AKUBUKANSUPERMAN

September 11, 2013

Story tourist dengan receptionist yang sangat sopan

Di sebuah hotel di tengah Kuala Lumpur...

"Good morning. I want a room please." Pinta seorang tourist.

"Good morning and selamat datang. May I have your name sir?" Balas seorang receptionist dengan sungguh sopannya.

Nasib baik dia tak greet tourist tu sambil duduk bersimpuh.

"Terry McCarthy." Tourist itu berkata.

Receptionist yang sangat sopan itu takjub sebab mat salleh itu pandai berbahasa melayu walaupun pelat.

Sekonyong-konyongnya dia berkata, "Sama-sama sir. I need your name."

"Terry McCarthy." Jawab tourist itu lagi. Agaknya receptionist tu tak dengar kot the first time dia jawab tadi.

"Well that is so nice of you. Sama-sama sir. But I need your name to check you in." Receptionist tu masih lagi nak sopan.

"My name is Terry McCarthy." Ujur tourist tu. Wujud trace-trace rasa OREN dalam nada suaranya.

"Owh you mean? Owh..." Receptionist itu tersipu-sipu malu dan terus sembunyi bawah kaunter sampai tahun depan.

AKUBUKANSUPERMAN: Moral of the story, berbudi bahasa biar kena pada tempatnya. Selamat Hari Malaysia!

September 5, 2013

Bahasa pasar vs Bahasa Rais Yatim


Situasi OREN di pejabat just a few days ago.

Dia: Hidney boleh tengokkan dokumen ni tak? Nak submit dengan boss la.

Aku: Tengokkan jer? Baiklah.

Aku buat seperti yang dia suruh. Kejap-kejap aku tengok dia. Kejap-kejap aku tengok dokumen tu balik.

Nasib baik aku tak buat muka teruja atau lain-lain eksperesi yang tak senonoh.

Dia: Ok tak? Ada yang salah ker?

Aku: Awak tak kata pun suruh saya semak. Awak suruh saya tengok, saya pun tengok la.

*posing Kak Ton*

Dia: Hish aku panggang jugak budak ni kang!

So apa moral of the story entry kali ni?

Walaupun kita tak pakai ayat formal atau dalam bahasa Rais Yatim-nya; baku, kita kena la pakai perkataan yang betul kalau berkomunikasi.

Bukannya apa, takut kang orang salah faham. Tak pasal-pasal nanti OREN.

Sekian berita.

AKUBUKANSUPERMAN: Aku nak melawak jer. Nasib baik dia tak panggang aku betul-betul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...