February 29, 2012

Cerita tattoo yang sangat sensitif untuk orang yang terlalu sensitif


Heboh cerita pasal artis luar kena cancel concert gara-gara tattoo kontroversi. Aku rasa kadang-kadang kita bertindak luar rasional dengan ikut perasaan sangat. I am refering to both parties.

Yang buat tattoo tu dan yang cemuh tattoo tu.

Orang yang buat tattoo tu patutnya sedar yang dia akan buat konsert kat negara yang kata iklan AirAsia ada unsur-unsur lucah dan buat kecoh bila orang tunjuk kawasan setinggan kat belakang Menara Petronas dalam Entrapment.

People are being insensitive and too sensitive. Being sensitive is great but being overly too sensitive is just plain WTF.

GET A LIFE ALREADY!

Anyway tempohari aku buat tattoo Superman.

Sebab kalau blog aku namanya AKUBUKANSAILORMOON, mungkin aku akan buat tattoo Sailormoon.

Tattoo henna jer pun. Kalau pun aku buat tattoo betul, aku percaya tak akan ada yang melatah sebab aku tak merancang nak buat concert.

Suara tak sedap...

I'm nobody...

Sekian.

AKUBUKANSUPERMAN: This is purely based on my personal opinion. Bukan nak jatuhkan sesiapa. I still love Tun Dr. M nonetheless...

February 20, 2012

Story I live here dan penawar yang sangat mahal

Kalau tengok movie yang kat lokasi hebat macam kat Santorini mesti kita kata, "Best nya kalau dapat duduk kat situ."

Tapi sebetulnya orang-orang kat Santorini pun akan cakap benda yang sama kalau diorang tengok tempat kita. Kokdiang sebagai contoh. "Bestnya kalau dapat duduk kat Kokdiang!" *Jerit suara kepit"

Lumrah la tu.

Konsepnya kita akan rasa biasa-biasa jer kalau kita kat tempat kita sendiri.

Suka aku nak namakan sindrom ni sebagai sindrom KAU-NI-DAH-BOSAN-HIDUP-BAIK-KAU-PACK-BARANG-DAN-PERGI-MANA-MANA.

Mungkin nama sindrom ni terlalu panjang untuk diketengahkan dalam mana-mana jurnal perubatan atau yang sewaktu dengannya, tapi aku yakin korang pun akan setuju dengan teori aku ni.

Tapi kalau la sindrom ni betul-betul wujud, aku rasa cuma ada satu jer penawarnya.

Melancong...

Hamek!

Mahal sungguh penawarnya tu.

Tapi jangan gusar dulu.

AirAsia kan ader...

Sekian dulu laporan kali ini. Hidney melaporkan LIVE dari Phuket, Thailand.

*music Jalan-Jalan Cari Makan berkumandang*

AKUBUKANSUPERMAN: Nanti aku akan update dengan gambar percutian aku di Phuket dalam entry akan datang

February 17, 2012

Zoo Negara, the fun and nostalgic gataway


I am not a zoo person. I repeat NOT a zoo person. To me, zoo is like another park with animals in it, and cages, and tacky souvenirs...

Tapi orang kata tak kenal maka tak cinta. Tempohari aku telah terjatuh cinta dengan Zoo Negara...

My first impression bila aku sampai was nostalgic. Pintu masuknya buatkan aku teringat kat filem P. Ramlee yang tajuk Masam-Masam Manis tu.

You know, the one yang cikgu P. Ramlee dan cikgu Saloma dating kat Zoo Negara sambil nyanyi-nyanyi tepi tasik tu. Kan best kalau I have my own Saloma whom I can date in Zoo Negara?

Awwww!!!


Bayaran masuk yang dikenakan ialah RM20 untuk locals. Tapi kalau muka korang macam Bangla or Indon, korang akan dikenakan bayaran yang mahal sikit.

Ngee...

Jangan marah naa.

Banyak haiwan yang korang boleh lihat kat sana. My favourite was zirafah. First time aku tengok zirafah dowh. Kulit dia macam canvas!

