March 25, 2013

Bukan ker Batu Caves tu gua batu?


Sejak azali lagi aku memang suka jalan-jalan. Dekat atau jauh, kalau berpeluang memang aku akan pergi.

Tapi dalam banyak-banyak tempat yang aku rasa patutnya aku dah pergi lama, tapi haram aku nak pergi sebab kononnya terlalu sibuk ialah jeng jeng jeng...

Batu Caves.

Rumah aku ke Batu Caves tu cuma berapa langkah jer. Tapi tak pernah plak aku jejak since aku pindah KL.

Berbekalkan curiosity yang tak terhingga dan cabaran dari teman yang katanya aku tak akan dapat panjat tangga-tangga Batu Caves tu, aku akhirnya pergi menjejakkan kaki ke tempat yang aku rasa lebih manja kalau dipanggil Gua Batu tu.


Dari bawah memang seram tengok tangga menuju ke Batu Caves. Banyak nak mampus!

Kat anak tangga pertama aku dah mula menyesal. "What I got myself into..."

But it was not that bad once kita dah half-way pendakian. Cuma seriau sikit sebab anak tangga tu tak lebar dan curamnya pun boleh tahan.

All and all it was a great experience.


Yang penting aku sampai ke puncak dan tak payah dipapah turun sebab penat yang terlampau.

Kepada siapa yang tak pergi lagi, baik korang pergi.

Tengok camner sahabat kita yang beragama Hindu menunaikan kewajipan diorang. They are more than happy to welcome us there.

AKUBUKANSUPERMAN: Kita tinggal di tanah yang cukup beruntung. Jangan abaikan keuntungan kita tu...

March 23, 2013

Basikal aku yang terlalu lawa. Tapi aku lagi lawa

Dalam entry lepas, aku ada men-story-kan jenis-jenis basikal untuk orang yang berbeza.

Dan dengan macho-nya aku telah mengaku yang aku ni sebenarnya berjiwa kuntum.

Aku ok jer...

*gigit meja penuh penyesalan*

Selepas beberapa kali menukar fikiran seperti gadis menukar baju, *posing Katy Perry*, aku pun decide beli basikal yang aku rasa tidaklah terlalu menonjol tetapi praktikal.

Aku tak nak compete dengan basikal aku tu. Kang basikal tu lebih comel dari aku plak.

Makan hati pulak aku kang.


Ni lah basikal yang aku beli. Aku namakan basikal aku sebagai, BASIKAL.

Bukan Betty atau Johnny.

Atau Maryamah Tijo.

...

...

Ok tak lawak.

AKUBUKANSUPERMAN: Muka lagend, dalam hati ada taman...

March 21, 2013

Kisah denggi dan kancung di hospital


Kalau nak diikutkan, aku jarang sangat nak kancung tak tentu pasal, except for that moment bila aku nervous tunggu result ujian memandu aku masa aku form 5 dulu.

Nantilah kalau ada masa akan aku ceritakan.

Tapi kali ni aku nak story pasal ke-kancung-an aku kat hospital tempohari sebab suspect kena denggi.

Rapatkan saf!!!

Minggu lepas aku MC sebab demam. Rasanya tak pernah aku demam teruk macam tu. Tapi aku tak suspect apa-apa sebab I thought age is catching up. I am no longer young you see.

So aku buat donno jer sambil perabiskan stok Panadol dalam peti ais.

As expected, demam aku kebah lepas tiga hari. But that was only the tip of the iceberg. Hari ke-empat, aku perasan macam ada ruam kat badan aku.

Risau benda yang tak sepatutnya, aku ke klinik. Seriau darah aku bila doktor cakap aku mungkin kena denggi.

Tapi aku maintain handsome jer time tu.

Macam biasa la kan...

Doktor tu refer-kan aku ke hospital.

Kat hospital aku masih maintain handsome macam biasa. Sambil menunggu, aku belek-belek majalah yang ada.

"Encik Remy Ishak." Panggil sorang nurse. Aku pun melangkah macho menuju ke bilik consultation, diiringi dengan alunan musik Goodnight Moon dari Shivaree.

"Demam yer?" Tanya nurse tu kat aku. Tetiber aku rasa nak jawab, "Tak la. Sajer datang sini nak melawat rakyat jelata."

Tapi aku lupakan niat aku tu. Kang kena lempang dengan dulang prep plak.

Sia-sia hidup...

"Kita amik darah dulu yer untuk buat ujian." Sambung nurse tu sambil mengeluarkan alcohol swab. Dengan automatiknya aku menghulurkan jari telunjuk untuk diambil sample darah barang setitik-dua.

And I guess I was wrong.

