February 8, 2013

Zapin Datuk Temenggong


Dari pagi tadi aku dok ulang lagu Zapin Datuk Temenggong, dendangan Datuk M. Daud Kilau.

Cukup tertarik aku dengan kata-kata nasihat dalam lagu tu. Sangat sesuai untuk mereka-mereka yang gemar sangat nak buat aksi planking ni.


*pandang tempat lain sambil posing hantu susu*

Wahai adikku si bunga bangsa,
Hormatlah pada ibu dan ayah,
Pakai nasihat simpan di dada,
Itulah suluh dihari muka.

Tekun belajar setiap hari,
Jangan kau malas nanti kau rugi,
Tiang agama engkau tuntuti,
Supaya senang di akhir nanti.

Akhir skali abang berkata,
Nasihat abang jangan kau lupa,
Pada negara jangan derhaka,
Agar hidupmu aman sentosa.


AKUBUKANSUPERMAN: Dengar nasihat abang ni yer adik-adik

February 5, 2013

Tren kita orang kita

Kalau korang naik tren hari-hari ke tempat kerja, korang akan jumpa bermacam-macam jenis orang. Rapatkan saf, jom kongsi jenis orang yang pernah aku jumpa.

The tak tahu
Aku rasa diorang ni baru sampai Malaysia. Kat tempat diorang tak ada tren you see. Dalam tren diorang cuba untuk tak tengok keliling dan berlagak tahu. Dalam diam, diorang akan cuba perhati apa orang lain akan buat. At least diorang cuba belajar. Insyallah given the time diorang akan jadi pengguna tren yang berhemah.

The tahu tapi buat-buat tak tahu
They are actually that. Diorang tahu ada kerusi khas untuk orang yang lebih memerlukan. Tapi diorang tetap nak duduk jugak walaupun kat depan diorang ada pakcik bertongkat. Trip dari KL Sentral ke Stesen Bank Negara diorang rasakan macam journey dari Johor ke Gua Musang. Penat berdiri dowh!

The tak belajar
Ni jenis orang yang terdidik dan duduk kat kerusi penting dalam syarikat. Tapi pengetahuan diorang limited sebab tak nak belajar dan improve. Dalam erti kata lain bodoh sombong. Time orang sibuk nak keluar tren, time tu jugak la diorang sibuk nak masuk tren. Bila dah dalam tren, diorang suka nak berdiri depan pintu. senang nak keluar nanti kononnya. Bila dah jadi macam tu, orang lain susah nak masuk. Orang macam ni aku akan cop sebagai bangang.

The popular
Ni jenis yang suka cakap kuat kat telefon. Korang boleh dengar apa yang dia makan pagi tadi, dia clubbing kat mana malam tadi, dia nak pergi eropah 5 tahun lagi dan dia tengah gaduh dengan awek. Sesekali dia akan gelak kuat sampai orang kat ujung gerabak boleh dengar. Perhaps dia nak semua orang tahu life dia. Tren dijadikan platform untuk dia berkongsi kisah hidup sebab dia gagal audition untuk Channel E.

The Dj
Diorang ni suka nak mainkan lagu kuat-kuat kat handphone. Mungkin diorang tak pernah kenal apa tu ear-phone kot sebab kat kampung diorang tak ada bendalah macam tu. Kalau diorang mainkan lagu Ella takper la jugak.

The ramah tamah aidilfitri
Setiap orang dia nak tegur dan bagitau yang dia terpaksa berlari pagi tadi sebab takut tak sempat naik tren. Bila orang buat-buat tak layan, dia akan move on dan cakap kat orang lain plak. Agaknya dia pun gagal audition Channel E kot.

The pelancong happy
Diorang ni bukan orang KL. Mungkin dari Indon atau dari Seremban jer. Diorang biasanya datang dalam kumpulan. Bila diorang naik tren, keadaan terus jadi bingit dengan gelak ketawa dan perbualan diorang. Masing-masing macam berebut-rebut nak cakap. Aku cakap pelancong sebab diorang tak tau resam orang sini. Dalam public transport orang tak bising-bising yer kengkawan!

The kaki intai
Apa orang buat kat handphone diorang, dia suka nak tahu jugak sampai orang tu jadi tak selesa. Mungkin masa kecik-kecik dulu dia ni bercita-cita nak jadi spy kot. Atau mungkin dia ni adalah ahli jawatankuasa tetap untuk mesyuarat tingkap Kak Temah. Nuf said.

The biadaps
Diorang rasa diorang dah bayar tiket dan berhak buat apa jer. Orang lain naik free jer so diorang boleh duduk diam-diam. Benda yang orang larang tu la diorang akan buat. Bila orang lain tegur, terus dia nak berlagak samseng. Orang macam ni patutnya terjun bangunan jer.

The berbudaya
Jangan salah anggap dulu. Diorang tak pakai costume Makyong dan menggerak-gerakkan tangan macam Ucop Wilca. Diorang adalah pengguna tren yang berhemah dan bersopan. Diorang tau apa yang boleh dan tak boleh. Kadang-kadang diorang akan pakai bowtie dan kelihatan sangat handsome.

AKUBUKANSUPERMAN: Yang mana satukah anda?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...