June 29, 2012

Apakah??? *jerit kepit yang teramat*


Ader ker?

Ader?

Ader macam peminat Justin Bieber ker aku ni?

Ader?

*kunyah meja*

AKUBUKANSUPERMAN: Ngigau aku...

June 28, 2012

Saat awkward yang tak sudah-sudah

Saat awkward, bila tetiba orang yang korang tak kenal tegur korang kat stesen, kata lama tak jumpa dan minta nombor telefon untuk keep in touch.

Like seriously?

Tau la Ella famous. Tapi Ella tak bagi nombor tepon macam tu jer *bengang macam artis*

Saat awkward, bila korang nak apply lip balm dalam tren yang penuh tanpa membuatkan orang ingat korang pakai baju kurung bila malam menjelma...

Dan stiletto merah 4 inci...

Dan cengkam rambut ada rerama...

Saat awkward, bila officemate korang masuk tren yang sama dan start nak borak sedangkan korang nak sambung tido.

Saat awkward, bila korang bagi tempat duduk kat sorang makcik dan semua orang pandang korang sebagai seorang calon menantu yang uber sesuai untuk anak gadis diorang yang uber cantik *duduk bersimpuh sambil tertunduk malu*

Saat awkward, bila sebenarnya korang bagi tempat duduk tu sebab nak jauhkan diri dari officemate korang tu tapi dia macam tak faham-faham.

Lempang kang!

Saat awkward, bila office korang tu kata korang nampak selekeh sedangkan korang abiskan masa berjam-jam depan cermin to make yourself look like Aaron Aziz.


Kejam...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku suka naik tren...

June 20, 2012

Disuatu petang yang aman damai

Bayangkan korang berdiri dalam kasut aku (you're in my shoe)

Korang tengah semangat buat assessment kat ladang yang korang rasakan sangat sesuai untuk direkomenkan sebagai ladang contoh.

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena...


Apa korang rasa?

Stoberi?

Oren?

Atau kaki?

AKUBUKANSUPERMAN: Sedih aku. Siyes aku sedih...

June 19, 2012

Cerita #MalaysiaMiskinBudaya dan #TorTorPunyaIndonesia


Once again my friend, both countries fought for something that is not worthy of notice and simply unintelligent.

... and so I thought.

 After reading to this dan this, aku rasa memang patut orang negara seberang melenting. Ditambah lagi dengan perangai diorang yang cepat sangat melenting, this unintelligent issue became viral kat twitter.

Kita plak suka sangat nak mengapi-apikan diorang.

So conclusionnya, dua-dua pun biadap.

Kita dan mereka...

Orang besar kita patutnya tau benda-benda macam ni akan menimbulkan rasa tak senang kat seberang, tetap jugak nak berlagak pandai. Ilmu sejengkal terus nak bercakap pasal pembudayaan budaya sambil menari inang.

Bukannya kita tak ada sejarah nak claim sesuka hati barang diorang. Setakat ni kita dah berjaya claim lagu Rasa Sayang, batik, air bandung dan cendol, just to name a few.

Yang kat seberang plak, macam tak ada benda lain nak buat. Dok komplen memanjang. Tak pun baling taik kat kedutaan orang.

Orang timur tengah tak plak melenting bila kita kata gambus adalah sebahagian dari budaya kita.

Tau tak korang roti canai tu asalnya dari Chennai?

And for all that we know, roti canai is part and parcel of our daily lives. Tak ada plak orang Mahatma Gandhi pergi buat hashtag seperti...

#ItuMalaysiaCuriKitaPunyaRotiChennaiMacha

atau

#AdaPatutKaItuChennaiPunDiorangCuriMacha

*cakap sambil berlari-lari keliling pokok dan tukar baju empat lima kali* 

Penjelasannya cukup mudah. Bila kita dah serumpun, bercakap plak satu bahasa, kebarangkalian untuk ada persamaan budaya tu sangat tinggi.

Betul tak macha?

Ya udah dong. Biar aja tari Tor Tor di klaim Indonesia. Yuk kita pikirin gi mana mau majukan tanah kita. 



AKUBUKANSUPERMAN: Seronok Ella layan timeline merapu...

June 18, 2012

Gone too soon, sad ballad to a dear friend

This is the song I wish to dedicate to a very good man, a loving brother, a passionate companion and above all, a very dear friend of mine.

If he is still here, he will be celebrating his 31st birthday today.

So here goes.


ABDUL HAMID MOHAMMAD
1981-2011

AKUBUKANSUPERMAN: Happy birthday Amit

June 16, 2012

Story teksi dan post-it note

Selalu jugak orang suruh aku banyakkan bersabar. Tapi kadang-kadang aku tak boleh control kalau aku dah marah sangat.

Orang kata setiap benda tu mesti ada suis, termasuklah kemarahan...

*selak baju cari suis marah*

Pagi tadi masa aku check-out hotel kat Lahad Datu, aku request untuk teksi ke airport. Masuk hari ni, dah beberapa kali aku ke Lahad Datu, so aku tau aku akan sempat check-in untuk flight sebab jarak hotel dan airport cuma 5 minit drive jer.

