November 11, 2013

Makhluk halus dan seni halus

Semenjak dua menjak ni, orang kat rumah suka benar menonton cerita yang berkisar tentang makhluk halus. Aku yang dah secara zahirnya lahir sebagai insan yang lemah dan tidak berdaya ni kadang-kadang seram bila nak gi mandi.

Tapi aku tetap macho macam biasa...

*tak ada kaitan langsung*

Anyway, mesti korang dah sedia maklum dengan kedai online aku yang cukup handsome tu.

Klik sini untuk refresh memori anda...

Alhamdulillah hasilnya agak memberangsangkan.

Takut pulak aku tak menang tangan.

Dengan tempahan yang masuk, aku kena pastikan bahan-bahan mentah sentiasa ada. Menggigau jugak la aku cari bahan kalau tak ada pembekal.

Nak beli satu-satu kat kedai aku tak larat. Harga plak dah mark-up gila-gila.

Gugur bulu kening wak kalau beli satu-satu.

So as at minggu lepas, semua bahan 'mentah' aku dapat dari pembekal luar. Paling dekat aku dapat dari Hong Kong. Tempoh penghantaran tak kurang dari 2 minggu.

Pitam kita wak...

Ada jugak insiden pesanan tak sampai sebab aku terlalu ghairah dengan harga tawaran pembekal yang super-duper murah.

Tau-tau kena con.

Padan muka!

Tapi hujung minggu tadi dengan macho-nya aku ter-discover satu kedai yang sangat best kat The Curve.

Kedai tu tak lain tak bukan ArtFriend. Kat tingkat dua, dekat dengan MPH dan Reject Shop. Actually ada satu kat Midvalley. Tapi yang kat The Curve ni lagi best!

Gila banyak choice kat situ I tell you. Dari kain felt ke bongkah-bongkah kayu yang aku sendiri pun tak tau nak buat apa kalau aku beli.

Tapi yang paling best, ada banyak seleksi polymer clay yang seksi-seksi belaka.

Beberapa kali jugak la aku rebah tepi rak-rak tu sebab terlalu gembira dengan discovery aku tu.

Cer-lah korang lawat kedai tu. Confirm korang ngigau 7 hari 7 malam.

Oh jangan lupa enroll sebagai member. RM10 jer. Once jadi member, dapat la beli barang dengan diskaun 10%.

Kalau korang confident comel, korang akan dapat lagi 10% diskaun dengan pelempang tauke kedai tu.

Hahahaha kita gurau jer wak.

Jangan lempang kita...

AKUBUKANSUPERMAN: Kita sangat suka art!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...