March 25, 2013

Bukan ker Batu Caves tu gua batu?


Sejak azali lagi aku memang suka jalan-jalan. Dekat atau jauh, kalau berpeluang memang aku akan pergi.

Tapi dalam banyak-banyak tempat yang aku rasa patutnya aku dah pergi lama, tapi haram aku nak pergi sebab kononnya terlalu sibuk ialah jeng jeng jeng...

Batu Caves.

Rumah aku ke Batu Caves tu cuma berapa langkah jer. Tapi tak pernah plak aku jejak since aku pindah KL.

Berbekalkan curiosity yang tak terhingga dan cabaran dari teman yang katanya aku tak akan dapat panjat tangga-tangga Batu Caves tu, aku akhirnya pergi menjejakkan kaki ke tempat yang aku rasa lebih manja kalau dipanggil Gua Batu tu.


Dari bawah memang seram tengok tangga menuju ke Batu Caves. Banyak nak mampus!

Kat anak tangga pertama aku dah mula menyesal. "What I got myself into..."

But it was not that bad once kita dah half-way pendakian. Cuma seriau sikit sebab anak tangga tu tak lebar dan curamnya pun boleh tahan.

All and all it was a great experience.


Yang penting aku sampai ke puncak dan tak payah dipapah turun sebab penat yang terlampau.

Kepada siapa yang tak pergi lagi, baik korang pergi.

Tengok camner sahabat kita yang beragama Hindu menunaikan kewajipan diorang. They are more than happy to welcome us there.

AKUBUKANSUPERMAN: Kita tinggal di tanah yang cukup beruntung. Jangan abaikan keuntungan kita tu...

1 ulasan:

NenetPenne (NP) said...

i pun tak penah jejak kaki kat situ walhal dok tempat yang nak pegi situ kemain dekat...

bravooo sebab berjaya panjat tanpa dipapah... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...