July 10, 2013

Cerita mangsa fashion dan being right


Ok ni adalah entry mencarut.

Sebelum ada yang OREN, baik pergi blog lain yang story pasal cup cakes atau tudung ropol-ropol.

Aku tak jamin akan ada yang suka lepas baca entry ni atau mengharapkan komen bertali dari pembaca.

But here goes...

Insiden ni berlaku petang semalam, masa aku on the way balik dari office. Masa aku tengah jalan-jalan tu, tetiba ada sorang member tegur. Macam biasa, soalan lazim waktu petang, "Lewat balik?" 

"A'ah ada kerja sikit." Aku jawab. Lega sebab ada yang sudi jalan sama ke stesen. Tak ler bosan sangat layan blues.

Tapi dengan tak semena-mena...

"Aku tengok kau ni dah jadi mangsa fashion lah." Dia kata.

"Huh? Apasal lak?" Aku dah nak start OREN.

"Aku ni bukannya fashion savy macam kau. Pakaian office kau, atas bawah, dah macam Aznil. Sikit jam lagi kau pakai macam Jaafar Onn. Tapi setahu aku, kalau pakai neck tie kena cecah buckle tali pinggang. Tu kat leher tu. Tu neck tie budak-budak kan? Mesti kau rasa kau dah fashionable pakai camni kan? Aku nak tengok pun jadi malu." 

Aku tak kisah kalau dia nak tegur. We all need to be reminded from time to time. Tapi kalau teguran tu dah macam mencurah minyak dalam api, alamatnya padah yang menunggu.

Bila dah jadi macam tu, mula lah aku gatal nak menggulung hujah.

*ketuk-ketuk mikrofon sambil sebut testing testing* 

"Tak sangka pulak eksekutif gaji berkoyan macam kau ni boleh jadi sebodoh ni. Ni namanya bow tie. Panjang bow tie ni tak payah cecah buckle unless kalau tengkuk kau tu besar pokok balak. Aku nak kata kau duduk atas Gunung Jerai, sah-sah kau duduk kat Mid Valley. Ikut sedap kau jer nak claim semua orang yang pakai elok tu bapok. Tu lah, dulu cikgu ajar kau tak nak dengar. Sekarang siapa yang rugi? Dah lah bodoh, bongkak pulak tu." 

Mungkin ada yang kata aku agak celupar dalam situasi ni, tapi aku rasa terpanggil untuk betulkan yang salah. Aku tak menang apa pun sebab aku tak pernah masuk apa-apa pertandingan.

Am I proud of what I did to him?

No.

Will I do it again if I have to?

A big definite YES!

Sekianlah nukilan kali ini.

Wallahualam.

AKUBUKANSUPERMAN: Selamat berpuasa...

9 ulasan:

NenetPenne (NP) said...

patutnya dia tanya dulu..is that tie or bow tie...
but then kalau salah pun mestikah dia cakap mcm tu?

W. Hidney said...

Kadang2 kita nak bergurau. Tp gurauan tu agak tak sesuai dgn keadaan

DrMaya said...

Jangan hangen hencik di hari pertama puasa hehe..err Hencik pakai bow tie gi kerja? Wahahha sorry saya gelak..too me bow tie nampak lucu dan sangat sesuai dgn Kadir dan Samy kih kih... selamat berpuasa ya..

Ninie Hanis said...

Seriously you said that?Haha..serve him right la sebab "budi bahasa gaya kita",kan?Kadang2 tak faham org yang sensitiviti mereka yang ke laut ni.

MUHAMMAD IQBAL Abdullah said...

ingatkan bow tie untuk special occasion.... maybe dia tak pernah tengok orang pakai bow tie in real life kot..

Faizal Sulaiman said...

paling tak pun dia tanya dulu, tapi mustahil weh exec bowtie tatau. maluuu. p bunuh diri sana. hahahaha

W. Hidney said...

DrMaya... haha yer saya pakai bowtie gi kerja. mungkin lepas ni ada org boleh rujuk bowtie sgt sesuai untuk Kadir, Samy dan Hidney. amacam? hahaha

Ninie Hanis... seriously i said that haha

MUHAMMAS IQBAL Abdullah... tak patut. dia duduk dan keje kat kl

Faizal Sulaiman... exactly

NUke_Rude said...

ko ni... komfim lah ko ni mangsa fesyen. tali pinggang ada buckle? mana ko belajar ni?



hahaha. jangan oren sangat hid! :)

W. Hidney said...

nuke... hahaha adeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...