March 5, 2013

Cerita basikal, bunga matahari dan jalan berkepak


Dah lama kot aku bercita-cita menunggang basikal ke tempat kerja. Aku bayangkan yang aku pakai suit lengkap dengan bow-tie menunggang basikal ke KLCC.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa membelai pipi. Sesekali kedengaran gadis bertempik histeria apabila melihat kemachoan aku.

*muntah*

Aku dah pun story-kan dalam entry aku lepas. Klik kat sini untuk baca lebih lanjut.

Sejak harga parking kat tren stesen naik RM2, semangat aku nak berbasikal makin membuak-buak plak. Memang le RM2 tu tak banyak. Tapi kalau kumpul sebulan boleh beli beras sekampit tau!

Pencarian basikal ideal pun bermula...

Lain orang, lain la citarasanya yer dak. Kalau yang macho jalan berkepak, mesti nak basikal yang handle tanduk seladang.


Kalau yang berjiwa lama tapi berhati muda, mesti diorang akan beli basikal type classic yang bapak-bapak kita selalu pakai dulu. Letak rak kat belakang yang boleh double jadi tempat duduk extra. Boleh bawak awek dating kat Jaya Jusco sambil beli ikan bilis.


Kalau jenis kekuntum, mesti they will go for basikal yang ada bakul sebijik kat depan. Siap letak bunga dua tiga kuntum dan kayuh basikal sambil pintal-pintal rambut. Lagu Bukan Cinta Biasa Siti Nurhaliza berkumandang setiap kali dia mengayuh basikal...

Nama pun kuntum kan?


Aku ngaku memang aku jenis kuntum. Tapi aku tak kayuh basikal sambil pintal-pintal rambut OK!

Cikgu kata bahaya.

Entry depan aku akan story jenis basikal apa yang aku beli.

Bersambung...

AKUBUKANSUPERMAN: Tunggu yer. Jangan tak tunggu...

11 ulasan:

asyraf ahmad said...

kuntum....walau aku tak paham jargon2 tulisan anda, tapi ia tetap menghiburkan...lol..

p/s: sponsor aku sebijik basikal leh tak..yg kepit pun kepit lahhh...LOL

acap

W. Hidney said...

acapclapclap... amboi sekodeng blog org ek? kuntum tu maknanya org yg muka legend tapi dalam hati ada taman. kalau i sponsor basikal tayar tiga dengan ropol2 kat handle ok ker? warna pink?

Siti said...

wahwahwah..dah beli basikal ke? dah bawak gi keje?

asyraf ahmad said...

wah...kuntum name diberi...lol

W. Hidney said...

Siti... Dah bawak gi keje semalam. Semput pakcik mengayuh. Maintain macho la tapi

Acapclapclap... Haaa baru hang tau hahaha

DrSam said...

saya pun dah lama mengidam naik basikal terutama jenis kuntum-kuntum tu. Naik basikal jenis tu mesti hati pun berbunga-bunga gembira :)

Siti said...

harap pakai helmet full face. haha..kang sampai opis muka berjelaga.

Hulubalang said...

hahahaha....x dpt nak bayangkan kalau muka macho pakai bow tie segala kayuh beskal kekuntum gi keje tgh panas buteee..

curlassssss.....ahakssss

Maya said...

Nak berbasikal jugak...tapi pk chances nak jadi mangsa ragut berlipat ganda, so lipat saja basikal. jgn lupa helmet ye hidney

Tyra dan Zami (Tyrazami) said...

tumpang tanye, ni adik bradik supermeng ke? layan gak blog ni..~ hehehe

W. Hidney said...

DrSam... oh rupanya kita sama spesies kuntum hahaha

siti... SimplySity kan ada. pakai lah ngeee

hulubalang... cuba la bayangkan walau tak dapat bayangannya haha

maya... jangan la bawak beg yg menonjol time mengayuh basikal tu hehe. jangan risau, i sentiasa pakai helmet. safety first!

tyrazami... superman tu adik kepada saudara lelaki isteri bapak saudara sebelah menantu ayah i. err camner tu? hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...