August 30, 2012

Butter prawn janji ditepati


Dalam banyak-banyak seafood, aku paling lemah dengan butter prawn. Kalau la butter prawn tu perempuan, dah lama aku bawak balik jumpa mak ayah.

Tak pun aku pujuk-pujuk bawa lari.

Anyway, aku tak biasa kongsikan resipi masak-masak sebab kejadian aku dari azali lagi pandai makan jer.

Masak haram tak reti.

Tapi untuk entry bersempena kemerdekaan 'janji ditepati' ni, aku dengan bangganya nak kongsi satu resipi butter prawn yang sangat senang disediakan. Orang tangan bangku macam aku boleh buat sambil tutup mata jer.

Yang paling penting, rasanya terlalu indah.

Aku namakan resipi ni butter prawn janji ditepati.

Mula-mula bebahannya...

400gm udang sederhana besar. Lagi gedabak lagi bagus. Kalau korang kaya sangat, letak la 18 ekor lobster.

5 sudu besar butter atau dalam bahasa Rais Yatim, mentega.

Err...

3 biji telur. Amik kuning jer dan dipukul dengan tali pinggang sampai nangis.

Ok lame joke. Carry on...

1/4 cawan susu cair. Jangan buat lawak nak pakai susu beku pulak. Aku sumbat dalam lubang jamban kang!

2 ulas bawang putih yang dicincang seperti esok tiada lagi.

Lada sulah, gula dan garam secukup rasa.

Ok seterusnya cara-cara membuatnya.

Korang amik semua bahan tadi tu dan bagi kat mak korang atau sesiapa yang pandai masak. Lepas dimasak, sedia la ia untuk dinikmati. Sedap kalau dimakan sambil duduk bersimpuh.

Kan aku dah cakap senang...

AKUBUKANSUPERMAN: Cuba la yer kalau korang ada masa...

August 28, 2012

Online shopping


... atau dalam bahasa Rais Yatim, membeli atas talian.

Siapa yang tak suka shopping? Semua orang suka shopping. Orang duduk dalam gua pun suka shopping tau. Cuma sistem shopping diorang berlainan dengan apa yang kita buat sekarang.

You like my stuff, I like your stuff, we exchange naa?

Begitu...

So nak dijadikan cerita, aku adalah sebahagian dari jutaan jiwa yang gila dengan online shopping. Macam-macam yang aku beli. Dari baju ke kasut hinggalah ke barang yang kadang-kadang aku pun tak tau bila aku nak pakai.

Tapi kebanyakannya aku beli kasut la.

Who can ever say no to a great bargain offered through online shopping? Bukan saja mudah, malah kita boleh pilih kasut yang best tanpa perlu meninggalkan katil pun.

Shooping sambil bogel pun no hal. Tak ada orang boleh nampak, kecuali tuhan...

Ramai gak member yang tanya, "Selamat ker online shopping ni wak?"

Well nak jer aku jawab sambil posing Sinchan, "Sekarang ni nak ke mall pun tak berani wak. Banyak kes culik dan rogol kat parking lot."

Awww I tak sanggup nak dirogol-rogol ni you!

Untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dengan online shopping ni, korang kena tau dulu kat mana korang pergi. Jangan main redah jer. Biasanya online shop yang terkenal tu selamat. Extra careful dengan small time online shop yang kurang mendapat sambutan. Blog-shop contohnya. Unless kalau blog tu memang terkenal.

Dan yang paling penting, korang kena tau saiz korang. Kalau dah kaki saiz 12 tu, jangan plak menggila beli yang saiz 6 plak. Memang la beauty is pain, but in this case you just being amazingly stupid.

Membazir tau beli barang yang tak boleh pakai.

Err... *terjilat ludah sendiri plak*

But above all, korang kena la pandai-pandai control diri. Once you've started, there's no turning back. Ketagih is the word. Jangan nanti gaji masuk RM18K, banyak tu jugak la korang habiskan untuk online shopping.

Bukan aku kata gaji aku RM18K sebulan yer.

Aku keje kerani biasa jer...

Gaji RM200 sebulan...

Tapi handsome...

