AKUBUKANSUPERMAN

October 22, 2013

Story Rais Yatim dan blog yang sangat handsome tu


Alhamdulillah lepas seminggu diperkenalkan, aku dah start nampak hasil dari blog handsome aku tu. Very un-sangka-rable dengan sambutan yang aku terima.

Terima kasih aku ucapkan.

Gila terharu aku sampai nangis teresak-esak tepi pintu. Ada time tu aku akan rebah tepi pasu bunga, macho macam biasa.

*posing hantu susu*

Atas sebab aku tak nak bataskan pilihan dan the fact that tak semua suka bunga, aku bagi peluang untuk customer cadangkan design yang diorang nak. Setakat ni tak ada pulak yang request benda yang pelik-pelik.

Aku tunggu jugak yang request design Sinar Mentari Oh Korea atau Aku Nikahi Mu Dengan Bismillah.

Apa pun aku bersyukur sebab request setakat ni agak logik dan tak merapu. Kalau tak, menggigau jugak aku nak berkursus semata nak belajar menjahit design yang diorang nak tu.

Tapi tak per, aku akan tetap gigih dan tabah penuhkan kehendak-kehendak tu.

Customer pun katanya always right kan?

Kan?

Kan???

Comel kan Kak Ton?

Anyway, korang boleh cuci mata dan fikirkan design yang korang nak kat sini.

Boleh jugak cekidaut kat Instgram @handsomelittlething sambil bernyanyi riang.

Agaknya Rais Yatim berminat tak kalau aku design-kan pin Bahasa Jiwa Bangsa atau Ikan Kekek Mak Iloi-iloi?

Apa korang rasa?

AKUBUKANSUPERMAN: Happy dowh!!!

October 14, 2013

That Handsome Little Thing


Hello semua!!!

I just recently launched my small business, which I called That Handsome Little Thing.

I love to personalised my working attire with handkerchieves or some petit little brooch. Untuk yang mungkin terlepas story-story tu, boleh klik kat sini.

Brooch-brooch tu aku buat sendiri tau!

Mungkin ada yang fikir benda-benda macam ni tak macho dah renyah.

Tapi aku rasa lebih baik dari tak macho dari buat benda-benda yang tak berfaedah...

Seperti berjalan mengiring ke mesin fotostet atau buat-buat busy dengan mundar-mandir membawa kertas kosong di pejabat.

Atas dasar benda tak macho ni boleh mendatangkan faedah, dan atas saranan dari beberapa pihak, aku dengan gembiranya berkongsi ketidak-macho-an aku kepada umum dengan membuka tempahan brooch dari pelbagai design dan warna.

Harganya sangat berpatutan untuk item DIY. Proses pembayarannya pulak dijamin mudah dan selamat sebab aku pakai PayPal. Major credit and debit cards also excepted.

Jangan risau, I am an avid online shopper myself. Aku tau apa yang mudah dan selamat untuk online shopping atau dalam bahasa Rais Yatim-nya, pembelian atas talian.

Tak payah cerita panjang, go check it out aje lah eh.

Klik kat sini untuk terus ke That Handsome Little Thing.

Selamat ber-shopping (sakan)!

Also available in Instagram at @handsomelittlething.

AKUBUKANSUPERMAN: Brooch ni sesuai jugak dipakai kat hijab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...