March 25, 2016

Fasa-fasa kereta Fasha Sandha

Seorang kawan pernah cakap kat aku dulu. Dalam kehidupan ni kita akan ada lima fasa kereta. Disebab aku ada banyaaaaaaak masa sekarang ni dan aku rasa super generous, aku dengan gembiranya akan menghuraikan kelima-lima fasa kereta ITIEW.

Rapatkan saf!!!

Fasa 1
Kereta zaman belajar. Biasanya hanya tertakluk kepada anak-anak tauke balak atau anak-anak ikan jer. Untuk yang HANYA ANAK BAPAK macam aku, boleh pergi main jauh-jauh. Terus jer langkau ke fasa 2.

Tapi biasanya kereta untuk fasa ni bersaiz kechil (sengaja ejaan begitu) dan compact, atau dalam bahasa Rais Yatim-nya kompak.

Contoh terdekat Savvy, Myvi, Viva, Vavi...


Fasa 2
Kereta zaman muda-mudi. Time ni kita baru nak merasa ada duit sendiri dan komitmen plak kurang. Gaji masih berbaki gempak walupun lepas tabur sana sini. Saiz kereta dalam lingkungan pertengahan; tak terlalu besar dan tak terlalu kechil.

Untuk yang berjiwa buaya, mungkin akan pilih kereta yang dua pintu atau coupe.

Disebut sebagai Koo~Pey yer Senah!


Fasa 3
Fasa 3 adalah untuk keluarga muda, yang baru ada anak. Tambahan kalau anak tu dibawah umur setahun. Nak gi beli sayur jer kena bekal dua tiga beg. Mana nak letak susu lagi. Nak bawak lampin lagi. Silap hari bulan sinki pun nak bawak.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman...

No more fancy cars.

No more hot and young executive.

Menjadilah hot and young daddy.


Fasa 4
Fasa 4 adalah untuk yang dah bekeluarga besar. Atau anak muda yang kawin dengan janda anak 5.

*kuss semangat*

Dari compact car menjadi family car.

Yang tadinya hot and young daddy, menjadi still hot and daddy daddy...

*OREN*


Fasa 5
Well fasa terakhir ni buatkan aku sedih sikit. Tak payah gebang banyak. Korang tengok aje lah gambar ni.

Semoga kita akan insaf dan beringat.

Amin.



AKUBUKANSUPERMAN: Fasa manakah anda?

March 22, 2016

Edisi bumper bonon dan wowon

Maybe korang akan terfikir, apa makna bonon dan wowon ni?

Kueh ker?

Ekceli bonon dan wowon tu dalam bahasa Bidayuh bermaksud suami dan isteri. Aku panggil wife aku WOWON dan wife aku panggil aku BONON *sambil pintal rambut dan kelip mata laju-laju*

But kenapa Bidayuh?

Sebab wife aku orang Bidayuh.

Walaupun aku ni sebenarnya Australian.

*krik krik krik*

Setiap pasangan confirm ada panggilan manja sendiri. We chose to call ourselves in Bidayuh names untuk bezakan dengan orang lain. Baru la orang kata unik!

Tak gitu Senah?

Mula-mula tu aku nak panggil wife aku DINDA dan dia pulak panggil aku KANDA.

Tapi lepas tu aku rasa macam nak muntah hijau, terus tak jadi.

Ok enough about that. Aku nak sajikan gegambar aku dan wife aku dihari bahagia kami.

Enjoice!!!







AKUBUKANSUPERMAN: Aku sebenarnya Australian kui kui kui...

March 2, 2016

Eusof Ningkan

Hi uols!

Rindu Ella tak?

Siapa yang kata dia rindu Ella, Ella akan belanja makan.

*pose hantu susu*

Semalam aku dapat sms yang sangat un-sangka-rable dari member bloggers. Dia tanya mana aku pergi. Lama menyepi ujarnya.

Dengan machonya aku jawab yang aku tak gi mana-mana pun. Ada jer kat sini-sini. Life being busy dengan urusan mencari rezeki dan baby...

Thats right, Ella sekarang dah jadi daddy. Ella raser, Ella suker! *flip rambut tanpa henti*


On 3rd August 2015, my wife and I welcomed a baby boy, whom we affectionately call Eusof Ningkan. Ramai yang bertanya, "Kenapa Eusof Ningkan?"

Sebab kalau aku bagi nama Sinchan, maybe dia tak akan maafkan aku sampai ke tua hahaha.

But on a serious note, nama tu aku pilih sebab Yusuf adalah Nabi Allah yang terkacak. Orang kata nama tu doa. So biar dia besar jadi handsome macam daddy.

*sila muntah*


Selari dengan trend terkini, aku tweak ejaan Yusuf jadi Eusof. Biar molek sikit. But that will not stop everyone from calling him UCOP later. Dan aku plak akan dikenali sebagai BAPAK UCOP...

*OREN*

Dan Ningkan adalah nama bapa kepada Ketua Menteri Sarawak yang pertama; Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, I am hoping that he will eventually grow up becoming an honorable and respecful man.

Lagipun in the future, tak payah lah dia explain panjang lebar untuk pastikan yang dia adalah anak Sarawak. Tengok nama pun orang dah boleh tau.


Sik la kedak daddy, kelayi nak madah dirik tok orang Sarawak. Tapi tetap juak orang ingat daddy tok Australian bah. Alu lemah nyawa ku tauk ko.

Hahahahaha!!!

Bah mupok lok kita.

AKUBUKANSUPERMAN: My precious...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...