*duduk sopan sambil bersimpuh dan pintal-pintal rambut*

Anyway, selamat bershopping!

AKUBUKANSUPERMAN: Paling best bila dapat parcel pembelian lepas beberapa hari menunggu

August 27, 2012

Aku, Orked, Kellie dan Ipoh


Cawan kopitiam ni betul-betul mengingatkan aku kepada Ipoh. Yang peliknya aku tak pernah pun jejak kat Ipoh. Jangan tanya kenapa aku boleh kaitkan cawan kopitiam tu dengan Ipoh. Aku pun tak tau apa jawapannya.

Actually aku dah lama merancang nak ke Ipoh. Tapi tak pernah nak kesampaian pun. That was until last weekend though. Itu pun atas jemputan member kat Ipoh, menggigih jugak la aku berbaris membeli tiket ETS kat Sentral, berebut-rebut dengan orang lain yang nak balik selepas seminggu beraya.

Kenapa aku nak sangat pergi ke Ipoh? Apa yang menarik sangat Ipoh tu? Haaaa... meh sini aku nak story...

Korang pernah tengok filem Sepet tak? Aku giler suka filem tu. Korang tau tak filem arahan Yasmin Ahmad (RIP) tu difilemkan kat Ipoh?

Tau tak?

So in a way, kalau aku ke Ipoh aku akan experience sendiri tempat kat mana Jason dan Orked mula-mula jatuh cinta.

Ngeee…

Boleh pakai tak alasan aku ni?

Kalau korang baca entry-entry aku lepas, mungkin korang dah boleh jangka yang aku suka bangunan-bangunan lama. Untuk yang tak tau, now you know lah kan?

Aku dah experience bangunan lama kat Melaka, Penang dan Singapore. Now Ipoh came into this picture of one very happy and old building family.


Keluar jer dari train, aku dah terpesona dengan bangunan stesen keretapi yang sarat dengan unsur-unsur Indo Gothic. It was actually built in 1935 oleh the same architect yang design stesen keretapi KL.

Giler teruja aku.

"Tak larat la teruja memanjang kalau dah masuk bandar kang. Kat stesen pun dah jakun sangat ni." Aku bermonolog sendirian.


Tapi agak terkilan jugak la bila aku tengok banyak bangunan lama kat Ipoh yang terbiar macam tu jer. Aku agak kalau kerajaan Perak betul-betul serious nak Ipoh tersenarai dalam UNESCO World Heritage listing, something must be done.

Contoh terbaik conservation bangunan lama boleh dilihat kat Jalan Sultan Singapore. Perhaps one can learn from it. I can walk down the street all day long and immerse myself in the yesteryear's splendor.

Nyesal plak aku tak bawak DSLR. Snap-snap pakai iPhone jer. Awas, some of the pictures kat sini aku cekup dari uncle Google.

Nonetheless harap korang dapat enjoy kegemilangan Ipoh dari kaca mata aku.

Talking about very old buildings, aku berpeluang melawat Kellie’s Castle yang famous tu. Macam stesen keratapi Ipoh, Kellie's Castle pun ada ciri-ciri Indo Gothic dan Neo Moorish. Korang tau tak actually istana tu tak pernah siap? Baca lebih lanjut kat sini.

Cuba korang bayangkan betapa gahnya istana tu kalau betul-betul siap.


Giler kagum!

Ok enough about old buildings. Kang ada plak yang kebosanan dengan hobby aku yang membosankan ni. Lets talk about food shall we?

Awas! Jangan sampai korang jilat screen komputer korang bila tengok mamam best kejap lagi.

Anyway, tak sah kunjungan ke Ipoh kalau tak makan kat mamam place yang famous. Kalau korang peminat tegar channel makan-makan kat astro, pasti korang setuju kalau aku cakap Ipoh ni adalah bandar untuk serious foodies.

…macam aku…


Tak sangka plak member aku ni tau tempat-tempat makan yang aku nak pergi. We went to the infamous Big Tree Trunk Yong Tau Foo kat Kampung Pasir Pinji dan Restoren Lou Wong Tauge Ayam kat Jalan Yau Tet Shin. Tak pernah aku makan sekenyang masa aku kat Ipoh. Klik sini dan sini untuk kenyang bersama-sama.

