AKUBUKANSUPERMAN

November 8, 2012

Bestnya


Sila OREN.

AKUBUKANSUPERMAN: Bestnya kalau ada scooter...

November 7, 2012

Cerita basikal dan tak cukup duit nak beli kereta


Kadang-kadang bila aku tengah memandu dan stuck dalam traffic jem, aku cuba membayangkan aku menunggang basikal, menyelit dicelah-celah kereta sambil memintal rambut kegembiraan.

Cuba korang bayangkan apa yang aku bayangkan.

... especially part aku pintal-pintal rambut tu...

Dapat tak?

...

...

Ok kita sambung...

Well of course we are not there yet. Menunggang basikal ke pejabat di KL akan mengundang sindiran atau mungkin ada ketikanya fitnah. "Psst si polan tu berbasikal gi keje sebab tak cukup duit nak beli kereta letewww!"

Orang pendek akal memang akan cakap cegitu.

But seeing a man in his full business suit, riding a bike to office is a day-to-day scene kat Eropah. Even our close Singaporean neighbors are slowly going toward that direction.

I saw that once and I was like, "Ooooohhh how sweet..." *letak dua tangan kat pipi*

Well of course no one dares to start something new here in Bolehland. Plus our streets and pavements are not that bike-friendly. Panas pun satu hal jugak. Tak pasal-pasal baju keje dah lencun bila sampai office.

But one can only say that much kalau tak tau. Cer klik link ni untuk lebih lanjut.


AKUBUKANSUPERMAN: January ni boleh tengok Sartorialist naik basikal dengan mata kepala sendiri. Iaols pergi London uols!!! Diulangi... London!!!

November 5, 2012

Cerita bas percuma dan cangkir kosong



Cerita pagi tadi...

Seperti biasa, aku akan naik KTM untuk ke office, transit barang seminit dua kat Stesen KL untuk bertukar ke Putra. Selalunya aku akan cuba elak pembelian tiket kat kaunter sebab aku akan pakai kad Touch & Go jer.

You know, I touch and then I go. *posing syaiton nirrajim*

Sewaktu transit, aku perasan kredit T&G aku cuma berbaki RM1.30. Tak cukup untuk journey ke KLCC.

Nak tak nak terpaksa jugak beli kat kaunter.

OREN kejap...

"Tiket ke KLCC satu," aku bertanya dengan kemachoan yang tak terperi.

"RM1.60..." Jawab encik penjual tiket dengan serba ringkas. Tak ada reaksi langsung.

Kosong!

Aku tetap cool sambil mencari-cari dompet dalam beg.

Cari punya cari, tiada dompet dijumpai. Macam nak gugur jantung bila menyedari possibility aku tertinggal dompet kat rumah.

Tapi aku tetap macho.

Tak gugup pun.

"Err sorry arr bang. Dompet tertinggal. Lain kali la saya beli yer."

Encik penjual tiket tetap tak ada reaksi.

Dalam kekalutan tu (tetap macho), aku teringat perkhidmatan Purple Line by GoKL. Untuk yang tak tau, Purple Line adalah perkhidmatan bas percuma yang beroperasi kat sekitar pusat KL.

Diulangi... PERCUMA.

Anyway, aku tak pernah terfikir yang aku akan finally pakai bas tu. God I spoke too soon. Berkat adanya bas tu, tak payah la aku berjalan kaki ke office. Bapak jauh office aku dari Stesen KL.

Kalau ada cangkir kosong, mungkin aku dah duduk dah kat mana-mana jejantas...

Tapi ada ker yang nak bagi duit kalau aku betul-betul buat cam tu?

AKUBUKANSUPERMAN: Thank you Purple Line. Thank you Najib for the initiative. Thank you thank you...

November 2, 2012

Cerita di farmasi

Di sebuah farmasi...

Sedang aku sibuk membelek-belek pencuci muka, tetiba seorang awek bertanya, "Do you have pill dispenser here?"

Aku melopong kejap.

Kemudian aku senyum dan menjawab, "Of course we have miss. But can you please come again sometime later? We are currently on stock inventory work now."

"But I can see other customers around," dia membalas.

"Oh gosh I'm sure that'll confuse you. You see I'm the store owner and those are my staff. I ask them to wear whatever that is good on them as I strongly believe no one should wear uniform to work." Aku senyum dengan handsomenya.

"I see. I'll come back later then. Thanks." Katanya sambil berlalu pergi.

Penat aku pakai molek.

Dia kata aku keje kat situ...

Kecik hati aku ok!

AKUBUKANSUPERMAN: Apa jadi lepas tu, aku tak tau sebab aku dah cabut hahaha.

November 1, 2012

Di suatu petang yang macho

Aku melihat biasan diri di cermin.

"Handsome jugak aku ni rupanya." Tersengih.

Rambut dirapi untuk kali terakhir.

Usai melaram, kaki melangkah ke pintu.

Daun pintu dibuka dengan sungguh bertenaga menampakkan senja yang jingga biru.

"Ahh indah sungguh ciptaan tuhan." Aku bermonolog sendirian, sambil membetulkan cermin mata dengan machonya. Biceps melimpah dari lengan baju.

Anak kunci dipulas melawan arah jam, seraya mengunci dua daun pintu menjadi satu.

Tiba-tiba...

"Awwwwwwww!!!" Aku menjerit sehabis kepit.

Seekor kucing berlari mengejutkan aku.

Nasib tiada yang mendengar.

"Jahat kucing itu. Membuatkan aku terkejut." Ucapku sepersis Halim Othman.

Macho seperti biasa...

AKUBUKANSUPERMAN: Biceps melimpah dari lengan baju...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...