March 25, 2016

Fasa-fasa kereta Fasha Sandha

Seorang kawan pernah cakap kat aku dulu. Dalam kehidupan ni kita akan ada lima fasa kereta. Disebab aku ada banyaaaaaaak masa sekarang ni dan aku rasa super generous, aku dengan gembiranya akan menghuraikan kelima-lima fasa kereta ITIEW.

Rapatkan saf!!!

Fasa 1
Kereta zaman belajar. Biasanya hanya tertakluk kepada anak-anak tauke balak atau anak-anak ikan jer. Untuk yang HANYA ANAK BAPAK macam aku, boleh pergi main jauh-jauh. Terus jer langkau ke fasa 2.

Tapi biasanya kereta untuk fasa ni bersaiz kechil (sengaja ejaan begitu) dan compact, atau dalam bahasa Rais Yatim-nya kompak.

Contoh terdekat Savvy, Myvi, Viva, Vavi...


Fasa 2
Kereta zaman muda-mudi. Time ni kita baru nak merasa ada duit sendiri dan komitmen plak kurang. Gaji masih berbaki gempak walupun lepas tabur sana sini. Saiz kereta dalam lingkungan pertengahan; tak terlalu besar dan tak terlalu kechil.

Untuk yang berjiwa buaya, mungkin akan pilih kereta yang dua pintu atau coupe.

Disebut sebagai Koo~Pey yer Senah!


Fasa 3
Fasa 3 adalah untuk keluarga muda, yang baru ada anak. Tambahan kalau anak tu dibawah umur setahun. Nak gi beli sayur jer kena bekal dua tiga beg. Mana nak letak susu lagi. Nak bawak lampin lagi. Silap hari bulan sinki pun nak bawak.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman...

No more fancy cars.

No more hot and young executive.

Menjadilah hot and young daddy.


Fasa 4
Fasa 4 adalah untuk yang dah bekeluarga besar. Atau anak muda yang kawin dengan janda anak 5.

*kuss semangat*

Dari compact car menjadi family car.

Yang tadinya hot and young daddy, menjadi still hot and daddy daddy...

*OREN*


Fasa 5
Well fasa terakhir ni buatkan aku sedih sikit. Tak payah gebang banyak. Korang tengok aje lah gambar ni.

Semoga kita akan insaf dan beringat.

Amin.



AKUBUKANSUPERMAN: Fasa manakah anda?

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...