Ipoh is actually not a very good place to visit untuk korang yang serious nak jaga body.

Aku ni lain la sebab body dah lawa…

*pengsan 17 saat* 

Well that basically sum it all up, lawatan aku ke Ipoh. Bandaraya yang cukup intriguing dengan unsur-unsur lama dan baru. Perjalanan 2 jam meninggalkan stesen Ipoh ke Kuala Lumpur benar-benar membuatkan aku lebih mengagumi bandaraya tu.

Of the old charm and serious food experience.

I shall return...

AKUBUKANSUPERMAN: Siapa kata melancong dalam negeri tak best?

August 23, 2012

Cerita mercun

Suatu masa dulu, aku suka main mercun. Hari raya jer aku akan main mercun. Bila ada mercun jer terus hari raya.

Err...

Tapi aku main mercun yang biasa-biasa jer tau. Bukan jenis yang boleh tumbangkan bangunan tu.

Tu pun aku akan nyalakan sumbu mercun dengan ubat nyamuk yang aku dah siap ikat kat ujung batang penyapu.

Giler sopan aku main mercun. Nasib baik aku tak nyalakan sumbu sambil duduk bersimpuh.

Tapi aku bertukar jadi orang yang bencikan mercun lepas suatu insiden di malam raya. That was back in the late 80's...

Bapak tua dah aku kan?

Huhu.

Anyway, time tu mak aku pesan aku beli something kat kedai. Forgot what it was cos its not that important anyway.

So aku pun dengan handsomenya menapak ke kedai yang cuma a few metres dari rumah kitorang. Kebetulan ada a few budak sedang seronok bermain mercun kat depan rumah.

Dengan niat untuk mengekalkan keharmonian hidup berjiran aku dengan machonya menegur, "Hey dawg how its going? Having fun there over there?"

They were like, "Hey hey dawg. We're on heaven dawg. Why don't you come over and join us." Sambil buat gaya ghetto.

Kampung aku kat Bronx you see. So kitorang memang custom dengan cakap ala-ala ghetto ni. Dan untuk pengetahuan korang, Jennifer Lopez tu jiran aku. Kitorang jalan pimpin tangan ke sekolah.

Anyway berbalik kepada budak-budak yang main mercun tadi. Kalau nak ikutkan memang aku nak join sekaki. Tapi tanggungjawab yang dah diamanahkan oleh mak aku lebih penting.

So to the kedai I went.

Tapi tak lama lepas tu, aku rasa tetiber macam ada bunyi mercun yang sangat dekat dan kaki aku macam kena gigit. Bukan gigitan manja yer. Tapi gigitan yang sangat menyakitkan.

Lepas menjerit macho, aku pandang bawah. Tau-tau ada seekor anjing sedang enak menggigit betis aku. Buntang matanya tak berkelip. Mukanya fobia macam lepas tengok Azwan Ali.


Budak-budak tu? Diorang dah lari lintang-pukang. Mungkin sebab diorang takut aku audit diorang dan tulis benda yang teruk-teruk dalam finding report aku kot.

Of course later that day aku difahamkan budak-budak tadi tu sajer nak pranked kan anjing tu dan I was totally at the wrong place at the wrong time.

Kesian aku kan?

Instead of membenci budak-budak dan anjing tu, aku pilih untuk membenci mercun.

Budak-budak tu tak berpeluang untuk dididik menyayangi hidupan lain dan anjing tu... well dia cuma seekor anjing yang akan buat apa yang anjing-anjing lain akan buat kalau diorang kena prank.

Mercun perlu dipersalahkan.

So kengkawan, mungkin tak terlalu lewat untuk aku nasihatkan korang supaya jangan main mercun. We can have an eventful raya without a single mercun pun. Kalau tak cayer, cuba try.

Tapi kalau nak main mercun jugak, pergi main kat tempat yang luas, jauh dari anjing dan budak yang nak pergi kedai.

Sekian kisah dan tauladan untuk kali ini. Kita jumpa lagi di lain ruang dan peluang.

