AKUBUKANSUPERMAN

August 12, 2012

Jauh...

"Welcome to Kingsford Smith International Airport. The local time now is 9.15 am and the temperature is 10 degree celcius."

Mampus...

Aku tak tahan sejuk. Suhu 16 degree di pejabat sudah cukup membuatkan aku BIRU. Inikan pula 10 degree.

Persalinan 'winter' yang aku bawa cuma layak dipakai ke Genting Highland.

"Jaga diri baik-baik dinegara orang hidung tinggi." Nasihat mak. Tak pasti apa yang dia maksudkan dengan hidung tinggi.

Hidung tinggi = Bongkak.

Atau...

Hidung tinggi = Nicole Kidman.

Aku agak yang kedua kerana aku lihat warga Sydney atau lebih manja digelar Sydney-siders sangat ramah... Dan cantik.

Juruwang di setiap kaunter pembayaran akan mengucapkan "Hello. How are you today?" kepada setiap pembeli. Kenal atau tidak tolak tepi.

Pengguna tren akan menunggu sehingga pengguna lain keluar dari tren sebelum menaikinya. Berbaris menunggu giliran.

Di Malaysia?

Tak perlu aku beri ulasan.

Kita semua tahu dimana letaknya kesopanan yang kita agung-agungkan tu.

Pernah aku melihat seorang pakcik gelandangan diberi makanan percuma di kedai makanan segera. Siap ditanya mau perasa apa. Salt or chicken salt.

Perlu melihat sendiri untuk percaya.

Kita masih jauh dibelakang.

AKUBUKANSUPERMAN: Jauh...

5 ulasan:

Ri said...

ramainye yg beraya di perantauan..

NUke_Rude said...

Kalau kat malaysia ni, bila cashier tegur kita, nanti perasan pulak...feeling2 kena ngorat! Camne?

Huhu...but as per what u said la, mana hilangnya budaya budi bahasa yg kita agung2kan tu? Hmm..

:)

farhana said...

Kalau kat Malaysia, tak payah monorail atau LRT, lift pun dah cukup. Tak sempat2 nak tunggu orang keluar, dah serbu! *geleng kepala*

crescent said...

patut lama xde...jauh di tempat orang rupanye...have fun en hidney...jgn nakal nakal di tempat orang...haha...

W. Hidney said...

ri... siapa?

nuke... jgn la perasan kalau cegitu hehe. actually i pun mula2 terperasan mcm tu bila cashier tu tegur i. tetiber rasa handsome plak i dia tegur2 cam tu hahaha

farhana... ish ish ish. start esok farhana tunggu la giliran seperti yang sepatutnya k

crescent... tak nakal. nakal sikit2 jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...