THOR YANG TAK AKAN MENINGGAL!

Ada yang buat aksi Superman...

Ada yang buat wheely...

Tapi rata-rata akan rendahkan badan diorang ke depan untuk lebih aerodinamik.

Jangan tanya aku apa itu aerodinamik.

Aku tau Kumpulan Arrow jer...


Kalau turunkan badan ke depan boleh buatkan diorang jadi lebih aerodinamik dan laju, maknanya aku pun boleh buat benda yang sama untuk lebih laju kalau aku drive kereta aku?

Korang rasa?

Esok aku nak buat aksi Superman plak dalam kereta.

Mana tau kot-kot boleh lagi laju...


AKUBUKANSUPERMAN: Aku pernah tanya wife aku benda yang sama. Dia tengok aku atas bawah lepas tu dan tanya, "HAR YU HOKEI?"

May 15, 2017

MBO Kecil Starling Mall dan 'mereka'

Hujung minggu lepas aku berpeluang menonton wayang kat the spanking new MBO Kecil di Starling Mall, Uptown Damansara nuu.

Aku rasa konsep panggung yang membenarkan anak-anak kechil (sengaja di-eja begitu) untuk melalak dan berlari sampai benjol sewaktu tayangan ini amatlah out-of-the-box-thinking, atau dalam bahasa Rais Yatim-nya, berkotak diluar fikir.


Sejak ada anak dua ni, aku dan wife sangat jarang nak spend masa menonton wayang sama.

Mana dengan anak nangis lagi...

Lari sana. Lari sini...

Tarik rambut amoi kat kerusi depan...

Semua tu akan pasti mengundang renungan maha-maut penonton lain yang macam tak faham masalah ibu bapa walaupun diorang dah ada anak 7.

MAK TENSION NYAH!!!

Last-last beli jer DVD cetak rompak dan menonton kat rumah.

Tu orang cakap. Aku tak beli DVD cetak rompak.

Haram!

Masuk neraka!!!

*pose hantu susu*

So nak dijadikan story, wife aku (yang sangat rajin surf internet sejak dua menjak ni) ter-stumbled dengan MBO Kecil.





The best thing about MBO Kecil is, your little ones can actually do whatever they want and play at the playground while you can watch your movie. 

Yes people, a playground!

The playground is conveniently located underneath the screen so you can always know on your little ones whereabouts. 







Lampu panggung pun tak terlalu malap dan sound system-nya tak terlalu bingit.

Sangat infant-friendly.

Untuk korang yang ada anak dan consider yourself as hantu panggung (macam aku), korang boleh cuba try MBO Kecil kat Starling Mall Uptown Damansara.

INI BUKAN SIARAN TAJAAN!

As a parent myself, I just wanted to share what parents wants to know.



Aku harapkan akan ada lebih banyak lagi kemudahan yang seperti ini diadakan di Malaysia.

Tak perlu lah nak bangga sangat dengan kemajuan yang dah dibawa oleh 'mereka' yang konon-nya dah memerintah selama 71 tahun tu.

Kita masih lambat berbanding negara lain...

Pfffttt tak ada kaitan!

Aku blah dulu bro!

AKUBUKANSUPERMAN: Maria Ozawa ada kat Malaysia???

May 12, 2017

Good girls go to heaven. Bad girls go to Amsterdam!

Selumrahnya bila kita deal dengan manusia (bukan lembu atau cipan), kita akan berjumpa dengan manusia yang sentiasa akan cakap buruk pasal manusia yang lain.


These people will always think that they are overly zenith compared to the others.

That they will always be right, although it is impossible for us to be right all the time, unless you are freakin' Joan Rivers (may her soul rest in peace)

That they will always stand higher than everyone else.

And that they will definitely go to heaven...

#ahlitetapsyurgafirdaus

In most of the time, I will avoid brushing my shoulders with these breeds.

Why the because?

Sebab it is so not impossible that they will too talk bad about you behind your back.

See the logic?

Tu jer aku nak gebang.

Selamat berhujung minggu kengkawan!



AKUBUKANSUPERMAN: Minggu ni nak try nonton wayang kat MBO Kecil kat Uptown Damansara. Nanti aku gebangkan story tu in my next entry.

May 11, 2017

99 Kata-Kata Telur Tiga Rasa

Haritu bila member aku JOYAH-kan yang Fatah Amin menang anugerah buku popular, aku tak OREN sangat.

Maybe tu rezeki dia sebab dia cantik.

Atau maybe kakak-kakak dan makcik-makcik nak beli buku tu sebab they alls ingat ada gegambar topless Fatah dalam buku tu.

Maybe aku kata...

Aku tak tahu sebab aku tak minat Fatah Amin.

Aku minat Fadhlan jer...

Sila OREN!


Anyways, malam tadi aku agak bersemangat nak masak. So aku decided nak buat 99 Kata-Kata Telur Tiga Rasa.

Bebahannya...

2 biji telur ayam,
2 biji telur masin,
2 biji century egg, atau dalam bahasa Rais Yatim-nya, telur seribu tahun,
Sebiji bawang merah,
Seulas bawang putih,
Sedikit minyak masak,

Dan kini cara-caranya pula...

