AKUBUKANSUPERMAN

May 17, 2013

Cikgu

Pagar teguh dibina baru,
Padu berdiri tepi istana,
Besar sungguh jasamu guru,
Ilmu diberi bagai permata.

Padu berdiri tepi istana,
Bunga hiasan naik menjadi,
Ilmu diberi bagai permata,
Membina insan baik pekerti.

Bunga hiasan naik menjadi,
Bunga biru dua jambangan,
Membina insan baik pekerti,
Jasa guru dilupa jangan.

Bunga biru dua jambangan,
Cempaka baru digubah dara,
Jasa guru dilupa jangan,
Tanpa guru siapalah kita.

Aku sayang cikgu-cikgu aku dulu... 

Especially yang selalu sebat aku.

Aku dulu nakal dan susah nak masuk ajar.

Tapi aku memang comel...

Tidak dapat disangkal lagi.

*pose Zaiton Sameon*

AKUBUKANSUPERMAN: Selamat hari guru...

May 13, 2013

First impression

Orang kata, we will not have the second chance for a good first impression. So impress good the first time around.

Eh? Dah sebut second, tetiba ada first plak. Acener tu? *garu-garu dagu keliru*

I know. Agak berat kalau nak difikir dalam-dalam. Aku punya English SPM dulu pun tak cemerlang. Cukup makan jer.

Tak payah nak pening-pening, aku nak share my experience on this thing call first impression.

Here goes.

Insiden ni berlaku tak lama dulu. Masa tu aku baru jer sampai ke office. Memandangkan pagi tu aku tunggang basikal, so aku berpakaian agak selekeh sebab aku kuat berpeluh.

So nak dijadikan story, aku terserempak dengan sorang mamat ni dalam lift. Aku kira dalam lingkungan 20-an, atau dalam lingo KL, ANAK IKAN.

Dengan fail kat tangan dan tie yang terikat kemas, aku agak dia sedang on the way nak pergi interview. Mukanya nampak macam risau. Kalau lah aku kenal dia, aku dah libas-libas pom-pom dah untuk kuatkan semangatnya. Orang nak pergi interview ni biasanya perlukan suntikan motivasi semacam tu.

Aku faham la sebab aku banyak gi interview semenjak-dua-menjak ni.

*kantoi*

So the least thing that I can offer him is my smile. So dengan macho-nya aku senyum. Tapi haram tak dibalas. Muka dia menten risau.

Dia nak gi interview jawatan Perdana Menteri kot.

Tak per.

Aku tetap handsome…

I left him not long after sebab aku stop kat level lain. Aku nak mandi dan tukar baju. I thought that was the last time I saw him. 

I guess I was wrong. Aku terserempak dia lagi kat lobby office aku, tengah tunggu turn masuk bilik temuduga.

He was so surprise to see me there and he somehow acknowledged me thinking I am like some important boss he need to impress. Kalau aku buruk hati, aku dah snap-snap mukanya dan post kat Instagram dan tulis caption, “PRICELESS!”

“Good morning Sir.” Katanya. Tetiba gatal plak pundi kencing aku bila dia panggil aku sir.

Tadi aku pakai selekeh tak nak tegur. Bila nampak aku pakai suit dengan bowtie segala baru nak terkocoh-kocoh panggil sir.

Ah sudeeeehhh!!! *jerit separa kepit*

AKUBUKANSUPERMAN: Of course aku kata aku bukan boss. Aku keje bancuh kopi jer. Tapi aku memang handsome *matila*

May 12, 2013

Mother

Ibu, ummy, mama, mummy, indai, tinam atau mother.

Pengucapannya mungkin berlainan, tapi pengertiannya tetap satu.

Selamat panjang umur mak.

Boboi cayunk mak shangat-shangat taw...

AKUBUKANSUPERMAN: *Pose tepi tingkap*

May 10, 2013

Train etiquette - super simple stuff



Some people take public transport on daily basis and I happen to be one of them. Unfortunately tak semua tau maksud PUBLIC dalam public transport dan buat benda-benda yang tak sepatutnya dibuat kat tempat public.

Bila orang tegur tak bijak, marah pulak.

Sekadar nak dibuat cerita, ni aku nak terangkan the DOs and DON’Ts yang kita perlu tau bila naik public transport, specifically train.

Rapatkan saf!!!

If you are occupying a Priority Seat, vacate the seat for the needy one. Siapa yang needy ni? Orang terhad keupayaan, orang yang berusia, orang mengandung dan mereka yang bersama kanak-kanak.

