November 5, 2012

Cerita bas percuma dan cangkir kosong



Cerita pagi tadi...

Seperti biasa, aku akan naik KTM untuk ke office, transit barang seminit dua kat Stesen KL untuk bertukar ke Putra. Selalunya aku akan cuba elak pembelian tiket kat kaunter sebab aku akan pakai kad Touch & Go jer.

You know, I touch and then I go. *posing syaiton nirrajim*

Sewaktu transit, aku perasan kredit T&G aku cuma berbaki RM1.30. Tak cukup untuk journey ke KLCC.

Nak tak nak terpaksa jugak beli kat kaunter.

OREN kejap...

"Tiket ke KLCC satu," aku bertanya dengan kemachoan yang tak terperi.

"RM1.60..." Jawab encik penjual tiket dengan serba ringkas. Tak ada reaksi langsung.

Kosong!

Aku tetap cool sambil mencari-cari dompet dalam beg.

Cari punya cari, tiada dompet dijumpai. Macam nak gugur jantung bila menyedari possibility aku tertinggal dompet kat rumah.

Tapi aku tetap macho.

Tak gugup pun.

"Err sorry arr bang. Dompet tertinggal. Lain kali la saya beli yer."

Encik penjual tiket tetap tak ada reaksi.

Dalam kekalutan tu (tetap macho), aku teringat perkhidmatan Purple Line by GoKL. Untuk yang tak tau, Purple Line adalah perkhidmatan bas percuma yang beroperasi kat sekitar pusat KL.

Diulangi... PERCUMA.

Anyway, aku tak pernah terfikir yang aku akan finally pakai bas tu. God I spoke too soon. Berkat adanya bas tu, tak payah la aku berjalan kaki ke office. Bapak jauh office aku dari Stesen KL.

Kalau ada cangkir kosong, mungkin aku dah duduk dah kat mana-mana jejantas...

Tapi ada ker yang nak bagi duit kalau aku betul-betul buat cam tu?

AKUBUKANSUPERMAN: Thank you Purple Line. Thank you Najib for the initiative. Thank you thank you...

4 ulasan:

FaizalSulaiman said...

keh keh keh. kena menari tiang dulu. LOLZ

ps: tatau ada perkhidmatan purple bus tu

W. Hidney said...

Faizal... Nak lagu ikan kekek sebagai lagu latar please haha

crescent said...

haha...bus free memang best...tapi tak tau pulak wujud bus camtu...

W. Hidney said...

crescent... now u know la. i rasa service tu sgt bagus considering nothing is free in KL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...