November 1, 2012

Di suatu petang yang macho

Aku melihat biasan diri di cermin.

"Handsome jugak aku ni rupanya." Tersengih.

Rambut dirapi untuk kali terakhir.

Usai melaram, kaki melangkah ke pintu.

Daun pintu dibuka dengan sungguh bertenaga menampakkan senja yang jingga biru.

"Ahh indah sungguh ciptaan tuhan." Aku bermonolog sendirian, sambil membetulkan cermin mata dengan machonya. Biceps melimpah dari lengan baju.

Anak kunci dipulas melawan arah jam, seraya mengunci dua daun pintu menjadi satu.

Tiba-tiba...

"Awwwwwwww!!!" Aku menjerit sehabis kepit.

Seekor kucing berlari mengejutkan aku.

Nasib tiada yang mendengar.

"Jahat kucing itu. Membuatkan aku terkejut." Ucapku sepersis Halim Othman.

Macho seperti biasa...

AKUBUKANSUPERMAN: Biceps melimpah dari lengan baju...

5 ulasan:

Hulubalang said...

wakakakakakakaka..... cam siott jek macho la sangattt...ahaksss

Siti said...

biceps melimpah dr lengan baju. 2 kali penekanan di situ. nak bgtau ko gi gym la tu...hahaha...tp tetap jerit kepit! awww....

ampun!!!!!!

W. Hidney said...

hulubalang... ssyyhhhh jgn bagitau org. diam2 sudah le

siti... benda bagus kena bagi penekanan. kalau tak, penat jer berkampung dalam gym tu

FaizalSulaiman said...

hahahaha


mau tengok aksi itu secara live!!!

Maria James Chayak said...

hahahahaah i cant stop laughing. u seriously have a mindblown idea. fy. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...