*betulkan cermin mata besar dan libas-libas ekor tupai*

AKUBUKANSUPERMAN: Actually kampung aku kat Bintulu.

August 17, 2012

Dendang perantau


AKUBUKANSUPERMAN: Tayangan perdana di hari raya pertama. Mari saksikan beramai-ramai di pawagam berhampiran dengan anda

August 16, 2012

I love you Rozita Che Wan


Bila bercerita pasal raya, mesti semua orang akan terbayang nak pakai baju apa tahun ni. Nak padankan dengan tudung apa. Nak kasut jenama apa. Bila nak beli tiket balik kampung.

Dan yang pasti macamana nak jawab kalau pakcik makcik suddenly hilang ingatan, tanya balik soalan tahun lepas…

Macam-macam lah.

Tapi dalam banyak-banyak benda tu, kita sentiasa kena beringat. Walaupun puasa epic sebulan, sambutan raya tak semestinya epic jugak.

Segalanya nak mahal belaka. Kalau tak baru tak sah. Konsepnya nak glamer mengalahkan Rozita Che Wan.

Ustaz internet kata bersederhanalah, sebab orang yang membazir tu saudara syaiton-nirrajim *enam harakah*

Duit dah perabih nak bergaya sakan. Pakainya cuma sehari dua jer. Dah tu nak makan apa?

Biskut raya?

Tak ker OREN lepas tu?

So bersempena dengan ketibaan Aidilfitri ni, aku nak amik kesempatan mengucapkan selamat hari raya kat korang semua yang sudi follow blog ni. Giler terharu aku.

Mohon maaf dari ujung kasut BATA aku ke hujung rambut aku yang bersyampukan sabun buku Zaitun.

Untuk korang yang tak berkesempatan balik raya tu, jangan la sesedih. Jom la kita baring kat tengah jalan depan Pavilion tu.

Tak pun kita planking ramai-ramai kat tengah landasan ketapi.

Mesti syiok!

AKUBUKANSUPERMAN: Tajuk entry yang sedikit merapu. Maafkan saya...

August 15, 2012

Tips menjawab soalan cepumas

Jangan nak over excited dulu. Entry ni bukan untuk bagi tips camner nak jawab soalan cliche hari raya untuk korang yang bujang.

Bukan.

Tapi soalan cepumas yang aku maksudkan kat sini adalah soalan yang orang tanya tapi sebenarnya dia dah tau jawapan kepada soalan tu.

Contohnya kalau korang tengah cari minyak rambut kat Tesco. Tetiba sorang minah salesgirl datang dan tanya, "Cari apa encik?"

Apa korang jawab?

Cuba jawapan ni sambil buat muka toya. "Cari tayar tayar motor. Saya nak 5. Ader tak?"

Atau mungkin bila korang tengah cuci kereta, tetiber orang datang tanya, "Boowat apew tew?" sambil pulas-pulas tangan gedik.

Mungkin korang boleh jawab, "Tengah noreh getah ni ha."

Aku cukup suka kalau orang tanya soalan cepumas kat aku.

Memang akan OREN orang yang tanya soalan tu lepas tu. Priceless bila tengok muka diorang hahaha.

Ada hari tu housemate aku tanya, "Dah nak tido ker?" bila dia nampak aku nak masuk bilik tido. Aku jawab, "Tak la. Nak gi membajak kejap."

Aku suker sangat!

Sukeeeeeeer sangat!

Berikut adalah contoh lain tapi dalam konsep yang berlainan yang aku gunapakai dalam penulisan aku.


Panjang sungguh story. Mesti korang nak tau mana tips nya kan?

Tips nya korang fikirlah sendiri.

Kui kui kui kui...

AKUBUKANSUPERMAN: Ada beran? Hahaha...

August 14, 2012

Story zakat dan Ras Adiba dimana jua anda berada

Siapa dah bayar zakat angkat mouse!

Siapa yang tak bayar zakat lagi tu cepat-cepat la pergi ke mana-mana kiosk bayaran zakat yang terdekat. Ada satu kat KLCC. Betul-betul tepi Uniqlo.

