AKUBUKANSUPERMAN

January 31, 2013

Seputih salji semanis kurma


Sebelum ni mati-mati aku ingat salji tu tak ada rasa. Guess I was wrong.

Pahit rupanya...

Mesti korang ingat aku amik salji tu dan letak dalam mulut kan?

Hampeh!

Tak baik tau korang. Aku tak sejakun tu...

Ok, maybe just a bit.

The first day aku sampai kat London, salji tak turun lagi walaupun suhu sejuk macam naharom. Terus aku rasa macam nak OREN sebab I expected to see some snow sebelum berlepas dari KLIA.

Sia-sia terbang 13 jam kalau tak jumpa salji.

I WANT MY MONEY BACK!!!

For the next few days, aku dengan penuh dedikasi-nya duduk depan tv tengok ramalan cuaca. I don't effing care how low the temperature was. I just wanted to know when will it be snowing.

Penantian aku berbaloi. Masuk hari ketiga, salji pun turun.

Gila seronok aku bila aku nampak salji kat luar tingkap.

Aku dah berkira-kira nak kumpul salji-salji tu dan buat ais kacang untuk breakfast.


*musik gembira berkumandang*

Dalam slow-motion aku menolak pintu. Angin sejuk tiba-tiba menerpa membuatkan anak rambutku bergerak-gerak menutupi mata....

(Anggap jer rambut aku panjang mengurai kejap k)

Rambut diselak dengan machonya. Biceps melimpah dari lengan baju...

...

...

(Description agak delusional kat situ. Tapi kita teruskan story gembira ni)

*musik gembira masih berkumandang*

Jeritan histeria peminat yang sudah lama menunggu diluar hotel tidak aku endahkan lantaran terlalu seronok melihat salji yang turun bagaikan putik-putik mawar putih dari langit yang suram.

(Delusional lagi)

Dengan gagahnya aku berlari meredah salji, mendongak dan menganga luas lantaran kejakunan yang terlalu amat.

*musik gembira tiba-tiba berhenti*

"Ptuuuiii!!! Salji ni pahit dowh!!!"

There goes my ais kacang...

Tamat!


Err mana kurmanya?

Memang tak ada.

Rasa OREN tak?

Kui kui kui...

AKUBUKANSUPERMAN: Siapa yang cakap aku amik salji dan letak dalam mulut tadi cepat ngaku sekarang

3 ulasan:

oshinz said...

kena tukar semanis kurma tu kepada sepahit hempedu la kot. cheit sungguh!

Siti said...

adoi...pengsan aku baca. tiba2 ada peminat serbu hotel ye?

kahkahkah.....

W. Hidney said...

oshinz... tak terfikir hempedu hahaha

siti... hehe OREN la tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...