September 1, 2012

Kasut itu shoes


Angkat mouse kalau korang suka kasut macam aku.

Kegilaan kasut aku dah lama, tapi makin menjadi-jadi sejak aku bertugas kat KL. Kat estate dulu aku tak boleh nak turutkan sangat sebab peluang untuk melaram kasut tu agak terbatas.

Sakit jantung plak manager aku kang kalau aku pakai kasut kulit berkilat masuk field. Kang tak pasal-pasal aku direjam dengan batang kelapa sawit plak.

Having said that, korang boleh agak aku ada banyak kasut. Tapi kalau korang agak kasut aku adalah dari jenama-jenama besar, tekaan korang agak tersasar kat situ.

Kasut-kasut aku tak mahal. Tak ada yang ribu-ribu. Yang mahal tak semestinya bagus. Tak semestinya selesa. Baik aku pakai duit tu beli benda lain atau belanja korang makan Mekdi.

Kasut murah pun kalau kena penggayaannya akan nampak stylish. Akan tetap nampak mahal. Tak cayer?

Tengok ni...


Lagipun kasut ni kalau pakai yang mahal-mahal pun orang akan tetap anggap kasut tu kita beli kat pasar malam. Clichè la tu orang kita.

Walau kita boleh pujuk diri sendiri dan tak amik pusing dengan apa yang orang nak cakap, tapi deep inside we will somehow care.

Tak terbakar ker kalau korang tengok member korang pakai kasut sebijik macam kasut ORIGINAL LV korang, tapi kasut yang dia pakai adalah ORIGINALLY-BOUGHT-IN-PETALING-LV?

So lupakan kasut-kasut LV atau Chanel atau Jimmy Choo sebab kasut-kasut jenama tu banyak kat pasar malam.

Kasut Gombak pun ok what.



AKUBUKANSUPERMAN: Kalau gaji RM18 juta sebulan apa salahnya...

3 ulasan:

oshinz said...

hoyeaaahhh.. kite nak makan mekdi. belanja cepat.

W. Hidney said...

oshinz... yeay! marilah hehe

ctek8 said...

hahah! ada jugak iklan macamni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...