September 11, 2012

Apa kata media kita

Post ni berinspirasikan sesuatu yang aku jumpa kat Facebook member aku semalam. Siyes lepas baca, aku gelak sampai ke sudah.

Sebab aku tak ada idea nak tulis apa, moh le rapatkan saf dan kita gelak sampai tahun depan.

Situasi sebenar: Seorang nenek pergi ke kedai untuk membeli ubi. Tetiba dia dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Hutama: Nenek meninggal dunia. Penarik beca dicari untuk memohon maaf secara terbuka kepada penduduk Bintulu.

Marian Hetro: Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan.

Hutusan Malaysia: Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?

Hakarah: Kami tiada beca. (lari tajuk)

Malaysianiki: Beca langgar lari bukti kerajaan rasuah.

Maskita: Misteri penarik beca: Hantu ubi mengganas.

Tamil Nisan: Nenek punya ubi mati dilanggar beca.

Tamil Nadu: Nenek mati kerana ubi dilanggar beca.

Canpaindera: Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaharu David Teo, Gangster Beca.

Rajib Nazak: Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat.

Inwar Abrahim: Kematian nenek yang dilanggar beca adalah suatu konspirasi berniat jahat oleh UNMO.

Dez Daizi: Kenapa kita perlu biarkan ubi luar menutup periuk nasi ubi kita? Haramkan ubi luar!!! Haramkan!!! Jangan lupa sokong kami para ubi untuk dapatkan pengecualian cermin gelap.

Hazwan Lali: Iolss tak menang pertandingan tu sebab iolss tak pandai masak ubi. Bercakap pasal ubi, iolss kutuk Humie Mafilda sebab perempuan tu cuba kaitkan nenek tu dengan isu video seks ubi. Iolss benci!!! *libas-libas ekor tupai*

AKUBUKANSUPERMAN: Ada bahagian yang aku terpaksa edit sebab aku tak nak masuk ISA walaupun ISA dah takder. Walaupun...

3 ulasan:

Siti said...

benda ni asal dr entry blog si kahuna. tp lps tu org tokok tambah.

W. Hidney said...

siti... yer ker? tatau pun. ni pun ada ubah sikit2 hehehe

crescent said...

hahaha...sumpah funny...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...