AKUBUKANSUPERMAN

May 28, 2016

Hidney di Melbourne!


Well as you've already guessed it, Hidney is in Melbourne!!!

*buat-buat menjerit tapi tak keluar suara*

Ekceli trip ni dah lama tertangguh. In a few occasion, aku beli tiket jer tapi tak pakai pun. Sangat rugi considering aku tak kaya-raya. Orang tak derma RM2.6B kat akaun aku...

Kalau dulu aku ber-travel single-mingle, kali ni aku ber-travel dengan wife dan agugu aku. Dengan rezeki yang sekangkang kera ni, aku berjaya tunaikan permintaan wife untuk merasa winter kat negeri omputeh.

Alhamdulillah...

Sekarang musim luruh yang sipi-sipi nak winter kat Melbourne. Tapi suhu dah cecah 8 degree C. Aku sangat risaukan agugu sebab a few days before terbang, dia tangkap selsema yang agak kronik. But dengan un-sangka-rably bila sampai sini dia selamba jer. Tak tangkap selsema.

Daddy bangga. Attaboy!

Im looking forward for more of Australia really. Dont just jump into conclusion when I say I wish I can call her home. For here life is lively and education is at its best.

Rasa nak bukak jalan for agugu jer. At least agugu can claim Australia as his real home one day. Tak macam daddy, asyik bergurau kampung halaman kat Aussie.

Harap impian dan usaha daddy berjaya.

AKUBUKANSUPERMAN: Wismilak!!!

May 20, 2016

Quiche Buku Merah

Bersempena dengan undang-undang baru larangan keluar negara kepada rakyat Malaysia baru-baru ni, aku nak perkenalkan resipi yang bertitik-tolak dari perkembangan baharu itu. Nah aku persembahkan...

Quiche Buku Merah.

Semua yang kenal aku maybe sedia maklum yang aku ni bukan saja kaki bangku, malah tangan bangku jugak.

Tangan bangku = tak pandai masak.

Tapi aku memang comel.

Itu yang paling penting.

Anyway berikut adalah bebahan untuk Quiche Buku Merah:

- Spinach atau dalam bahasa Rais Yatim; bayam.
- Daging cincang.
- Heavy cream atau krim berat (kui kui kui)
- Parmesan cheese.
- Swiss cheese.
- Telur.
- Puff pastry.
- Minyak.

Cecaranya:

Dalam frying pan, gorengkan daging cincang half-way through. Tak payah masak sangat sebab kendian nanti akan masuk oven jugak. Lepas tu masukkan bayam. Layurkan sekejap. 

Amazing tak korang aku guna perkataan LAYUR? Nyiur nan sebatang sangat kan Senah!!!

Anyway lepas siap goreng korang letak tepi. Pastikan korang buang semua juice yang terhasil masa goreng daging tadi. Its important for you to keep this gorengan DRY.

Dalam bowl yang berasingan, masukkan telur. Pukul hingga kembang seperti esok tiada lagi.

Krik krik krik...

Lepas tu masukkan heavy cream dan parmesan cheese.

Pukul lagi hingga nangis.

Letak tepi.

Dalam baking pan, korang tenyeh puff pasty ikut bentuk pan tu. Ketebalan ikut suka korang. Kalau nak pan crust macam Pizza Hut tu, korang bagi nipis sikit. Lepas puas hati dengan tenyehan korang, korang masukkan daging cincang dan bayam tadi. 

Lepas tu korang tuang adunan telur + heavy cream + cheese tadi.

Sebelum masukkan dalam oven yang telah di pre-heatkan, korang hias la quiche tu dengan Swiss cheese. Tak nak pun tak apa.

Untuk korang yang sangat kental semangat kemelayuan-nya, korang boleh switch cheese dengan belacan.

Lemme know how it taste like.

Finally, masukkan semua tu dalam oven dan bakar dalam suhu 120 darjah celcius selama setengah jam atau sampai jadi macam kat gambar bawah ni.

Jangan lupa insta-pic kan lepas tu.

Sedap yang hakiki!!!

Selamat mencuba.



AKUBUKANSUPERMAN: Minggu depan aku kat Melbourne. Nantikan entry edisi BUMPER dari Melbourne uols!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...