Time aku datang tu pasangan zirafah ni diasingkan dari anak-anak diorang. Aku pun kehairanan la kan. Tapi bila aku tengok yang jantan tu dok mengekor yang betina jer, aku pun faham-faham le. Cepat-cepat aku gi tempat lain sebab aku bawah umur.


Lucah!!! *jerit suara kepit*

Then there was this animal show. Ada pertunjukan burung, anjing laut dan some sort of haiwan hitam yang punya ekor gedabak. Aku tak dengar sangat apa nama haiwan tu sebab narrator animal show tu suara kepit.


Siyes aku tak tipu.

Memang suara kepit.

AKUBUKANSUPERMAN: Aku tak masuk taman rama-rama sebab aku tak minat Ella *tetiber*

February 16, 2012

Karangan Cipan


Cipan adalah haiwan yang hampir pupus. Itu yang aku belajar dari subjek Kemahiran Hidup Ekonomi Rumah Tangga masa aku masih muda bergetah dulu.

Disebabkan Cipan ni hampir pupus, tak ramai yang tau macamana rupa, perangai dan kelajuan seekor Cipan. Tapi anehnya kita sering kali menggunakan Cipan sebagai contoh dalam kehidupan kita seharian.

Sebagai contohnya...

"Eh kau ni lambat la. Nenek Cipan pun lagi laju dari engkau tau tak!"

"Tebal mana pun kau bersolek, rupa kau tetap Cipan ok."

Atau mungkin contoh yang lebih tragis...

Cikgu bertanya, "Ali... 18 bahagi 2 berapa?" Ali menjawab dengan confidentnya, "Cipan cikgu."

Begitu...

Tapi selepas kunjungan aku ke Zoo Negara tempohari, aku kini dengan macho-nya boleh berbangga dan mendabik dada kerana aku dah tengok Cipan dengan mata dan kepala aku sendiri.

Sekian dulu karangan Cipan untuk kali ini.

Wasalam.

AKUBUKANSUPERMAN: Aku pun tak pasti kenapa aku tulis entry ni... er...

February 14, 2012

Siyes aku tak rasa OREN but SERIOUSLY?


Hari tu... Aku diperkenalkan dengan sorang kawan baru. Biasanya kalau berkenalan, soalan-soalan clichè akan ditanya.

Orang mana?

Muslim ker?

Keje mana?

Umur berapa?

Anak-anak sekolah kat mana?

Actually soalan yang last tu aku sengaja tambah sendiri. Tapi korang akan rasa soalan tu jadi logik lepas korang baca apa yang terjadi masa aku diperkenalkan dengan kawan baru aku tu.

Ceritanya cegini...

Kawan baru aku ni tanya aku umur berapa. Aku jawab le 30 dengan handsome-nya.

Macam biasa la kan? *pose Naseer Wahab*

Then dia tengok aku dengan pandangan yang paling sinis dan cakap, "Eh yer ker? I rasa you umur dalam linkungan 42 kot."

Dia ingat aku tipu dia dowh!

Siyes aku rasa macam nak posing Sinchan jer lepas dia cakap cegitu. Tapi aku ketepikan niat aku tu sebab tiba-tiba aku dapat ilham jahat nak kenakan dia balik.

"Actually umur I 45. Hampir tepat la tu. Pandai ek you teka." Aku jawab sambil gelak besar yang sangat meyakinkan.

Dia balas, "Siyes 45 ker? Mati-mati I ingatkan you 42. Sorry la, you nampak macam muda lagi."

Aku sambung gelak...

Tapi gelak yang lagi besar sebab for the first time ada orang kata aku nampak lagi muda dari umur aku.

Begitu la ceritanya. Sadakallahulazim.

So korang rasa logik tak soalan last tadi tu?

Tapi nasib baik la dia tak tanya. Kalau dia tanya, aku akan jawab aku dah ada 7 orang anak dan semua mendaftar serentak kat UiTM tahun lepas...

Sebab wife aku beranak kembar tujuh...

AKUBUKANSUPERMAN: Kesian wife aku...

February 12, 2012

I am home. Perhaps the whole new story

Arriving in KLIA,  I know exactly how I felt.

