AKUBUKANSUPERMAN

January 31, 2013

Seputih salji semanis kurma


Sebelum ni mati-mati aku ingat salji tu tak ada rasa. Guess I was wrong.

Pahit rupanya...

Mesti korang ingat aku amik salji tu dan letak dalam mulut kan?

Hampeh!

Tak baik tau korang. Aku tak sejakun tu...

Ok, maybe just a bit.

The first day aku sampai kat London, salji tak turun lagi walaupun suhu sejuk macam naharom. Terus aku rasa macam nak OREN sebab I expected to see some snow sebelum berlepas dari KLIA.

Sia-sia terbang 13 jam kalau tak jumpa salji.

I WANT MY MONEY BACK!!!

For the next few days, aku dengan penuh dedikasi-nya duduk depan tv tengok ramalan cuaca. I don't effing care how low the temperature was. I just wanted to know when will it be snowing.

Penantian aku berbaloi. Masuk hari ketiga, salji pun turun.

Gila seronok aku bila aku nampak salji kat luar tingkap.

Aku dah berkira-kira nak kumpul salji-salji tu dan buat ais kacang untuk breakfast.


*musik gembira berkumandang*

Dalam slow-motion aku menolak pintu. Angin sejuk tiba-tiba menerpa membuatkan anak rambutku bergerak-gerak menutupi mata....

(Anggap jer rambut aku panjang mengurai kejap k)

Rambut diselak dengan machonya. Biceps melimpah dari lengan baju...

...

...

(Description agak delusional kat situ. Tapi kita teruskan story gembira ni)

*musik gembira masih berkumandang*

Jeritan histeria peminat yang sudah lama menunggu diluar hotel tidak aku endahkan lantaran terlalu seronok melihat salji yang turun bagaikan putik-putik mawar putih dari langit yang suram.

(Delusional lagi)

Dengan gagahnya aku berlari meredah salji, mendongak dan menganga luas lantaran kejakunan yang terlalu amat.

*musik gembira tiba-tiba berhenti*

"Ptuuuiii!!! Salji ni pahit dowh!!!"

There goes my ais kacang...

Tamat!


Err mana kurmanya?

Memang tak ada.

Rasa OREN tak?

Kui kui kui...

AKUBUKANSUPERMAN: Siapa yang cakap aku amik salji dan letak dalam mulut tadi cepat ngaku sekarang

January 29, 2013

London oi London


Nasi lemak yang aku order agak kejung. Kalau mungkin di KL, aku dah jerit kepit sambil duduk bersimpuh.

Dan pintal-pintal rambut...

Aku sangat sopan ok.

Macho plak tu.

But I guess in this sort of situation, nobody will complaint. Kejung pun kejung la. Yang penting cravings dapat dipuaskan. Lagipun dah sampai ke London ni, tak boleh la bawak resmi KL.

Masuk kandang kambing kita mengembek. Masuk Federal Highway KITA BAKO KITA BAKO!!!

I guess everyone knows London can be very expensive at times. Sepinggan kebab dah harga sebidang tanah.

Masuk tandas pun dah RM1.40 engkau!


Dengan tukaran hampir RM5 untuk setiap £, korang akan rasa tetiber miskin. Lain arr kalau gaji korang RM18 juta sebulan.

Tapi tu bukan halangan untuk...

SHOPPING!

Gila banyak outlet yang menarik untuk korang pilih. Untuk yang suka high end retail experience, Oxford Street is the almost definite answer. Kalau korang jenis yang suka market-market jalanan (macam aku) dan barangan second-hand, korang boleh pergi ke Camden dan Portobello.

I went to both. Berbekalkan dengan keyakinan maha tinggi yang aku cuma nak cuci mata, aku akhirnya kecundang jugak. Tapi aku tak menyesal dowh.

Aku dapat blazer ni dengan £10 jer!


Sila OREN!

AKUBUKANSUPERMAN: Merancang nak gi weekend bazaar kat Amcorp Mall. Siapa nak join?

January 25, 2013

Malaysia Hall story

Before I even landed in Heathrow, I've reminded myself that I will not take any rice throughout my London stay. After the longest flight in my life, I'm planning to binge on that so-hard-to-pronounce and I-don't-even-f*cking-know-whats-in-it sort of food, which I will never find in KL.

But damn I spoke too soon. My cravings intensified the minute I arrived at the airport!

Orang kata, kalau dah belacan tu, buang ke mana pun tetap belacan.

