AKUBUKANSUPERMAN

March 31, 2012

Story mem-Phuket tempohari


Actually ni entry yang maha lambat nak post.

Aku busy...

Cari rezeki...

Hari tu aku gi Phuket dengan member-member aku. Nak dikirakan, dah 4 kali aku gi Phuket. Tapi setakat ni tak plak aku serik-serik nak datang balik.

Best ok.

Siyes!

Korang tau tak Phuket tu kat mana?

Tau tak? *statement sakitkan hati*

Biasanya aku gi sana sebab nak main golf. Bukan pasal kat Malaysia ni aku tak boleh nak golfing. Tapi sesajer jer nak main kat luar selain mengkayakan lagi tauke syarikat penerbangan dengan fee kayu golf yang agak rediculous tu. *Sungguh jahat orang itu*


Disebabkan aku pergi dengan kaki shopping dan bukannya kaki golf, trip kali ni aku isikan dengan aktiviti menghabiskan RM membeli barang yang aku sendiri pun tak tau bila aku nak pakai atau barang yang biasanya tangkap habuk kalau aku bawa balik Malaysia.

Tapi aku tak lupa la beli a few buah tangan untuk buatkan member office aku rasa OREN dengan percutian aku.

Nasib baik aku tak ditangan-tangankan lepas tu.

Everytime kalau sebut pasal Phuket, mesti orang akan cakap pasal gogo show. Untuk korang yang haram tak tau gogo show tu mender, klik la kat sini. Tapi suka aku nak ingatkan sebelum klik pastikan tak ada orang sekodeng korang. Aksi terlampau dijamin buatkan korang dan orang yang sekodeng korang tu rasa OREN.


Tapi aku tak tengok pun gogo show tu. Aku datang tengok-tengok lampu jer. *pose Imam Muda*

Hari ke-3 aku buat island hopping ke Phi Phi yang terkenal tu.

Jangan tanya aku island hopping tu apa.

Aku lempang jugak kang.

Aku rasa entry ni agak panjang. Mesti korang dah pening baca kan?

Ok aku stop...


AKUBUKANSUPERMAN: Tak sempat pun nak merempit scooter kat sana huhuhu...

March 30, 2012

Story Singapore yang sangat hebat tu


Hari tu aku ke Kota Singa lagi.

Tapi lawatan aku kejap jer.

Macam trip lepas, aku berpeluang ke Universal Studio Singapore lagi. Siyesly aku rasa seronok walaupun  berkunjung for the second time. Tapi the excitement tu kurang sikit la sebab aku dah boleh agak apa jenis surprise yang menunggu dari setiap ride yang ada kat park tu.

 Maybe there will be no third visit kot.

Unless kalau ada benda baru.


Tapi banyak-banyak ride yang ada kat situ, aku tak akan naik roller coaster.

Aku penakut...

Even water ride kat Jurassic Park yang jatuh manja-manja tu pun aku dah jerit kepit dah.

AKUBUKANSUPERMAN: Tak banyak picture yang aku amik. Just wanna enjoy the view...

March 29, 2012

Cerita bowling yang aku tak menang apa-apa tu...


Tempohari aku join Inter-house Bowling Tournament company aku and I happened to mewakili team aku, Rumah Biru.

We Will Blue You Away...

Thats our motto by the way.

The last time aku main bowling was last year, masa aku stationed kat Gua Musang. Masa tu kitorang main kat Kota Bharu.

Aku dapat top 5.

Jer...

Dapat la jugak toaster sebagai hadiah.

Tapi kali ni, aku tak dapat apa-apa sebab cuma top 3 yang akan dapat hadiah. Aku tak berapa nak sedih sebab aku dapat jatuhan pin terbanyak untuk team Biru.

Jatuhan terbanyak jer...

Jer...

*Pose Brad Pitt*

AKUBUKANSUPERMAN: Nanti ada event jogathon. Aku mesti dapat hadiah. Tak pedulik!!!

March 28, 2012

Gurauan untuk si bimbo seperti aku

Hari tu aku bersembang dengan one of my General Manager. Disebabkan aku jarang duduk bersembang dengan GM yang sorang ni, peluang untuk beramah mesra macam tu memang aku tak akan sia-siakan.

Mana la tau ada peluang nak promotekan diri sendiri?

GM: Pergi outstation ke Lawas naik apa?

Aku: Naik Twin Otter dari Miri jer tuan.

GM: Ooo (gentel-gentel misai). Tak seram ker?

Aku: Seram la jugak tuan. Especially bila ujan. Goyang teruk.

GM: Kapal kecik jer kan?

Aku: Yes (rasa nak cakap sambil posing sinchan tapi aku batalkan jer sebab takut kena lempang dengan selipar)

GM: Twin Otter ni dah la kecik. Salah design plak tu. Duduk dalam tu panas and stuffy.

