June 24, 2013

Jerebu oh jerebu


"Jerebu di langit ada bacaan IPU-nya. Jerebu dihati tak siapa yang tahu..."

Haaa acener tu?

Camner nak jawab?

Kali terakhir aku ingat kita sibuk pasal IPU ni ialah tahun 1997. Time tu aku umur 16 tahun.

Tahun ni, bila umur aku baru mencecah 18, sekali lagi kita sibuk dengan IPU balik.

Untuk makluman semua, aku ni forever young. Tu sebab aku baru 18 tahun...

Hati-hati tau dengan hati adik ni. Adik muda lagi.

Mohon tunjuk ajar...

*letak jari kat pipi dan kelip mata lelaju*

Anyway, keadaan jerebu makin tenat jer aku tengok sejak beberapa hari ni. Makin ramai yang ngadu sakit tekak, sakit mata, sakit hati dan sakit jiwa.

Ada jugak yang ngadu sakit cinta.

Yang tu aku akan lempang jer dengan talam air.

Nak buat lawak plak.

Tak senonoh.

So camner nak elakkan penyakit-penyakit bawaan jerebu ni?

Aku ada tips-nya.

Setiap kali keluar rumah, tahan nafas. Lagi mustajab kalau korang selotep-kan idong korang tu. Bila dah agak-agak muka dah jadi biru tu, masuk dalam rumah balik dan bernafaslah seperti biasa.

Ulang sekiranya perlu.

Sekiranya terlalu extreme untuk dilakukan, sila duduk berkurung dalam rumah diam-diam.

Sementara menunggu jerebu hilang, korang boleh la main masak-masak atau main cikgu-cikgu.

Wasalam.

AKUBUKANSUPERMAN: Aku bukan pakar...

June 20, 2013

Famous macam Kak Ton


Nak tak korang kalau korang dibagi peluang famous macam Kak Ton?

"Comel tak Kak Ton?"

*muntah buih*

Anyway, selalu jugak aku baca pasal blogger-blogger hebat masuk suratkhabar.

OREN jugak rasanya bila tengok gambar depa ditayang for all to see. One of my blogger friend yang cukup famous macam Kak Ton dan success-nya membuak-buak lepas masuk suratkhabar is Abang Eq.

Lama tak dengar berita Abang Eq.

Harap sihat hendaknya.

Berbalik kat story suratkhabar tadi, kekadang aku pun terfikir gak bila la agaknya AKUBUKANSUPERMAN akan di-feature-kan dalam suratkhabar. Katakanlah aku dapat masuk suratkhabar, bukan jer aku akan kerat artikel tu, aku akan masukkan suratkhabar tu sekali dalam frame!

Gila obsess tak?

Hahahaha...

So nak dijadikan story, hari tu aku dapat email dari satu suratkhabar ni. Katanya nak temubual untuk ruang Blogger pilihan over the weekend news.

Teruja sekejap Ella tau!

Tapi keterujaan tu tak lama sebab ruang tu khas untuk bloggers yang berumur 30 tahun ke bawah JER.

Considering umur aku yang tak berapa nak muda ni, maka melepas la peluang aku ditemuramah dan posing topless kat tepi kolam sambil letak jari kat bibir aku yang mungil ni.

Err...

Agak mengarut kat situ...

Tapi aku tak la OREN sangat lepas bercakap dengan wartawan yang hantar email tu.

Namanya Laili.

Gila sweet bila dengar dia cakap.

I am guessing she is sweet too in real life.

Eh ni bukan ayat mengampu ek.

But she is a darling.

Dan aku paling tak boleh lupa pesanan yang dia bagi.

"Jangan OREN tau, dan jangan lupa update blog."

Bahagia...

AKUBUKANSUPERMAN: Serious aku tak OREN. Bersyukur orang nampak lagi walau tak post 18 entry sehari

June 17, 2013

Cerita tote dan gigit jari

OK agak lama jugak aku tak bersiaran.

Aku busy terbang sana-sini.

Kat dalam Malaysia jer pun.

Tiket company bagi.

Free...

*sila jeles*

Visit lepas aku ke Kuching. Dan everytime aku ke Kuching, aku pasti akan menyinggah kat Gambier Street. Bukan nak beli gambir (not that I need one), aku cuma nak cuci mata.

Tapi biasanya amat jarang aku nak cuci mata jer. Pasti terbeli jugak.

TER-beli...

Disebabkan aku suka kumpul tote, aku akan TER-beli tote kat Gambier. Tote yang dijual kat sini tak macam tote-tote kat tempat lain yang pernah aku pergi.

Tak caya?

Nah aku tunjuk contohnya...


Bukan jer cantik, its environmentally friendly you know!

Boleh aku pakai time buat groccery kat KLCC atau Pavilion.

Aku tak pasti samada tote aku ni akan buatkan orang gigit jari atau tak, tapi ramai gak yang respond minta dibelikan satu.

I can smell business opportunity.

Tunggu entry depan.

Aku ada butirannya.

AKUBUKANSUPERMAN: Rezeki kalau ditunggu takkan datang sendiri. Kena usaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...