August 28, 2012

Online shopping


... atau dalam bahasa Rais Yatim, membeli atas talian.

Siapa yang tak suka shopping? Semua orang suka shopping. Orang duduk dalam gua pun suka shopping tau. Cuma sistem shopping diorang berlainan dengan apa yang kita buat sekarang.

You like my stuff, I like your stuff, we exchange naa?

Begitu...

So nak dijadikan cerita, aku adalah sebahagian dari jutaan jiwa yang gila dengan online shopping. Macam-macam yang aku beli. Dari baju ke kasut hinggalah ke barang yang kadang-kadang aku pun tak tau bila aku nak pakai.

Tapi kebanyakannya aku beli kasut la.

Who can ever say no to a great bargain offered through online shopping? Bukan saja mudah, malah kita boleh pilih kasut yang best tanpa perlu meninggalkan katil pun.

Shooping sambil bogel pun no hal. Tak ada orang boleh nampak, kecuali tuhan...

Ramai gak member yang tanya, "Selamat ker online shopping ni wak?"

Well nak jer aku jawab sambil posing Sinchan, "Sekarang ni nak ke mall pun tak berani wak. Banyak kes culik dan rogol kat parking lot."

Awww I tak sanggup nak dirogol-rogol ni you!

Untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dengan online shopping ni, korang kena tau dulu kat mana korang pergi. Jangan main redah jer. Biasanya online shop yang terkenal tu selamat. Extra careful dengan small time online shop yang kurang mendapat sambutan. Blog-shop contohnya. Unless kalau blog tu memang terkenal.

Dan yang paling penting, korang kena tau saiz korang. Kalau dah kaki saiz 12 tu, jangan plak menggila beli yang saiz 6 plak. Memang la beauty is pain, but in this case you just being amazingly stupid.

Membazir tau beli barang yang tak boleh pakai.

Err... *terjilat ludah sendiri plak*

But above all, korang kena la pandai-pandai control diri. Once you've started, there's no turning back. Ketagih is the word. Jangan nanti gaji masuk RM18K, banyak tu jugak la korang habiskan untuk online shopping.

Bukan aku kata gaji aku RM18K sebulan yer.

Aku keje kerani biasa jer...

Gaji RM200 sebulan...

Tapi handsome...

*duduk sopan sambil bersimpuh dan pintal-pintal rambut*

Anyway, selamat bershopping!

AKUBUKANSUPERMAN: Paling best bila dapat parcel pembelian lepas beberapa hari menunggu

3 ulasan:

Siti said...

i mmg beli barang jahitan secara online. kdg2 selang sehari van poslaju buat brek mengejut kat dpn rumah. blm pernah kena tipu. harap2 tak terjadilah.

W. Hidney said...

haha brek mengejut yg tak tahan tu. melampau tol

crescent said...

bahasa rais yatim eh...hahaha...funny nak mati part tue...nanti die kuarkan lagu sayangkan bahasa melayu terus ramai org pitam nye...

online shopping is like drug...asal ade duit dlm acct je mula lah nak gatal beli barang...kalo x beli barang beli tiket kapal terbang murah...hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...