March 22, 2016

Edisi bumper bonon dan wowon

Maybe korang akan terfikir, apa makna bonon dan wowon ni?

Kueh ker?

Ekceli bonon dan wowon tu dalam bahasa Bidayuh bermaksud suami dan isteri. Aku panggil wife aku WOWON dan wife aku panggil aku BONON *sambil pintal rambut dan kelip mata laju-laju*

But kenapa Bidayuh?

Sebab wife aku orang Bidayuh.

Walaupun aku ni sebenarnya Australian.

*krik krik krik*

Setiap pasangan confirm ada panggilan manja sendiri. We chose to call ourselves in Bidayuh names untuk bezakan dengan orang lain. Baru la orang kata unik!

Tak gitu Senah?

Mula-mula tu aku nak panggil wife aku DINDA dan dia pulak panggil aku KANDA.

Tapi lepas tu aku rasa macam nak muntah hijau, terus tak jadi.

Ok enough about that. Aku nak sajikan gegambar aku dan wife aku dihari bahagia kami.

Enjoice!!!







AKUBUKANSUPERMAN: Aku sebenarnya Australian kui kui kui...

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...