Dan airport Lahad Datu tu kecik jer.

But that was not the case this morning. Lepas 30 minit menunggu, teksi tak kunjung tiba. Aku cuba nak control cool walaupun aku tau aku dah lambat GILER untuk ke airport.

5 minit kemudian, aku still tak dapat teksi yang aku request.

Aku ke kaunter dan bertanya. Kalau nak ikutkan rasa memang aku nak tengking jer petugas tu. Instead, I asked him in the politest manner.

Tapi jawapan yang dia bagi benar-benar buatkan aku marah.

"Sorry sir, saya lupa book teksi tadi."

WHAT THE F*CK!!!

Dia nak aku tulis post-it note dan lekat kat dahi dia ker untuk dia ingat apa yang patut dia buat?

And there I was, spending another 5 minutes scolding the young chap with no mercy that he regretted every minute he wasted from my supposedly calm morning.

I managed to reached the airport minutes later, barely missed my flight.

Itu pun aku terpaksa merayu kat check-in counter untuk bagi aku masuk.

OREN!!!

AKUBUKANSUPERMAN: Some people need to be audited on how they use their brain!

June 11, 2012

Cerita birthday Ella yang lambat sangat itu


28 Mei lepas aku sambut hari jadi...

Yang ke 21...

*tepuk tangan*

Tak ada sambutan macam tahun-tahun lepas.

Tapi aku happy.

Sebab tahun ni aku beli rumah.

Insyallah tahun depan aku beli bini plak.

AKUBUKANSUPERMAN: Recycle pix last year jer

June 9, 2012

Cerita disuatu pagi yang sopan

Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Mimpiku berlari-lari macho dengan Salma Hayek masih segar. Namun tetap kugagahi kaki melangkah ke bilik mandi untuk... membeli sayur.

*gi bilik mandi nak mandi la kan. Apa ker bengong beli sayur dalam bilik mandi*

Anyway, usai mandi 3 saat kemudian, aku mengenakan baju yang aku dah iron-kan malam sebelumnya. Tak pula aku menghidupkan lampu lantaran bimbang akan ada yang terjaga dari tidur.

Aku adalah jejaka yang penuh dengan nilai kesopanan gadis melayu. *memakai baju sambil duduk bersimpuh*

Dalam kegelapan tu, aku mencari stokin yang bertaburan di dalam bakul laundry. "Cantek! Dah jumpa." Aku bermonolog sendirian, dan langsung memakainya.

Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Masih terlalu awal untuk aku ke stesen LRT. Mungkin saja aku boleh membuang sedikit masa dengan menonton persembahan zapin atau inang yang aku rakam sedikit masa dulu.

Aku hidupkan tv di ruang tamu tapi gagal mencari remote controlnya. Suis diketik untuk menghidupkan lampu, untuk memudahkan usahaku mencari remote control.

Lampu hidup...

Terang...

Terkejutnya aku bila melihat...

Ini...


AKUBUKANSUPERMAN: Sama tapi tak serupa

June 8, 2012

Rumah konsepku, syurgaku...

Sejak dua menjak ni aku banyak menghabiskan masaku dengan menghias rumah.

Kalau korang bayangkan aku dengan pengapu dan kain lap, tolak-tolak perabot ke hulu ke hilir, korang sebenarnya silap.

Aku hias rumah aku virtually kat Google Sketchup.


Walaupun rumah aku akan siap June tahun depan, tak salah rasanya kalau aku nak bayangkan camner rupa rumah aku tu kalau dah siap karang.

Lagipun, aku boleh kira berapa budget untuk perabot dan cabinetry.

Acener tu?

Mudah jer...

Dengan Google Sketchup, aku boleh 'order' jenis perabot yang aku nak. And turn out dalam inventory diorang ada product dari IKEA.

Bila aku dah tau jenis perabot yang aku nak, which in this case SӒTER, aku boleh refer harga perabot tu kat catalog IKEA.


Sama tak dengan sofa kat rumah konsep aku tu?

Jangan OREN yer...

AKUBUKANSUPERMAN: Kadang aku risau gak kalau-kalau bank loan aku tak approve. Gaji aku RM150 jer sebulan...

June 7, 2012

Ella oh Ella


Ella rasa... Ella tasuker!

Untuk korang yang follow Twitter aku mesti korang agak familiar dengan tweet yang sewaktu dengan yang kat atas ni.

Kadang-kadang aku bertukar jadi Ella.

Tapi kenapa Ella?

Sebab aku rasa Ella adalah my split personality. Ella adalah seorang yang tak macho dan tak macho.

Manakala aku plak...

Ehem...

Semestinya macho la kan.

Untuk experience lebih banyak Ella, sila follow Twitter aku kat sini.


AKUBUKANSUPERMAN: Aku tunggu jer suatu hari nanti orang tegur aku sebagai Ella dalam train hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...