AKUBUKANSUPERMAN

May 17, 2013

Cikgu

Pagar teguh dibina baru,
Padu berdiri tepi istana,
Besar sungguh jasamu guru,
Ilmu diberi bagai permata.

Padu berdiri tepi istana,
Bunga hiasan naik menjadi,
Ilmu diberi bagai permata,
Membina insan baik pekerti.

Bunga hiasan naik menjadi,
Bunga biru dua jambangan,
Membina insan baik pekerti,
Jasa guru dilupa jangan.

Bunga biru dua jambangan,
Cempaka baru digubah dara,
Jasa guru dilupa jangan,
Tanpa guru siapalah kita.

Aku sayang cikgu-cikgu aku dulu... 

Especially yang selalu sebat aku.

Aku dulu nakal dan susah nak masuk ajar.

Tapi aku memang comel...

Tidak dapat disangkal lagi.

*pose Zaiton Sameon*

AKUBUKANSUPERMAN: Selamat hari guru...

1 ulasan:

NUke_Rude said...

okay. statement yang last tu takleh blah. hahahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...