August 14, 2012

Story zakat dan Ras Adiba dimana jua anda berada

Siapa dah bayar zakat angkat mouse!

Siapa yang tak bayar zakat lagi tu cepat-cepat la pergi ke mana-mana kiosk bayaran zakat yang terdekat. Ada satu kat KLCC. Betul-betul tepi Uniqlo.

Cepat! *jerit kepit*

Sekarang ni mudah sangat kalau nak bayar zakat. Tak macam dulu. Kena naik kapal tiga hari tiga malam semata-mata nak ke pejabat pungutan zakat. Tambah lagi kalau korang duduk atas Gunung Ledang.

So tak ada alasan korang nak bayar zakat sekarang ok!

Untuk korang yang kemut nak mampus, baik korang peluk jamban sekarang.

RM7 jer pun.

Kalau belanja beli kasut Todds yang ribu-ribu tu boleh pulak kan?

*pose OREN*

Korang tau tak Celcom ada menyediakan khidmat Zakat by SMS?

Tau ker tak?

Kalau tak tau, moh rapatkan saf dan tumpukan perhatian.

p/s: jangan tanya aku pasal Digi atau Maxis. Aku tak tau. Sekian iklan.

Caranya cegini.


Korang taip ZAKAT ke 21999 kat handphone korang. Jangan taip kat typewritter plak. Aku tenyeh dengan taik idong jugak kang.

Untuk korang yang duduk kat negeri yang tak tersenarai dalam perkhidmatan ni, korang masih boleh naik kapal tiga hari tiga malam untuk ke pejabat pungutan zakat.

Atau korang boleh posing cantik kat meja komputer korang jer dan pergi ke portal bayaran zakat. Klik kat sini.

Lepas tu ikut arahan yang akan diberikan.


Tup tap tup tap, korang boleh print out resit yang korang akan dapat lepas tu untuk pengecualian cukai.

Senang kan?

Jom berzakat. Semoga hidup kita akan diberkati. Amin...

*pose imam muda*

AKUBUKANSUPERMAN: Picture-picture ni aku dapat kat Google. Sengaja di-blur-kan maklumat untuk menjaga identiti pemilik asal. Pelik dia tak buat awal-awal sebelum letak gambar ni kat internet. Ish ish ish cuai...

10 ulasan:

k.e.r.i. said...

mana Ras Adiba?

W. Hidney said...

keri... memang tak ada. konsepnya aku nak tunjuk walau dlm jamban pun kita boleh bayar zakat tru sms. mcm yg ras adiba selalu kata 'walau dimana jua anda berada'. lagipun boleh dapat traffic tinggi kalau org google ras adiba. tup tup keluar entry ni hahaha. keji!

oshinz said...

kehkehkeh.. cari juga mana ade cerita pasal ras adiba. bijak!!

Siti said...

kite sugar daddy dah tolong bayarkan..so takyah susah2 nak buat sume itu..hamdalah...

W. Hidney said...

oshinz... hehe i kanak2 ribena. kanak2 ribena mmg bijak hahaha

siti... untunglaaaaa

obat gondok herbal said...

hmmmm ^_^

Anasyg said...

apa yg ras adiba dlm entri ni superman?

FaizalSulaiman said...

boleh dibayar dimana saja, dimana jua anda berada. ras adiba sangat konsepnya. hehehe

bukankosong said...

semudah dijari & 123

wah, zaman skrg kannn

W. Hidney said...

anasyg... hehe baca komen di atas

faizal... yeay! 10 markah untuk anda!!!

bukankosong... memang mudah. tak ada alasan untuk skip zakat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...