Given the multinational status, one can actually find a lot of Malaysian makan place in London.

Kalau korang rasa korang type belacan yang ada banyak original Birkin from each color of the rainbow, korang boleh makan kat tempat yang upscale. Just be ready to pay a handsome amount of money for a small portion of rendang though.

Tapi kalau korang type belacan yang pakai originally-bought-in-Petaling-Street Birkin, korang boleh try the one kat Malaysia Hall. You will not see sparkling and expensive silverware there, but you can definitely feel at home amidst the familiar faces and M. Nasir's song.


"Selamat pagi bos!" Ucap pakcik kat kaunter. I have a strong feeling that he owns the makan place.

Rasa sayu plak bila dengar pakcik tu cakap selamat pagi. Merata orang kita kat London tapi most of them akan buat-buat cakap mat salleh bila terserempak, walaupun sah-sah tertulis 'belacan' kat dahi diorang.

Siap dengan pelat British lagi.

"Selamat pagi. Nak nasi lemak satu." I replied, smiling and proud.

Bersambung...


AKUBUKANSUPERMAN: Tempat jatuh lagikan dikenang...

January 22, 2013

Hidney di London


Dulu-dulu kalau aku malas nak gi sekolah, mak aku selalu pesan, "Jangan malas belajar. Mana la tau nanti dah besar boleh pergi London."

Ironically last Monday, aku menjejakkan kakiku di kota London.

Masin betul mulut mak aku...

Kan best kalau dulu dia cakap, "Jangan malas belajar. Mana la tau nanti dah besar boleh kawin dengan anak raja."

Mungkin sekarang aku dah jadi Duke of Batu Caves.

*posing hantu susu*

Anyway, sekarang London tengah winter. Suhu sejuk macam nauzubillah. Kalau bukan sebab aku jakun nak main snow, aku lebih rela duduk terperap dalam bilik macam anak dara.

Anyway, nanti la aku story lagi. Tak larat nak tulis panjang-panjang.

Tunggu story pengalaman aku kat Malaysia Hall dan jalan-jalan kat street market dalam entry yang akan datang.

Wa chow dulu bro!

AKUBUKANSUPERMAN: Lagi picture menarik di entry akan datang...

January 9, 2013

Pose Sinchan

Jeng jeng jeng...

Tengok atas.

Amacam?

OREN tak?

*pose Sinchan*

AKUBUKANSUPERMAN: Aku rasa macho

January 8, 2013

Countdown


Enam hari lagi...

I might be good with keeping it cool.

But can you imagine what I have inside?

Nah...

You don't have any idea.

Not at all...

AKUBUKANSUPERMAN: Wish it would be tomorrow though...

January 4, 2013

Progress header baru


Macam laporan plak gamak nyer. Tapi ni adalah a few draft yang aku buat untuk design header baru AKUBUKANSUPERMAN ni.

Actually, kalau nak dijadikan ceritanya, selain dari suka flip rambut dan rebah macho tepi pasu bunga, aku gemar buat benda-benda design men-design ni.

Masa zaman muda bergetah aku dulu kat sekolah, aku selalu lead classmates aku untuk hias kelas. At times we won the most decorated class in the school. Being the most decorated tak semestinya tercantik. Tapi aku cukup bangga la jugak.

Kad kawin adik aku dulu pun aku yang tolong design-kan. Terharu dowh bila orang bagi kepercayaan kat aku untuk design such thing yang akan gone into the history of her life.

Tapi malangnya kad tu tak dapat dicetak sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan. Aku suka nak salahkan orang kedai printing tu yang tak pandai pakai Photoshop!

Kata design aku tak dapat dibaca komputer depa yang canggih sangat tu...

*OREN*

Sekarang ni pun aku tengah tolong design-kan birthday card dan banner untuk anak member aku. Nak tema My Little Pony katanya. Menggagau jugak aku cari menatang yang nama My Little Pony tu.

Aku tau Sinchan jer.

Anyway, kalau korang ada idea camner nak buat header blog aku ni, sudi-sudikan lah yer.

Ok I'm out.

AKUBUKANSUPERMAN: Busy busy busy...

January 2, 2013

Tahun baru, semangat baru


Aku rasa macam nak tukar jer design banner AKUBUKANSUPERMAN.

Baru nampak fresh.

Kata pun dah tahun baru kan?

Ada cadangan tak?

Ker cadangan ditutup?

AKUBUKANSUPERMAN: Ada idea tak nak buat camner?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...