Aku rasa nurse tu faham apa yang aku cuba buat lalu meng-explain, "Saya perlukan 50cc sampel darah. So kalau amik dari jari jer mungkin sampai esok kita akan duduk kat sini."

Pandai pulak dia meng-OREN-kan aku. Dengan sekelip mata aku bertukar dari macho kepada kancung bila aku nampak dia keluarkan jarum.

"Kejap kejap kejap. Saya nak kencing dulu." Kata aku. Nurse tu tersenyum kelucuan.

"Ok. Encik jalan terus. Pintu kedua sebelah kanan. Tandas kat situ." Kata nurse tu.

Mesti dia ingat aku pussy.

Tak payah la aku story berapa lama aku dalam tandas sebab time tu memang aku gila panik. Nurse tu dah ingat aku melarikan diri sebab lama sangat aku kencing.

Masa second attempt tu, nurse kata, "Tak payah nervous yer. I've done this a lot of time."

Aku tak rasa pun kata-kata nurse tu menenangkan aku. Peluh mengalir deras kat dahi.

Mungkin ketakutan aku tak berasas. Tapi siyes aku memang takut jarum!

I guess she was right when she told me she've done it many times, tak sampai seminit pun sampel darah aku berjaya diambil.

Memang aku pussy!


Dipendekkan cerita, aku memang kena denggi. Tapi sebab dapat dikesan kat peringkat awal, aku tak payah duduk hospital lama-lama.

Alhamdulillah.

Mungkin aku nak amik peluang nak pesan kat sini. Kalau korang duduk kat tempat yang jarang buat fogging nyamuk dan korang kebetulan demam, cepat-cepat la pergi check.

Samada korang takut jarum atau tidak, tu buang belakang dulu.

Sebab jarum Mungkar dan Nangkir akan pasti lebih besar dari jarum yang ada kat hospital tu.

Wallahualam.

AKUBUKANSUPERMAN: Huhu aku memang pussy!

March 12, 2013

Entry cuci mata kemudian sental dengan sabun

Mungkin korang pernah tengok video klip Sayang dari Shae. Dan aku juga pasti korang pernah tengok video clip Sayang by the other Shae yang tengah meletup-letup kat FB sekarang ni.

It was a few days back when I saw the video clip.

So what was my verdict?

Kalau kena dengan pencahayaannya, silap haribulan boleh ngigau 7 hari 7 malam.

Tapi makin lama aku tengok, makin banyak pulak elemen 1Malaysia yang aku nampak.

Tak cayer? Jom tengok.


Kalau nak jadikan video promo 1Malaysia pun ngam ni.

Korang rasa Rais Yatim tengok tak video tu?

AKUBUKANSUPERMAN: Layankan ajer...

March 5, 2013

Cerita basikal, bunga matahari dan jalan berkepak


Dah lama kot aku bercita-cita menunggang basikal ke tempat kerja. Aku bayangkan yang aku pakai suit lengkap dengan bow-tie menunggang basikal ke KLCC.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa membelai pipi. Sesekali kedengaran gadis bertempik histeria apabila melihat kemachoan aku.

*muntah*

Aku dah pun story-kan dalam entry aku lepas. Klik kat sini untuk baca lebih lanjut.

Sejak harga parking kat tren stesen naik RM2, semangat aku nak berbasikal makin membuak-buak plak. Memang le RM2 tu tak banyak. Tapi kalau kumpul sebulan boleh beli beras sekampit tau!

Pencarian basikal ideal pun bermula...

Lain orang, lain la citarasanya yer dak. Kalau yang macho jalan berkepak, mesti nak basikal yang handle tanduk seladang.


Kalau yang berjiwa lama tapi berhati muda, mesti diorang akan beli basikal type classic yang bapak-bapak kita selalu pakai dulu. Letak rak kat belakang yang boleh double jadi tempat duduk extra. Boleh bawak awek dating kat Jaya Jusco sambil beli ikan bilis.


Kalau jenis kekuntum, mesti they will go for basikal yang ada bakul sebijik kat depan. Siap letak bunga dua tiga kuntum dan kayuh basikal sambil pintal-pintal rambut. Lagu Bukan Cinta Biasa Siti Nurhaliza berkumandang setiap kali dia mengayuh basikal...

Nama pun kuntum kan?


Aku ngaku memang aku jenis kuntum. Tapi aku tak kayuh basikal sambil pintal-pintal rambut OK!

Cikgu kata bahaya.

Entry depan aku akan story jenis basikal apa yang aku beli.

Bersambung...

AKUBUKANSUPERMAN: Tunggu yer. Jangan tak tunggu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...