May 19, 2012

Of Ally McBeal and Menara U


The famous Alley McBeal use to quote “I want to have a house and fill it with my favourite stuff. I want to be a man who owns his own house and fill it with his favourite stuff. I want to be a man..."

Kata orang, seorang lelaki akan belanja paling besar kat tiga benda.

Kereta.

Rumah.

Dan wife...

And hari ni aku dah sign agreement untuk beli SOHO kat Section 13 Shah Alam, just across MSU and within the vacinity of Shah Alam sport centre.

Its Menara U.


But I still have to wait till June 2013 before I can be in it.

AKUBUKANSUPERMAN: Tak sabarnya...

May 12, 2012

Hari ibu dan pengertiannya


Tak sah kalau kita tak heboh pasal nak question semua benda, sampai hari ibu pun dah jatuh haram.

Apa nak jadi la dengan kita ni.

Orang yang duduk keliling kaabah tu selamba berok jer.

Jawapan aku simple jer. Yang nak fikir sampai ke asal-usul hari ibu tu dibuat atas dasar kepercayaan kepada sesuatu anutan tu kenapa? Its been here for as long as we know and why suddenly now benda ni nak dipersoalkan?

Kita sambut atas dasar pengertian hari untuk menghargai ibu-ibu kita dah ler. Bukan atas dasar percaya.

Tak payah fikir jauh-jauh.

Islam agama yang mudah.

Selepas keluar statement jatuh hukum haram ni, bukan saja menyebabkan orang-orang kita panik, malahan akan menyebabkan orang-orang bukan Islam lebih confuse.

Ni la masalahnya dengan orang bijak pandai kita. Bercakap ikut suka. Orang yang kurang pandai pun ikuuuuuuuut jer.

Diorang start ingat apa yang orang bijak pandai ni cakap betul. Tiada yang betul melainkan yang betul-betul belaka.

Secara tak langsung, ini akan menimbulkan riak kat orang bijak pandai ni.

Apa hukum riak kawan-kawan?

Haram kan?

Ok aku stop.

Yang salah datang dari aku. Yang baik semuanya datang dari Allah *pose imam muda*

AKUBUKANSUPERMAN: Selamat hari ibu mak. Boboi sayang mak...

May 8, 2012

Story sms selamat pagi dan anugerah


Selalu tak korang hantar sms selamat pagi kat kengkawan korang?

Best ok pepagi dah hantar sms kat kengkawan. Tapi gugur jugak le rambut bila dah ujung bulan.

Satu sms dah RM0.20. Kalau kawan aku 12 juta orang, tak ker RM2.4 juta bil telefon yang aku kena bayar?

*pose pramugara terlampau*

Tapi sekarang memang dah tak ada alasan untuk hantar sms-sms sampai lebam sebab dah banyak platform sms free. Whatsapp and BBM just to name a few.

Unless kalau korang pakai Nokia 3210 lagi...

Aku hantar sms bukan sebab apa. Aku suka bila kengkawan aku happy. Yang bangun tido dengan mood yang agak tak betul tu boleh jadi happy bila dapat sms selamat pagi aku.

Secara tak langsung aku telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara dengan menaikkan semangat penjawat-penjawat awam.

Sumbangan aku tu patutnya melayakkan aku untuk anugerah Tokoh Maal Hijrah atau anugerah Pandu Puteri Harapan...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku tak ting tong...

May 7, 2012

Story kepam dan tweet tak puas hati


Pagi tadi, kat office, aku sedikit annoyed dengan teman sepejabat yang berborak dekat dengan work station aku. Selalu pun memang diorang berborak kat situ, tapi pagi tadi aku rasa sedikit bengang.

Mungkin sebab aku bangun on the wrong side of katil kot pagi tadi.

Biasanya aku akan cakap jer kalau aku bengang. Tapi disebabkan aku pakai extra 'cantik' hari ni, aku zahirkan ajer rasa tak puas hati aku tu kat Twitter. Lagipun tak macho arr kalau nak gaduh sambil tarik-tarik rambut kat office.

*pose Wolverine*

Lepas aku post tweet tu, ramai plak yang mereply. Dan dalam banyak-banyak reply tu, ada yang menyebut perkataan yang aku tak pernah dengar sebelum ni...

Kepam...

Apa makna kepam tu?

Well setelah dirujuk dengan sumber CANTIK yang boleh dipercayai, kepam merujuk kepada orang yang suka bergossip, pakai selipar seret dalam office, baca URTV dan sibuk dengan tepi kain orang lain.

Spesies-spesies makcik la dalam erti kata lain.

Jangan meradang dulu kalau aku cakap, lelaki pun ada yang punya ciri-ciri makcik ni.

Aku bukan sexist yer. Harap maklum.

So siapa-siapa yang jatuh dalam kategori kepam ni, antara sedar atau tak, segeralah bertaubat sebelum ada orang yang lempang korang dengan keyboard atau mesin fax.

Sekian...

AKUBUKANSUPERMAN: Hari ni aku pakai pink...

May 5, 2012

Cerita bayar cukai

Percaya tak kalau aku kata aku baru declare cukai semalam?

Walaupun tarikh akhir declaration is ujung bulan 4...

I know, I'm not a good citizen, but at least aku tak merusuh kat jalanraya dengan pakai baju kuning...

OREN tak dengan statement aku tu?

Anyway, cukai lebih bayar aku tahun ni adalah RM0.03.

Jer...

*pitam*

AKUBUKANSUPERMAN: LHDN kena bagi balik jugak 3 sen tu. Tak pedulik!!!

May 4, 2012

Cerita bakul dan budaya sendiri


Kalau aku buat groccery, aku akan bawak beg sendiri. Tak larat aku nak kumpul beg-beg plastik tu. Unless kalau beg plastik tu aku boleh masak rendang atau goreng kicap.

Anyway, hari tu aku ke Kuching. Time aku jalan-jalan kat Main Bazaar yang famous tu, aku terjumpa beg rotan macam yang kat pix atas nu. Meroyan aku kejap sebab aku suka sangat.

Dapat aku bayangkan semua puji beg aku tu.

And so I thought la kan. Rupanya tak payah tunggu aku balik KL pun orang mula kutuk beg aku tu. Ada orang tu kata aku ni 'kampung'.

Orang-orang kampung jer yang pakai beg cegitu.

Tak cukup urban katanya...

Penjelasan aku cukup mudah.

Aku cukup bangga dengan budaya aku. Aku sedar jati diri aku kat mana. Orang Sarawak tak akan jadi orang Kelantan walau bertahun duduk kat Kelantan.

Nak kena tunggu mat salleh pakai beg macam ni baru kita nak terhegeh-hegeh dan julang budaya sendiri?

Otak letak kat lutut.

*pose Shakira*

AKUBUKANSUPERMAN: Dia jealous kot aku lagi comel

May 3, 2012

Karangan pendek


Nyamuk menggigit.

Paaap!

Hancur lunyai nyamuk tu.

Rasakan…

Tamat.

AKUBUKANSUPERMAN: Kata pun karangan pendek kan? What do you expect? Hahahaha *gelak horny*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...