June 24, 2013

Jerebu oh jerebu


"Jerebu di langit ada bacaan IPU-nya. Jerebu dihati tak siapa yang tahu..."

Haaa acener tu?

Camner nak jawab?

Kali terakhir aku ingat kita sibuk pasal IPU ni ialah tahun 1997. Time tu aku umur 16 tahun.

Tahun ni, bila umur aku baru mencecah 18, sekali lagi kita sibuk dengan IPU balik.

Untuk makluman semua, aku ni forever young. Tu sebab aku baru 18 tahun...

Hati-hati tau dengan hati adik ni. Adik muda lagi.

Mohon tunjuk ajar...

*letak jari kat pipi dan kelip mata lelaju*

Anyway, keadaan jerebu makin tenat jer aku tengok sejak beberapa hari ni. Makin ramai yang ngadu sakit tekak, sakit mata, sakit hati dan sakit jiwa.

Ada jugak yang ngadu sakit cinta.

Yang tu aku akan lempang jer dengan talam air.

Nak buat lawak plak.

Tak senonoh.

So camner nak elakkan penyakit-penyakit bawaan jerebu ni?

Aku ada tips-nya.

Setiap kali keluar rumah, tahan nafas. Lagi mustajab kalau korang selotep-kan idong korang tu. Bila dah agak-agak muka dah jadi biru tu, masuk dalam rumah balik dan bernafaslah seperti biasa.

Ulang sekiranya perlu.

Sekiranya terlalu extreme untuk dilakukan, sila duduk berkurung dalam rumah diam-diam.

Sementara menunggu jerebu hilang, korang boleh la main masak-masak atau main cikgu-cikgu.

Wasalam.

AKUBUKANSUPERMAN: Aku bukan pakar...

3 ulasan:

Faizal Sulaiman said...

miss the word main cikgu cikgu. hahaha

yang forever young ni termasukla follower blog abam.

Saya baru 15 tahun tahun ni. Ni tengah serabut2 study 4 PMR

hahahahaha

oshinz said...

main mak-mak sekali. haha. bengong je. masa kecik-kecik dulu sebuk meniru aksi orang besar.

NUke_Rude said...

cikgu! cikgu! may ai go to de toilet plis?

hahaha.


tapi, kalau toilet kat luar rumah, macamana? :0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...