May 13, 2013

First impression

Orang kata, we will not have the second chance for a good first impression. So impress good the first time around.

Eh? Dah sebut second, tetiba ada first plak. Acener tu? *garu-garu dagu keliru*

I know. Agak berat kalau nak difikir dalam-dalam. Aku punya English SPM dulu pun tak cemerlang. Cukup makan jer.

Tak payah nak pening-pening, aku nak share my experience on this thing call first impression.

Here goes.

Insiden ni berlaku tak lama dulu. Masa tu aku baru jer sampai ke office. Memandangkan pagi tu aku tunggang basikal, so aku berpakaian agak selekeh sebab aku kuat berpeluh.

So nak dijadikan story, aku terserempak dengan sorang mamat ni dalam lift. Aku kira dalam lingkungan 20-an, atau dalam lingo KL, ANAK IKAN.

Dengan fail kat tangan dan tie yang terikat kemas, aku agak dia sedang on the way nak pergi interview. Mukanya nampak macam risau. Kalau lah aku kenal dia, aku dah libas-libas pom-pom dah untuk kuatkan semangatnya. Orang nak pergi interview ni biasanya perlukan suntikan motivasi semacam tu.

Aku faham la sebab aku banyak gi interview semenjak-dua-menjak ni.

*kantoi*

So the least thing that I can offer him is my smile. So dengan macho-nya aku senyum. Tapi haram tak dibalas. Muka dia menten risau.

Dia nak gi interview jawatan Perdana Menteri kot.

Tak per.

Aku tetap handsome…

I left him not long after sebab aku stop kat level lain. Aku nak mandi dan tukar baju. I thought that was the last time I saw him. 

I guess I was wrong. Aku terserempak dia lagi kat lobby office aku, tengah tunggu turn masuk bilik temuduga.

He was so surprise to see me there and he somehow acknowledged me thinking I am like some important boss he need to impress. Kalau aku buruk hati, aku dah snap-snap mukanya dan post kat Instagram dan tulis caption, “PRICELESS!”

“Good morning Sir.” Katanya. Tetiba gatal plak pundi kencing aku bila dia panggil aku sir.

Tadi aku pakai selekeh tak nak tegur. Bila nampak aku pakai suit dengan bowtie segala baru nak terkocoh-kocoh panggil sir.

Ah sudeeeehhh!!! *jerit separa kepit*

AKUBUKANSUPERMAN: Of course aku kata aku bukan boss. Aku keje bancuh kopi jer. Tapi aku memang handsome *matila*

2 ulasan:

DrMaya said...

heheh...indeed!

NUke_Rude said...

laa... u ke tu? hahhahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...