AKUBUKANSUPERMAN

July 31, 2013

Try a little more


July 25, 2013

Antara raya dan hantu raya


Amacam puasa?

Cukup tak setakat ni?

Kalau tak puasa... Tak boleh raya! *jerit separa kepit sambil cekak pinggang*

Anyway, raya dah dekat ni. Untuk yang kampungnya jauh macam aku, eloklah dipercepatkan urusan tiket balik kampung tu.

Kang tak pasal-pasal nangis sesorang kat depan Pavilion on the first day raya. Time tu korang nak meroyan pun dah tak guna dah.

Tahun lepas aku tak balik, so aku tau camner rasa tak balik raya.

Nangis leleh-leleh depan tv dengar takbir raya I tell you.

So tahun ni, aku dah beli tiket balik ke Wisconsin awal-awal dah.

Err... Aku ni orang putih sebenarnya.

*muntah buih*

Eh mana story hantu raya nya?

Bulan puasa semua hantu kena ikat.

Sekian...

AKUBUKANSUPERMAN: Tahun lepas puasa kat Sydney. Tahun ni puasa kat KL jer...

July 10, 2013

Cerita mangsa fashion dan being right


Ok ni adalah entry mencarut.

Sebelum ada yang OREN, baik pergi blog lain yang story pasal cup cakes atau tudung ropol-ropol.

Aku tak jamin akan ada yang suka lepas baca entry ni atau mengharapkan komen bertali dari pembaca.

But here goes...

Insiden ni berlaku petang semalam, masa aku on the way balik dari office. Masa aku tengah jalan-jalan tu, tetiba ada sorang member tegur. Macam biasa, soalan lazim waktu petang, "Lewat balik?" 

"A'ah ada kerja sikit." Aku jawab. Lega sebab ada yang sudi jalan sama ke stesen. Tak ler bosan sangat layan blues.

Tapi dengan tak semena-mena...

"Aku tengok kau ni dah jadi mangsa fashion lah." Dia kata.

"Huh? Apasal lak?" Aku dah nak start OREN.

"Aku ni bukannya fashion savy macam kau. Pakaian office kau, atas bawah, dah macam Aznil. Sikit jam lagi kau pakai macam Jaafar Onn. Tapi setahu aku, kalau pakai neck tie kena cecah buckle tali pinggang. Tu kat leher tu. Tu neck tie budak-budak kan? Mesti kau rasa kau dah fashionable pakai camni kan? Aku nak tengok pun jadi malu." 

Aku tak kisah kalau dia nak tegur. We all need to be reminded from time to time. Tapi kalau teguran tu dah macam mencurah minyak dalam api, alamatnya padah yang menunggu.

Bila dah jadi macam tu, mula lah aku gatal nak menggulung hujah.

*ketuk-ketuk mikrofon sambil sebut testing testing* 

"Tak sangka pulak eksekutif gaji berkoyan macam kau ni boleh jadi sebodoh ni. Ni namanya bow tie. Panjang bow tie ni tak payah cecah buckle unless kalau tengkuk kau tu besar pokok balak. Aku nak kata kau duduk atas Gunung Jerai, sah-sah kau duduk kat Mid Valley. Ikut sedap kau jer nak claim semua orang yang pakai elok tu bapok. Tu lah, dulu cikgu ajar kau tak nak dengar. Sekarang siapa yang rugi? Dah lah bodoh, bongkak pulak tu." 

Mungkin ada yang kata aku agak celupar dalam situasi ni, tapi aku rasa terpanggil untuk betulkan yang salah. Aku tak menang apa pun sebab aku tak pernah masuk apa-apa pertandingan.

Am I proud of what I did to him?

No.

Will I do it again if I have to?

A big definite YES!

Sekianlah nukilan kali ini.

Wallahualam.

AKUBUKANSUPERMAN: Selamat berpuasa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...