AKUBUKANSUPERMAN

March 21, 2013

Kisah denggi dan kancung di hospital


Kalau nak diikutkan, aku jarang sangat nak kancung tak tentu pasal, except for that moment bila aku nervous tunggu result ujian memandu aku masa aku form 5 dulu.

Nantilah kalau ada masa akan aku ceritakan.

Tapi kali ni aku nak story pasal ke-kancung-an aku kat hospital tempohari sebab suspect kena denggi.

Rapatkan saf!!!

Minggu lepas aku MC sebab demam. Rasanya tak pernah aku demam teruk macam tu. Tapi aku tak suspect apa-apa sebab I thought age is catching up. I am no longer young you see.

So aku buat donno jer sambil perabiskan stok Panadol dalam peti ais.

As expected, demam aku kebah lepas tiga hari. But that was only the tip of the iceberg. Hari ke-empat, aku perasan macam ada ruam kat badan aku.

Risau benda yang tak sepatutnya, aku ke klinik. Seriau darah aku bila doktor cakap aku mungkin kena denggi.

Tapi aku maintain handsome jer time tu.

Macam biasa la kan...

Doktor tu refer-kan aku ke hospital.

Kat hospital aku masih maintain handsome macam biasa. Sambil menunggu, aku belek-belek majalah yang ada.

"Encik Remy Ishak." Panggil sorang nurse. Aku pun melangkah macho menuju ke bilik consultation, diiringi dengan alunan musik Goodnight Moon dari Shivaree.

"Demam yer?" Tanya nurse tu kat aku. Tetiber aku rasa nak jawab, "Tak la. Sajer datang sini nak melawat rakyat jelata."

Tapi aku lupakan niat aku tu. Kang kena lempang dengan dulang prep plak.

Sia-sia hidup...

"Kita amik darah dulu yer untuk buat ujian." Sambung nurse tu sambil mengeluarkan alcohol swab. Dengan automatiknya aku menghulurkan jari telunjuk untuk diambil sample darah barang setitik-dua.

And I guess I was wrong.

Aku rasa nurse tu faham apa yang aku cuba buat lalu meng-explain, "Saya perlukan 50cc sampel darah. So kalau amik dari jari jer mungkin sampai esok kita akan duduk kat sini."

Pandai pulak dia meng-OREN-kan aku. Dengan sekelip mata aku bertukar dari macho kepada kancung bila aku nampak dia keluarkan jarum.

"Kejap kejap kejap. Saya nak kencing dulu." Kata aku. Nurse tu tersenyum kelucuan.

"Ok. Encik jalan terus. Pintu kedua sebelah kanan. Tandas kat situ." Kata nurse tu.

Mesti dia ingat aku pussy.

Tak payah la aku story berapa lama aku dalam tandas sebab time tu memang aku gila panik. Nurse tu dah ingat aku melarikan diri sebab lama sangat aku kencing.

Masa second attempt tu, nurse kata, "Tak payah nervous yer. I've done this a lot of time."

Aku tak rasa pun kata-kata nurse tu menenangkan aku. Peluh mengalir deras kat dahi.

Mungkin ketakutan aku tak berasas. Tapi siyes aku memang takut jarum!

I guess she was right when she told me she've done it many times, tak sampai seminit pun sampel darah aku berjaya diambil.

Memang aku pussy!


Dipendekkan cerita, aku memang kena denggi. Tapi sebab dapat dikesan kat peringkat awal, aku tak payah duduk hospital lama-lama.

Alhamdulillah.

Mungkin aku nak amik peluang nak pesan kat sini. Kalau korang duduk kat tempat yang jarang buat fogging nyamuk dan korang kebetulan demam, cepat-cepat la pergi check.

Samada korang takut jarum atau tidak, tu buang belakang dulu.

Sebab jarum Mungkar dan Nangkir akan pasti lebih besar dari jarum yang ada kat hospital tu.

Wallahualam.

AKUBUKANSUPERMAN: Huhu aku memang pussy!

8 ulasan:

Siti said...

adoi la...sianla kat ko. kena denggi rupenye. nak gelak boleh? beria tunjuk jari telunjuk kan?? hahahaha...

Hulubalang said...

aku pernah kena cucuk jarum utk ambil darah selang sejam utk 3 kali cucuk...ahaksss

semuanya gara2 nak buat glucose test. ALhamdulillah masih sihat hehehe..

NenetPenne (NP) said...

kesiannya..
u takut jarum? ok boleh geng dgn i..

tapi kan bab nurse tu kata kalau amik kat jari sampai esok pun duduk kat sini tu memang lawak...

anyway..get well soon...

W. Hidney said...

siti... yer ler. ingatkan diorg nak amik titik-titik darah dan letak kat piring jer. tengok ada tak menatang dengi bawah mikroskop. rupanya nak dua botol darah. mau tak nervous? hahaha

hulubalang... tahniah la diucapkan sebab and memang berani. kalau i, i dah lari sampai ke China dah

NP... nurse tu dgn i dah macam buku bertemu ruas la. ingatkan i sorg yg mulut puaka, dia pun lebih kurang jugak hahaha

oshinz said...

kihkihkih.. lawak ah nurse tu. apelah bro hidney ni, tak macho ah takut jarum.

kin said...

En Remy Ishak... I loike! :D

Glad u're ok, Reel.

jejaka anggun said...

dah sihat ke belom? kalo free dtglah stor DBP 17hb Apr ni. ada launching buku antologi KLCC sambil2 tgk teater.

Tengku Fir said...

pergh..gilalah! Klu Ella dengar mesti nanges sampai subuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...