Cepat! *jerit kepit*

Sekarang ni mudah sangat kalau nak bayar zakat. Tak macam dulu. Kena naik kapal tiga hari tiga malam semata-mata nak ke pejabat pungutan zakat. Tambah lagi kalau korang duduk atas Gunung Ledang.

So tak ada alasan korang nak bayar zakat sekarang ok!

Untuk korang yang kemut nak mampus, baik korang peluk jamban sekarang.

RM7 jer pun.

Kalau belanja beli kasut Todds yang ribu-ribu tu boleh pulak kan?

*pose OREN*

Korang tau tak Celcom ada menyediakan khidmat Zakat by SMS?

Tau ker tak?

Kalau tak tau, moh rapatkan saf dan tumpukan perhatian.

p/s: jangan tanya aku pasal Digi atau Maxis. Aku tak tau. Sekian iklan.

Caranya cegini.


Korang taip ZAKAT ke 21999 kat handphone korang. Jangan taip kat typewritter plak. Aku tenyeh dengan taik idong jugak kang.

Untuk korang yang duduk kat negeri yang tak tersenarai dalam perkhidmatan ni, korang masih boleh naik kapal tiga hari tiga malam untuk ke pejabat pungutan zakat.

Atau korang boleh posing cantik kat meja komputer korang jer dan pergi ke portal bayaran zakat. Klik kat sini.

Lepas tu ikut arahan yang akan diberikan.


Tup tap tup tap, korang boleh print out resit yang korang akan dapat lepas tu untuk pengecualian cukai.

Senang kan?

Jom berzakat. Semoga hidup kita akan diberkati. Amin...

*pose imam muda*

AKUBUKANSUPERMAN: Picture-picture ni aku dapat kat Google. Sengaja di-blur-kan maklumat untuk menjaga identiti pemilik asal. Pelik dia tak buat awal-awal sebelum letak gambar ni kat internet. Ish ish ish cuai...

August 12, 2012

Jauh...

"Welcome to Kingsford Smith International Airport. The local time now is 9.15 am and the temperature is 10 degree celcius."

Mampus...

Aku tak tahan sejuk. Suhu 16 degree di pejabat sudah cukup membuatkan aku BIRU. Inikan pula 10 degree.

Persalinan 'winter' yang aku bawa cuma layak dipakai ke Genting Highland.

"Jaga diri baik-baik dinegara orang hidung tinggi." Nasihat mak. Tak pasti apa yang dia maksudkan dengan hidung tinggi.

Hidung tinggi = Bongkak.

Atau...

Hidung tinggi = Nicole Kidman.

Aku agak yang kedua kerana aku lihat warga Sydney atau lebih manja digelar Sydney-siders sangat ramah... Dan cantik.

Juruwang di setiap kaunter pembayaran akan mengucapkan "Hello. How are you today?" kepada setiap pembeli. Kenal atau tidak tolak tepi.

Pengguna tren akan menunggu sehingga pengguna lain keluar dari tren sebelum menaikinya. Berbaris menunggu giliran.

Di Malaysia?

Tak perlu aku beri ulasan.

Kita semua tahu dimana letaknya kesopanan yang kita agung-agungkan tu.

Pernah aku melihat seorang pakcik gelandangan diberi makanan percuma di kedai makanan segera. Siap ditanya mau perasa apa. Salt or chicken salt.

Perlu melihat sendiri untuk percaya.

Kita masih jauh dibelakang.

AKUBUKANSUPERMAN: Jauh...

August 10, 2012

Edisi bumper Hidney di Sydney


Mungkin ada yang dah dapat mengagak apa story yang aku nak canangkan kali ni.

Ya aku di Sydney.

Dulu-dulu selalu jugak aku ditanya, kenapa nama aku seakan-akan Sydney.

Hidney + Sydney = Handsome!

*pose Aaron Aziz*


Tapi aku cukup bangga sebab ayah aku kreatif.

"I always wanted to be there." Sms dari ayah yang aku terima sebaik saja aku mendarat di Kingsford Smith International.

One day dad.

One day...


AKUBUKANSUPERMAN: Agak skema lenggok tulisan aku kali ini. Semuanya gara-gara Hasbullah Awang. Oooohh canteeeekkkkk!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...