October 28, 2014

Mak hayam di Shah Alam





Berbekalkan semangat juang yang tinggi dan RM di dalam dompet, hujung minggu lepas aku dan Puan Bini pergi buat Skytrex kat Taman Pertanian Malaysia kat Shah Alam nu.

Untuk yang tak tau apa tu Skytrex, boleh lah tengok sendiri kat website depa kat sini.

Click cepat! *jegilkan mata*

Aku secara zahirnya bukanlah jenis yang suka dengan tempat-tempat tinggi. So bila wife aku cadangkan kami beriadah dengan ber-Skytrex-ing, aku terus nak angkat tangan dan jerit "cadangan ditutup!"

Nasib baik aku tak buat.

So bila aku sampai kat tempat tu, aku nampak banyak adik-adik yang baru nak UP join aktiviti tu. Tercabar la jugak.

Mak hayam mana boleh kalah kan?

Hahaha drama!

Aku signed for Extreme Challenge dengan bayaran RM55 (jer). Ada 34 halangan yang agak mencabar dalam challenge tu dan semua tu perlu dilakukan pada ketinggian maksimum 22 kaki.

So apa verdict-nya?

SEWONOK!!!

Cuba la. Takkan korang nak kalah dengan adik-adik tu kot?

OREN korang nanti...

October 20, 2014

Aku dan CAPAM International Run 2014



Mula-mula sari berita penting.

CAPAM disebut sebagai kapam, macam kapal. Bukan sebut macam capal eh. Harap maklum.

Ok isi berita...

Hujung minggu tadi aku dengan konfiden-nya join larian CAPAM Int'l Run. Walaupun ni dah masuk bulan Oktober, CAPAM adalah larian aku yang pertama untuk tahun 2014.

OREN tak?

Larian terakhir aku adalah RatRace...

Tahun 2012...

Dan aku demam dua hari lepas tu...

...

...

Anyway, walaupun lama tak lari, aku berjaya menyudahkan larian yang berjarak 10 kilometer tu dibawah 8 jam.

Ok la tu.

Kot...

Tak banyak gambar yang aku amik sebab aku sorang-sorang jer. Aku tak pandai selfie.

Sebab aku ni pemalu orangnya...


At least aku dapat medal. Hahahaha *gelak horny*

#foreveralone

October 15, 2014

Story bonon dan wowon

"Tuan Hidney, tolong tandatangan kat sini..." Dia menghulurkan rekod klinik sambil tersengih.

"Eeii budak ni." Aku bermonolog sendirian.

Buku rekod itu aku amati. Rekod tidak update, tulisannya compang-camping, pen hitam bercampur dengan pen biru...

Kusut...

Macam orangnya...

"Lain kali jangan tunggu dua tiga hari baru nak submit. Tulisan tu biar cantik sikit." Aku cuba menjegilkan mata untuk tampak lebih garang, dengan harapan dia akan takut dan berlagak senormalnya, seperti cewek-cewek ladang yang selalu berurusan denganku.

"Ok boss!" Katanya dan berlalu keluar dari bilikku. Tersengih gedik darab 10.

Nasib baik comel. Kalau tak aku dah humban dalam kolam dah.

Well, that was years ago.

Aku dah tak duduk dalam ladang and now she is my wife.

Dah tak kusut...

Makin comel...

Tapi tulisan tetap compang-camping...

Happy birthday sayang.

Bonon sayang wowon ketat-ketat!



October 14, 2014

Hidney is my name


Received a phone this morning and...

Him: I'm planning to send in your purchase today but I dont have your name in the shipping address.

Me: My name is Hidney.

Him: Eh I have it written here but I thought its a company's name.

Me: No, my name is Hidney.

Him: I am sorry sir. Are you Malaysian?

Me: No. I am Japanese.

I won't be getting all these nonsense if my name is Ahmad or Ali or Anuar Zain right?

Hahaha...

Thanks dad for giving me that name...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...