AKUBUKANSUPERMAN

July 6, 2012

Cerita penghutang, pemiutang dan penjamin

Berjalan-jalan di pekan, ternampak pula kereta idaman.

Hati gelora tidak terhingga.

Mahu bergaya... Jalan-jalan bawa keluarga.

Bisnis satay agak maju.

Banyak tempahan diterima.

Alah, apalah sangat kalau bayaran bulanan yang RM800 tu.

Jualan satay boleh membantu...

Malangnya pemiutang tidak mahu memberi hutang.

Lantaran penghutang tidak punya pendapatan tetap.

Penghutang resah mencari penjamin.

Kereta idaman mesti dimiliki.

Aku...

Sekadar mahu membantu.

Menghulur tangan mahu menjamin.

Tandatangan diturunkan, lengkap lah sudah transaksi.

Kereta dilaram ditengah pekan.

Penjamin diucap terima kasih.

10 cucuk satay diberi free.

Keluarga girang gembira....

Beberapa bulan berlalu, bisnis merundum jatuh.

Satay jualan tidak laku.

Alah melayu kalau buat bisnis... Tak lama. Bergaya jer lebih!

Pemiutang menggigau mencari pulangan.

Penghutang lari membawa diri.

Meninggalkan penjamin terpinga-pinga.

Kereta dilelong, bertukar milik.

Namun hutangnya tetap ada.

Penjamin membayar sedikit untuk menyelamatkan nama.

Tidak pula meminta ganti...

Penghutang berjanji bayar sedikit-sedikit.

Dengan pendapatan yang tidak menentu.

5 tahun berlalu, tiada khabar cerita.

Dengar kata penghutang dah bawa teksi.

Di Kuala Lumpur...

Penjamin merancang untuk lebih maju.

Membeli sebuah istana.

Untuk dikongsi dengan dia yang dicintai.

Malangnya hutang tidak jelas lagi.

Penghutang gagal mengotakan janji.

Hutang ditinggalkan.

Pemiutang tidak girang.

Penjamin tidak gembira.

Istana idaman lenyap dibalik angan.

Lenyap...

AKUBUKANSUPERMAN: Tidak sepatutnya tangan yang menghulur digigit-gigit...

July 4, 2012

Cerita handphone dulu dan sekarang

Korang ingat lagi tak handphone apa yang korang pakai dari yang first ke yang terkini?

Aku ingat...

Moh korek mengimbau kenangan sama-sama.


Berkat rezeki PTPTN (mati laaa) masa aku kat UiTM dulu, aku beli Ericson T10. Canggih giler aku rasa sebab phone ni boleh flip.

Cuba korang bayangkan kereta aku pancit tengah jalan, tetiba aku keluar dan start telefon pakai phone flip aku. Angin plak bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Macho kan?


Lepas tu aku tukar plak ke Nokia 3210. Mungkin kalau aku cakap kenapa aku beli phone ni korang akan gelakkan aku.

Aku beli sebab aku suka game ular...

Ok aku stop sampai sini. Beralih plak ke handphone ketiga aku, Nokia jugak tapi kecik sikit.


Nokia Butterfly. Time Butterfly tu kuar, semua orang dok gantung bendalah tu kat leher.

Kecik kan? Boleh la gantung.

Cuba kalau Butterfly tu tukar nama jadi Nokia BATAfly. Ingat orang nak gantung?


Lepas tu aku tukar plak ke Sagem MC920. Kenapa aku pakai phone pun aku tak tau. Mungkin masa tu aku sedang mengalami fasa krisis pertengahan umur kot, aku tak pandai nak nilaikan handphone dengan penahan pintu.

Aku pakai Sagem tak lama sebab phone tu kena curi. Syukur la orang tu curi phone aku tu. Kalau dia tak curi pun memang aku akan bagi free jer kot.

Lepas tu aku dapat balik sense of keremajaan aku dan aku pilih Nokia N-Gage QD.

Cukup remaja tak?


