AKUBUKANSUPERMAN

June 20, 2013

Famous macam Kak Ton


Nak tak korang kalau korang dibagi peluang famous macam Kak Ton?

"Comel tak Kak Ton?"

*muntah buih*

Anyway, selalu jugak aku baca pasal blogger-blogger hebat masuk suratkhabar.

OREN jugak rasanya bila tengok gambar depa ditayang for all to see. One of my blogger friend yang cukup famous macam Kak Ton dan success-nya membuak-buak lepas masuk suratkhabar is Abang Eq.

Lama tak dengar berita Abang Eq.

Harap sihat hendaknya.

Berbalik kat story suratkhabar tadi, kekadang aku pun terfikir gak bila la agaknya AKUBUKANSUPERMAN akan di-feature-kan dalam suratkhabar. Katakanlah aku dapat masuk suratkhabar, bukan jer aku akan kerat artikel tu, aku akan masukkan suratkhabar tu sekali dalam frame!

Gila obsess tak?

Hahahaha...

So nak dijadikan story, hari tu aku dapat email dari satu suratkhabar ni. Katanya nak temubual untuk ruang Blogger pilihan over the weekend news.

Teruja sekejap Ella tau!

Tapi keterujaan tu tak lama sebab ruang tu khas untuk bloggers yang berumur 30 tahun ke bawah JER.

Considering umur aku yang tak berapa nak muda ni, maka melepas la peluang aku ditemuramah dan posing topless kat tepi kolam sambil letak jari kat bibir aku yang mungil ni.

Err...

Agak mengarut kat situ...

Tapi aku tak la OREN sangat lepas bercakap dengan wartawan yang hantar email tu.

Namanya Laili.

Gila sweet bila dengar dia cakap.

I am guessing she is sweet too in real life.

Eh ni bukan ayat mengampu ek.

But she is a darling.

Dan aku paling tak boleh lupa pesanan yang dia bagi.

"Jangan OREN tau, dan jangan lupa update blog."

Bahagia...

AKUBUKANSUPERMAN: Serious aku tak OREN. Bersyukur orang nampak lagi walau tak post 18 entry sehari

9 ulasan:

f i d a j a c o b said...

Hahahaha...

Sorry nyampuk superman..

Anyway Laili tuh ai kenal okeh..

kekdahnyeeee dia penah inteview.

Pitam...

Shes sweetttt... hehe.

Ninie Hanis said...

glamer-glamer bloggers Msia eh?

btw..'posing topless tepi kolam sambil letak jari kat bibir yang mungil' sumpah lawak.Kak Ton sangat kau!

W. Hidney said...

fidajacob... haha untunglah dah kena interview dengan Laili

ninie... u pun minat kak ton jugak sebenarnya kan?

oshinz said...

ala ngaku je 18 tahun. muda sentiasa gitu. kihkih.

Hulubalang said...

kalau aku ngaku umo 29 thn 11 bulan 29 hari...kire lom 30 thn lagik kekekeke...

W. Hidney said...

oshinz... actually 16 tahun yer. 18 tahun tu tua sangat kuikuikui

hulubalang... haa tu kena cepat. kalau esok dah terlambat dah. cepat!!! *jerit separa kepit*

jejaka anggun said...

untungla ada reporter nak interview masuk paper walaupun tak jadik masuk paper...

NUke_Rude said...

Blog OREN ni kalo x masuk paper pun dah femes!! :O

haha. takpe Hid, maybe in some other slot pulak! :D

W. Hidney said...

shaz... untunglaaa walaupun tak sempat nak untung

nuke... haha fames sangat ker?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...