Feeling at home, alive and safe.

Looking back, I saw the beauty of living in this so called Boleh-Land.

Somehow I feel great to walk freely on this soil, breath without hesitation on this air and enjoy the proud culture without feeling lost.

Despite the dramas in our political scene right now, I feel great to be here.

My home...

My country...

AKUBUKANSUPERMAN: Entry patriotic kejap...

February 10, 2012

Jenis manager yang pernah aku jumpa


Dalam banyak-banyak manager yang aku dah jumpa, aku paling susah nak berurusan dengan manager-manager muda. Aku tak boleh salahkan diorang sangat sebab aku pun kadang-kadang ego jugak. But most of the time, aku menang le.

*posing Safee Sali*

Setakat ni aku tak pernah ada probs dengan manager-manager yang senior sebab aku rajin tadah telinga dengar cerita once-upon-a-time diorang. Orang kata, orang yang lebih tua kena selalu hormat. Baru hidup berkat.

Tak gitu?

Tapi dalam banyak-banyak yang aku dah jumpa tu, berikut adalah ketegori manager yang aku paling suka kacau. *tumbuh tanduk*

Menggelabah kancong
Dari mula aku datang sampai la aku nak balik, manager tu kancooooong memanjang. Pendek kata memang tak senang duduk le. Cakap pun menggelabah macam banyak sangat dosa yang dia dah buat. Aku tanya satu, dia jawab lapan blas. Tapi semua jawapan macam nak cover bontot sendiri. Kalau aku sergah, confirm jatuh pengsan. Ish ish ish...

Macam bagus
Cakap memang banyak kuah dari sudu. Meleleh-leleh aku kena kencing. Sebagai tetamu, aku angguk-angguk jer. Tapi bila aku start selak dokumen kat pejabat, satu-satu problem timbul. Bangkai gajah mana boleh ditutup dengan tudung saji kan? Sikit jam lagi aku jerit suara kepit, "Ini auta punya orang!"

Tak mau kalah
Kalau aku kata aku pergi bercuti kat Phuket, dia kata dia bercuti kat Hong Kong. Kalau aku kata aku pakai kereta Mini Cooper, dia kata dia bawak Black Phantom. Memang tak pernah nak kalah. Nak menang ke dia ajer. Aku rasa yang jenis cegini adalah dari golongan yang kurang kasih sayang. Everything is all about them.

Sopan bersimpuh
Bila bercakap, suara macam sangkut kat anak tekak. Tak pernah diorang nak naikkan suara kat staff walaupun terang-terang staff tu buat taik depan diorang. Kononnya tak elok marah-marah staff. So bila kucing dah hilang taring, tikus menjadi raja ler. Keje satu apa pun tak jalan. Yang susahnya aku jugak nak betulkan keadaan. Atas dasar keje, aku terpanggil nak bagi nasihat. Tapi niat aku terbantut bila manager tu start nak duduk bersimpuh. Alahai sopannya. *gentel-gentel dagu*

AKUBUKANSUPERMAN: Mak aku kata, sejahat-jahat manager, kita kena sentiasa sayang diorang...

February 2, 2012

Cerita Aquaria KL yang macam best tu


Korang tau tak Aquaria yang kat KL Convex tu? Hari-hari jer aku lalu situ, tapi tak pernah plak terfikir nak menyinggah...

That was until last weekend.

Sebelum ni ramai jugak yang cakap tempat tu macam best. So I decided to see it for myself.

So apa verdict aku?

Ok la. Tak la bosan sangat. Sangat sesuai untuk orang yang jahil pasal spisis-spisis ikan macam aku ni.


Cuma aku nak sarankan, kalau korang tak suka budak-budak menjerit, lari sana-sini, baik korang takyah pergi. Memang korang akan rasa OREN tahap gaban.

Ada baiknya korang pergi tengok anak ikan kat KLCC jer.

Spisis ikan la jugak kan?

Free admission plak tu...



AKUBUKANSUPERMAN: Bila tengok ikan-ikan tu aku terus terus teringat ikan goreng cili dowh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...