Time tu aku baru masuk keje. Duduk rumah plak tak ada benda nak buat. So main game jer lah. QD was invented untuk kaki gamers macam aku.

Dan QD adalah satu-satunya handphone aku pakai sampai rompong. Sayang giler aku kat phone tu.

Setia kan aku?

Comel plak tu... *pintal-pintal rambut*


Lepas QD aku rosak, aku dengan linangan air mata beli plak Sony Ericson Walkman. Aku nangis sebab phone ni masa tu sangat mahal. Tapi aku sanggup jer makan nasik dengan kicap semata nak beli phone ni.

Gaji aku time tu RM150 jer sebulan jer.


Sebab mahal, aku pakai agak lama. It was during 2008 Beijing Olympic aku tukar phone ke Omnia.

Semuanya sebab iklan Omnia yang terlalu hebat tu.

Siyes!

Tertipu Tipah tau...

Disebabkan Omnia tu tak la se gah iklan yang aku tengok, aku pakai 2 minggu jer. Aku tolak Omnia kat Low Yatt dan kat situ la aku beli phone baru aku...

HTC Pro.

Tarikan utama HTC ni adalah qwerty keyboard nya. Secara tak langsung aku masa tu berubah menjadi penaip sms terpantas dan termacho.

Hua hua hua hua *gelak sejahatnya*


Lepas setahun lebih aku pakai HTC Pro, aku beralih plak ke Blackberry Bold. Tetiber aku bertukar menjadi warga kota yang...

Macam sibuk sangat!


Dah finally bersempena dengan penghijrahan aku ke Kuala Lumpur, aku menukar Blackberry Bold ku kepada iPhone 4.

Diulangi iPhone 4.

Sampai la ni, aku masih lagi stick kat iPhone ni. Insyallah akan pakai sampai rompong sebab aku suka sangat especially tang kecanggihan camera-nya tu. Bukti kecanggihan camera iPhone ni korang boleh tengok kat sini.


Walaupun aku pakai banyak phone, aku tetap setia kat nombor yang aku pakai sekarang ni.

Tak pernah tukar ok!

AKUBUKANSUPERMAN: Lepas ni aku nak cari handphone yang bergulung plak. Ader ker?

July 2, 2012

Story geram, rumah idaman gone into the drain

Ok maybe ada yang tertinggal bas, aku sign agreement untuk purchase sebuah rumah di Menara U Shah Alam bulan lepas. Tapi harapan tu musnah atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Aku kecewa, but that doesn't mean I should stop trying.

So aku pun try la cari rumah baru, and turns out Selayang's Symphony Heights caught my attention. Being the latest property development in a fast developing Selayang, aku pun try my luck untuk cruising around.

I guess I am a kind of person who will fall on the first few dates, I bought a promising vacant and brand new unit on the 23rd floor, overlooking KLCC.

I always wanted to have a picturesque sight of KLCC on my window every morning.

All seems so promising until one fine day the owner decided to cancel the selling. The fish is this owner thinking? Deposit dah bayar. Loan pulak tengah proses.

Ijau la aku lepas tu.

Dan semalam, aku view a few units rumah lagi kat tempat yang sama. I guess aku dah jatuh cinta kat Symphony Heights. And this time, aku buat resmi yang biasa aku buat kalau aku gi visit estate...

ASK AS MANY QUESTIONS AS I CAN UNTIL THEY CAN'T HANDLE ME.

Dengan cara tu, at least aku tau apa prospect home owner. Kalau diorang nak buat taik, I will know before we actually signed the deal.

Akhirnya I managed to close one deal. Tingkat 16, not exactly a vacant unit and no KLCC view. But I dig the floor layout lah.

We can't have everything right?

You see I am putting all my hopes on this one. Kalau tak dapat gak, aku akan beli kotak dan buat rumah kat tempat letak kereta office aku jer.

Nak merajuk pepuas!


AKUBUKANSUPERMAN: And who says buying a house is like flying a kite?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...