January 4, 2013

Progress header baru


Macam laporan plak gamak nyer. Tapi ni adalah a few draft yang aku buat untuk design header baru AKUBUKANSUPERMAN ni.

Actually, kalau nak dijadikan ceritanya, selain dari suka flip rambut dan rebah macho tepi pasu bunga, aku gemar buat benda-benda design men-design ni.

Masa zaman muda bergetah aku dulu kat sekolah, aku selalu lead classmates aku untuk hias kelas. At times we won the most decorated class in the school. Being the most decorated tak semestinya tercantik. Tapi aku cukup bangga la jugak.

Kad kawin adik aku dulu pun aku yang tolong design-kan. Terharu dowh bila orang bagi kepercayaan kat aku untuk design such thing yang akan gone into the history of her life.

Tapi malangnya kad tu tak dapat dicetak sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan. Aku suka nak salahkan orang kedai printing tu yang tak pandai pakai Photoshop!

Kata design aku tak dapat dibaca komputer depa yang canggih sangat tu...

*OREN*

Sekarang ni pun aku tengah tolong design-kan birthday card dan banner untuk anak member aku. Nak tema My Little Pony katanya. Menggagau jugak aku cari menatang yang nama My Little Pony tu.

Aku tau Sinchan jer.

Anyway, kalau korang ada idea camner nak buat header blog aku ni, sudi-sudikan lah yer.

Ok I'm out.

AKUBUKANSUPERMAN: Busy busy busy...

4 ulasan:

Siti said...

header tu takyah la letak gambo supermen. kata bukan superman. ko letaklah gambo lain. atromen ke, spendermen ke, asal bukan supermen.

mengomen tak beragak kan????

NUke_Rude said...

mana header hijo haritu?



T_T nangis.

W. Hidney said...

siti... agak jugak la komen tu haha. tapi tak per. i terima dengan hati terbuka *sambil duduk bersimpuh dan tuangkan air bujang*

nuke... tu header sementara jer wak hehe

oshinz said...

warna biru kat header tu macam tak best je. tapi tak tau plak nak bagi cadangan untuk ganti colour ape. hikhik. sori..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...