May 8, 2013

Apa lagi yang kita mahu?


Lama tak menulis. Rasa macam dah bertahun aku tak jengah blog ni. Tapi apa yang berlaku baru-baru ni membuatkan aku terpanggil untuk menyuarakan apa yang aku rasakan.

Aku punya seorang teman di negara jiran. Berjumpa buat pertama kali di tahun 2003. Tapi sehingga kini pertemuan itu meninggalkan kesan yang mendalam kepadaku.

"Apa khabar? Saya Hidney." Ujarku.

"Tien di sini."

"Tien? Kamu chinese ya?" Tanyaku.

"Enggak ah. Aku Indonesian."

"Eh namanya kayak chinese? Kalau disini nama begitu belong to those who are chinese." Jelasku. Agak naif sebenarnya.

"Masakan ada bedanya. Namanya chinese, tapi aku Indonesian dong. Kamu aneh..."

Mungkin ada yang boleh kita belajar dari bangsa yang menggelarkan mereka Indonesian, dan bukannya chinese, atau melayu atau serani.

Mungkin mereka tidak sehebat kita. Tapi apakah kita lebih hebat dari mereka bila kita suka membeza-bezakan warna kulit kita?

Bodoh sebenarnya...

Tak perlu kita nak berbalah sesama kita disebabkan ada pihak yang cuba memecah-belahkan kita.

Biarkan mereka dengan agenda mereka.

Mengapa perlu bertelagah?

Mengapa perlu mencaci?

Kenapa perlu hilang keyakinan?

Kita satu.

Selamanya kita akan jadi satu.

Tidak perlu ada perpisahan.

AKUBUKANSUPERMAN: Kecewa akan buatkan aku jadi skema...

6 ulasan:

Little Brat™ said...

��

ddnadia said...

Not easy, baby... But I still love you. One love.

ddnadia said...

Not easy, baby... But I still love you. <3 One love...

oshinz said...

betul. kagum dengan indonesian. walaupun chinese tapi fasih bercakap dalam bahasa ibunda mereka. kalau di malaysia, kaum selain dari melayu, pelat kemain. hehe.

W. Hidney said...

little brat... ;0

ddnadia... such a love birds kan? hehe

oshinz... diorg percaya pada perpaduan yg jujur. tak macam kita, percaya pada 1malaysia pada namanya jer. dalam hati melayu dgn melayunya. cina dgn cinanya. india dgn indianya. lebih sedih bila ianya dipolitikkan

Hulubalang said...

mcm mana melayu, cina, india dan lain2 bangsa nak dipanggil malaysian sedangkan masing2 berebut nak buat sekolah jenis kebangsaan (cina, tamil etc.)dari sekolah lagi dh ada pemisahan....aptb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...