Mereka yang membawa orang yang berperangai kanak-kanak tak termasuk yer kengkawan!

Girls, even if you are Ella, stop flicking your damn hair. It ain't cute at all. You might hit someone in the face with your hair!

Guys, unless you have a serious medical condition, sit with your legs closed. Do not take up more space than your one seat. Nobody is going to give you a lap dance and nobody cares about how big you are, if you know what I mean. Kalau nak tayang jugak, tunjuk jer ibu jari kaki tu, if you know what I mean…

Watch where you are walking. Nobody likes to be stepped on even if it is by accident, especially kalau diorang pakai LOUBOUTIN.

Take your rubbish out when you disembark. Jangan membuang sampah nanti orang menyampah.

Do not eat when you're on board... You're making everyone think that you are actually homeless! You're not saving any time.

Tunggu penumpang keluar dari train sebelum menaikinya. I was meant to say menaiki train. Bukan menaiki orang yang keluar dari train.

Aiyooo…

Make your way to the middle of the train dan bagi laluan kepada penumpang yang baru masuk. Jangan tunggu sampai orang ikat korang kat pintu sebab korang degil!

LOWER YOUR VOICE WHEN YOU’RE ON THE PHONE!! DO YOU TALK THAT LOUD WHEN YOU’RE AT HOME TOO? HUH? HUH?

Nose picking… no need to explain right? Euuuwww!!!

When taking a seat next to someone, jangan nak hempaskan sangat badan tu. You’re actually hitting the person next to you and they don’t appreciate it. Duduk slow-slow…

Be mindful of your umbrella, lebih-lebih lagi wet umbrella. You can do your Rihanna’s umbrella song somewhere private!

Be very aware of your body odor, bad breath, or even strong perfume. Surprisingly yes. STRONG PERFUME! Kalau korang rasa nak tuang satu botol minyak wangi, baik korang bawa tangga siap-siap. Senang nak panjat dan duduk kat bumbung train.

Keep moving when in motion. Do not stop dead in your track to think about where you want to go or what you want to cook for dinner. Step aside while you figure it out. Orang akan faham. Tak semuanya bijak dan cepat membuat keputusan. Sayangi Selangor! Eh #tetiber…

Watch out if you carry a backpack. Be aware of the space you are taking up. Do stand perfectly still if you cannot put it in between you legs. You're making everyone uneasy with your new found territory. Keep this in mind. DO YOU HAVE YOUR BACKPACK ON YOUR BACK WHENEVER YOU ARE SITTING?

You might want to turn down your Ombak Rindu on your mp3 player. If you have the tendency of playing your song out loud, without an ear-phone, be a deejay, or lock yourself in a coffin and ask someone to burry you up.

And finally, get used to the fact that trains are public transportation but it isn’t your home!

AKUBUKANSUPERMAN: I flip my hair too. Cos I am Ella… sometimes…

May 8, 2013

Apa lagi yang kita mahu?


Lama tak menulis. Rasa macam dah bertahun aku tak jengah blog ni. Tapi apa yang berlaku baru-baru ni membuatkan aku terpanggil untuk menyuarakan apa yang aku rasakan.

Aku punya seorang teman di negara jiran. Berjumpa buat pertama kali di tahun 2003. Tapi sehingga kini pertemuan itu meninggalkan kesan yang mendalam kepadaku.

"Apa khabar? Saya Hidney." Ujarku.

"Tien di sini."

"Tien? Kamu chinese ya?" Tanyaku.

"Enggak ah. Aku Indonesian."

"Eh namanya kayak chinese? Kalau disini nama begitu belong to those who are chinese." Jelasku. Agak naif sebenarnya.

"Masakan ada bedanya. Namanya chinese, tapi aku Indonesian dong. Kamu aneh..."

Mungkin ada yang boleh kita belajar dari bangsa yang menggelarkan mereka Indonesian, dan bukannya chinese, atau melayu atau serani.

Mungkin mereka tidak sehebat kita. Tapi apakah kita lebih hebat dari mereka bila kita suka membeza-bezakan warna kulit kita?

Bodoh sebenarnya...

Tak perlu kita nak berbalah sesama kita disebabkan ada pihak yang cuba memecah-belahkan kita.

Biarkan mereka dengan agenda mereka.

Mengapa perlu bertelagah?

Mengapa perlu mencaci?

Kenapa perlu hilang keyakinan?

Kita satu.

Selamanya kita akan jadi satu.

Tidak perlu ada perpisahan.

AKUBUKANSUPERMAN: Kecewa akan buatkan aku jadi skema...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...