Aku: Panas sebab salah design tuan? How so?

GM: Sebab kipas kat luar...

Siyes aku rasa macam nak merajuk 5 saat!

AKUBUKANSUPERMAN: Its a good joke though.

March 3, 2012

Story nyanyi dalam kereta dan tetiber rasa OREN

Pernah tak korang sing along dengan lagu kegemaran korang dalam kete masa stuck dalam jem?

Nyanyi plak kuat-kuat sebab confident orang tak akan dengar suara korang yang kadang-kadang antara sumbang dan tak sumbang tu.

Mesti pernah kan?

Cepat ngaku sekarang.

Well aku pernah...

Masa tu aku nyanyi lagu Asyik dari Damasutra.

So as I sang the song *dengan confidentnya* aku perasan orang dalam kete sebelah asyik menoleh every time aku 'tarik' suara.

Bimbang kalau-kalau dia dengar suara sedap aku tu, aku check le empat-empat tingkap kete.

Dan jeng jeng jeng...

Nak gugur OK jantung aku bila aku tengok tingkap belakang tak tutup abis. Mungkin sebab aku lupa naikkan sepenuhnya tadi lepas keluar parking.

Malu weh!

Mana aku nak letak muka?

Nak aku pose Sinchan untuk cover malu, aku tak cukup ruang plak.

Aku bawak kete kecik jer.

OREN sial!!! *jerit suara kepit*

AKUBUKANSUPERMAN: Besar ok kemaluan aku...

March 1, 2012

Story epik pergi keje naik KTM bangang

Dah 3 hari berturut aku lambat masuk office.

Not good. So not good…

Hari pertama aku gerak kol 7 pagi dari rumah. Jalan jem giler and last-last aku sampai office kol 9 pagi.

Berbekalkan semangat yang tabah, aku gerak kol 6.45 pagi keesokannya. Tapi tetap gak aku sampai office kol 9 pagi.

Orang kata third time the charm, so pagi tadi, which happen to be the third day, aku cadang naik train jer dengan harapan akan sampai awal ke office.

And I chose KTM.

What was I thinking…

Berikut adalah catatan Twitter aku. Korang baca la untuk faham perjalanan epic aku ke tempat keje.

6.30 pagi: The next train is due to arrive in 15 minutes kata PA. But lets make it 25 minutes. KTM never come in time. Period!

6.50 pagi: The train has arrived but the commuters are like sardines. If this is not Malaysia, they’ll occupy the roof of the train.


6.51 pagi: We can preach but if we don’t provide support to our preaches, things aint gonna change!

6.52 pagi: We can say do not litter but if we don’t provide dustbin, people will continue to litter.

6.53 pagi: KTM can say give way to disembarking passenger but if they don’t improve their services, people will continue to charge the door like there’s no tomorrow.

6.54 pagi: 15 minutes interval for a commuter train is waaaay to long. Macam la dua orang jer duduk kat KL ni…

6.54 pagi: itu pun kalau tepat sampai dalam 15 minit. Kalau delay? Tak ker berebut dua batches of passanger masuk train?

6.54 pagi: Diorang ni tak belajar statistic ker?

6.55 pagi: it’s a simple equation. Subject math diorang gagal kot time UPSR dulu. Ish ish menyedihkan…

6.55 pagi: Patut la Jepun bagi train percuma jer kat kita sebab kita tak pandai buat business. Orang kesian kat kita rupanya…

7.30 pagi: Dah sejam aku duduk kat stesen. Kalau aku drive jer tadi tak ker dah sampai office dah. Sengal la KTM ni.

7.30 pagi: Lambat lagi la masuk office ni...

7.30 pagi: Esok aku nak jalan kaki la ke office. Kalau pun aku lambat memang silap aku sebab aku tak jalan laju.

7.31 pagi: Nak marah pun tak boleh sebab memang silap aku.


7.45 pagi: On board now but the door wont shut and they have to reset the system. My morning just got waaaaay better I suppose.

7.50 pagi: I should proly stop complaining about KTM now cos KTM can be loosely translated as KOMPLEN TAKKAN MASUK. Sekian...

7.50 pagi: Ah yes before I stop, the train is now berhenti plak untuk bagi laluan kat ETS sebab pintu tak boleh tutup tadi. Yeay!!!

8.25 pagi: Baru sampai sini. Ass!!! (@Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) w/11 others) 4sq.comxflePA

8.32 pagi: I'm just gonna be chilled by looking at those gorgeous shoes. Mmmmm zen...

9.10 pagi: Finally here. Tak pasal-pasal kena quiry. I CURSE YOU KTM FROM THE DAY YOU WERE BORN!!! (@Menara HLA) 4sq.com/wm3Wvf

AKUBUKANSUPERMAN: I CURSE YOU!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...