"Mula-mula aku rebus telur masin tu. Sementara menunggu siap direbus, aku potong bawang merah dan bawang putih. Hahaa... Kelakarkan"

"Selepas siap direbus, telur masin dan telur seribu tahun aku hancurkan dan adun sekali dengan telur ayam didalam satu bekas yang dah dioles sedikit minyak. Hahaa... Kelakarkan?"

"Di dalam adunan itu, aku masukkan bawang merah dan putih. Cili akan aku tambah kalau aku nak tambah pedas. Hahaa... Kelakarkan?"

"Akhir sekali, adunan dimasukkan dalam steamer sehingga masak. Hahaa... Kelakarkan?"



Harap aku dapatlah menang anugerah entry paling popular.

Tapi aku kena letak gambar topless la kat sini.

Selamat mencuba!

AKUBUKANSUPERMANHahaa... kelakarkan?

May 3, 2017

Cerita emcee

EMCEE, master of ceremony atau dalam bahasa Rais Yatim-nya, juru-acara majlis mungkin seringkali dipandang remeh atau tak penting. Spesies manusia yang banyak cakap dan selalunya syok sendiri.

Tapi zahirnya orang-orang yang syok sendiri inilah yang akan mewarnai perjalanan sesuatu majlis. Pincang emcee, maka rabaklah majlis.

Gitu...

So nak dijadikan story, aku telah ditakdirkan jadi emcee untuk satu seminar dan gala dinner anjuran pertubuhan ISP atau nama penuhnya Incorporated Society of Planters kat Putrajaya tempohari. Takyah lah aku bagi translate ke bahasa Rais Yatim ek.

Jenuh!

Kalau di ikutkan aku bukanlah berbakat mega untuk jadi seekor atau sebiji emcee yang digeruni. Kalau setakat nak gebang kosong dan buat lawak yang KRIK-KRIK maybe aku boleh buat. Tapi memandangkan chairman ISP tu adalah immediate boss aku, aku gagahi jua. Mana la tau kut-kut dia bagi aku bonus gilababy lepas tu.

Boleh aku belanja korang KFC.

Lagipun Ella ni kan pekerja yang taat...

Sopan-santun...

Berbudi bahasa...

Handsome pulak tu...

Anyway, event tu berlangsung dengan jayanya. Dah jadi Macam Macam Aznil dah majlis tu aku buat sebab boss kata tak nak event yang terlalu formal. I mean kalau ada peluang panggil Mat Kasan, aku dah panggil dah dia menari gelek atas pentas.

Paling penting, boss suka cara aku. Un-sangka-rably berbakat katanya.

Tapi pujian boss aku tu setakat tu ajer lah.

Bonus tak dapat, Mat Kasan pun aku tak dapat.

Memori daun pisang tu terkubur bersama-sama cinta Amelina dan Iwan sehingga lah pada suatu hari...

Jeng jeng jeng *musik dramatik La' Usupadora berkumandang*

I attended a meeting this morning when one of the manager quietly approached me. "Eh I thought I saw you before. I think you're that emcee during last ISP dinner in Putrajaya."

Aku pun tersipu-sipu malu la macam Ella.

"I always thought you work with some TV station. But Never thought that you will work in this plantation business. Steady also ah you!" Dia menyambung lagi.

Kembang kejap aku...

DIA KATA AKU ORANG TV DOWH!!!

Eh jap, aku memang artis pun.

Aku kan Ella.

#mohonlempang

AKUBUKANSUPERMAN: Siapa nak hire aku jadi emcee majlis-majlis kawin sila pm tepi. Harga kasih sayang...

May 2, 2017

Banting kat Perak

Kalau ikutkan, aku memang tak pernah lulus kalau bab nak sebut nama tempat. Pernah sekali aku dengan confident-nya cakap Lok Kawi tu ada kat Langkawi. Walhal Lok Kawi tu ada kat Sabah.

Selain dari nama tempat, aku memang akan gagal dengan cemerlangnya kalau orang tanya aku nama buah-buahan.

Aku cuma tahu buah dada jer.

So nak dijadikan cerita, beberapa ketika dulu (sebelum aku bercadang nak update blog aku ni), orang Human Resource company aku pernah merancang nak pindahkan aku ke Banting.

Dengan tak semena-mena-nya aku cakap, "Jauhnya nak kerja kat Perak! Kat Perak ada apa?"

Maaf eh orang Perak. Bukan niat aku nak jadi kurang ajor macam Khai Bahar. Tapi aku agak ralat bila kena pergi kerja jauh dari ketiak mak aku.

"Dik, Banting tu kat Selangor! Apa pulak kat Perak?" Orang HR kata.

Korang rasa apa?

Rasa OREN tak?

Akhirnya aku berpindah ke Banting...

Di Selangor...

Bukannya di Perak...

Tak ada jem pun...

Sejam jer kalau nak ke KLCC...

Sila jealous!

AKUBUKANSUPERMAN: Lama giler tak update blog!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...