April 4, 2013

Kenikmatan basikal itu

Its been a while now aku berbasikal. Ramai jugak yang tanya bila nampak aku bawak helmet basikal ke office, “Bawak basikal ker?”

Kalau ikutkan memang aku gatal nak jawab, "Tak larat nak bawak basikal. I tunggang basikal jer..."

*sambil posing hantu susu*

Takut ada yang OREN jer dengan jawapan puaka aku tu.

Sebenarnya berbasikal dari rumah ke train station jer. Kalau aku berbasikal dari rumah ke office, rasanya tiga hari baru sampai kot.

Rumah ke stesen cuma 5 kilometer jer…

Tu pun amik masa 15 minit…

Sebab banyak kereta…

Dan aku tak cukup confident lagi…

Jalan pulak berbukit cam harom…

Tapi memang aku comel.

...

...

Ok tak ada kaitan.

Tapi kalau nak dikirakan, berbaloi ker berbasikal dengan peluh dan lenguh kaki tu?

Memang berbaloi-baloi kalau tengok orang yang bawak kereta sangkut dua tiga jam dalam traffic jem.

Tambah berbaloi kalau dapat sepasang betis langsing bak bunting padi.

Malah yang lebih penting, dengan penjimatan RM dari kos parking dan minyak kereta, aku dah boleh berkira-kira untuk menambah satu lagi cawangan.

Err…

AKUBUKANSUPERMAN: Ampun penunggu gua. Ampuuuuuun penunggu gua...

3 ulasan:

Siti said...

baguih....salute.

shandye. said...

cool. naik basikal fixie ke?

teringat kat iklan levi's ni:
http://www.youtube.com/watch?v=ZtbRy0j6hmA

=)

W. Hidney said...

Siti... Terima kasih lah

shandye... fixie nampak cantik tapi tak ada gear berbilang. bila kat kawasan berbukit dah tak cantik dah rupa nak meneran kayuh basikal hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...